Monday 16 April 2012

Bila lelaki kacak MERAJUK

Penat seharian aku cari idea nak buat puisi dan cerpen nak letak kat cintapuisidihati kat fb dan blog, terasa otak aku dah nak blurrr, nak parking dulu kat taman cinta hati aku.

Tersenyum sendirian di sini, terasa ada yang melucukan apa tidaknya, dah lah sendiri, senyum pun sendiri, hanya bertemankan cerita cinta dan puisi cinta aku je kat sini, kalau ada skodeng aku sekarang nih memang diorang pun akan ketawa bila melihat aku, alah diorang skodeng pun bukan boleh tengok muka aku pun, paling tidak pun nama aku je yang diorang leh skodeng ataupun baca apa yang aku post kat ruangan cinta hati aku.

Hari ini aku nak menyelit kat ruangan aku mengenai LELAKI KACAK, apa tidaknya, aku tertarik kat blog yang aku kunjungi, semua busy cerita pasal lelaki kacak, kat mana2 blog mesti ada cerita lelaki kacak, aku pun nak juga menyelit bercerita tentang lelaki kacak. Nak cerita tentang lelaki kacak nih bukanlah kemahiran aku, tapi nak juga sama2 berkongsi cerita dan pendapat ataupun menyelami hati lelaki kacak. Wah ! nampaknya aku dah lari dari topik yang biasa aku lakukan. Tapi untuk kali ini biarlah aku berbicara dari hati ke hati tentang lelaki kacak yang menjadi bualan hangat di blog2 yang sering anda kunjungi ataupun yang sering aku lewati bila nak cari idea, jalan2 tanpa guna kaki tapi aku guna tangan, mata hati dan cinta aku.

Kalau macam begini terpaksalah aku buat eksperimen mengenai lelaki kacak, tapi aku nak buat kat mana, bingung sejenak bila memikirkannya tapi tak apalah, aku tulis apa yang aku nampak dan rasa. Lelaki kacak ada kat mana2 pun tak payah cari, tapi lelaki yang tidak kacak janganlah bersedih kerana anda tetap kacak dimata kekasih anda sendiri, betul tak kawan2 aku yang tengah baca cerita aku nih. Siapapun anda, pasti anda yang terhebat dan terkacak di mata pasangan anda,, percaya n jujur pada diri sendiri adalah kunci untuk anda menjadi lelaki kacak. Wah ! aku dah mula dah, macamlah aku nih hebat sangat. Pada yang membaca, jangan marah kalau apa yang aku cerita nih tidaklah sehebat tajuk yang aku berikan tapi cukuplah sekadar berkongsi apa yang aku rasakan. 

Korang rasa lelaki kacak boleh merajuk tak atau sesuai tak merajuk  ?, nak tanya soalan nih kat siapa yer ?, hahaha...aku dah gila ke nak tanya soalan nih. Tapi tak apa, biar aku yang jawap, rasa2nya lelaki kacak memang susah nak merajuk kut sebab diorang kan jarang dikecewakan dan terkecewa sebab yang biasanya merajuk adalah wanita. Apa tidaknya dah lah kacak tak kan nak tunjuk muka merajuk kat gadis yang dicintainya, nanti turun harga diri, betul tak lelaki kacak, kalau tak betul tak apa, it's okay tak ada salahpun kalau tidak betul. (dalam hati aku, memang pun betul, hihihi....layan sendiri2).

Mudah ke lelaki kacak nih tersentuh hati bila hati mereka sakit, mungkin susah nak tersentuh tapi kalau dah terlalu sakit mungkin luka itu akan berpanjangan dan akan sukar di sembuhkan, bak kata pepatah sekali kecewa selamanya terluka, betul tak wahai lelaki kacak. Senyumlah tanda setuju kalau tidak setuju, senyum jelah biar wajah yang kacak tuh bertambah kacak dan menawan hati so boleh lah gadis kesayangan anda bertambah sayang, betul tak ?, atau aku je yang memandai2 buat kenyataan begini. tapi tak apa, itu terpulang pada diri masing2. kalau setuju like me. (wakakaka), nak letak smilies icon gilerkentang lak :baby setujulah :angguk  :bunga :coklat utk yang like. 

Lelaki kacak pun orang biasa je tidak lari dari perasaan merajuk. Lelaki juga ada perasaan. Tetapi mungkin terbiasa dengan imej lelaki kacak yang memang punyai ego yang tinggi dan tak nak mengaku yang dirinya pun ada kelemahan. tak nak mengaku dirinya ingin dipujuk dan dibelai, betul ke lelaki kacak ?, hmm...bagi tahu lah janganlah malu2.

Kesimpulannya, lelaki kacak biasanya memilih berdiam diri kalau dia berkecil hati. Tak nak mengaku yang dia pun merajuk dengan orang tersayang. Akhirnya pendam je hingga luka tuh berbekas untuk masa yang lama. 

Mungkin betul juga kata ibu aku dulu, perempuan selamat daripada sakit jantung dan mental kerana mereka menangis, untuk meredakan perasaan. Lelaki kacak pulak suka memendam perasaan, dan lebih terdedah kepada penyakit-penyakit berbahaya... korang nak tahu penyakit apa, apa lagi kalau bukan penyakit syok sendiri, bila lelaki kacak merasakan mereka memang yang paling hebat sebab selalu di kelilingi gadis2 yang cantik tapi tidak kurang juga gadis yang cute macam aku, adess terperasan pulak aku nak berjalan seiringan dengan lelaki kacak, agak2nya kalau lelaki kacak tuh merajuk kat aku, aku rasa nak pujuk dia dengan apa yer ?, kejap2 aku fikir2 dulu nak bagi apa ?, lama2 fikir pening kepala lak rasanya. Bagi jelah ais kerim atau belanja dia  makan burger telur, hihihi ....silap2 lelaki tuh melarikan diri bila  tengok muka aku.

Lelaki kacak bila merajuk mesti nampak comel sebab muka kan dah memang kacak, dia buat muka hodoh macam mana pun tetap akan comel, adess bukan comel lah tapi kacak, bukan begitu wahai lelaki kacak yang disana. Apa-apa pun wahai lelaki kacak hiasilah diri anda dengan peribadi yang tinggi, iman yang kukuh, senyuman yang ikhlas, hati yang tulus menyinta, dah lah kacak , eloknya peribadi mesti Allah pun suka dengan ciptaanNYA yang tidak ternilai. Buat lelaki yang rasa dirinya tidak kacak, janganlah bersedih kerana anda tetap terkacak di pandanganNYA, betul tak lelaki yang cute. Senyumlah kerana senyuman anda amat bernilai dari emas dan permata.

Ini kesimpulan aku je tentang lelaki kacak yang merajuk, pendapat korang aku tak tahu, kalau korang rasa pendapat aku salah, aku tak akan sedih sebab masing2 punya pandangan. 


(Buat lelaki kacak di hatiku  amik bunga nih, penat tau nak pujuk2 nih, amiklah janganlah malu2, kalau malu2 nanti aku jual murah, hahaha.....just kidding)

"SELAMI DIRI SELAMI HATI SELAMI JIWA DENGAN TULUS & IKHLAS, BIAR WAJAH TERHIAS DENGAN AKHLAK YANG BAIK"



No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).