Monday 2 April 2012

bukan ku tak cinta

KALAU ada jodoh, adalah kan ?. Kalau bukan dia sekalipun, saya bersyukur sebab dia dihantar Allah dalam hidup saya sebagai ujian. Pasrah ku menulis di diari pink yang ku gemari.

"Hahahaha", gelak kawan ku menceriakan keadaan.

 "Weiii...yang kau baca diari aku pehal".

"Aku tak sengaja lah beb...tiba-tiba je mata aku gatal sangat nak baca apa yang kau tulis, macam frust je...hahaha...frust menonggeng lah maisarah....hahahaha" ceria sungguh kawan aku mengusik, dah tak ingat dunia agaknya.

"Insya Allah, masih ada iman dalam hati aku.  Aku masih beriman pada Qada dan qadar Allah. Frust sikit kot. Tapi taklah sampai menonggeng. Hahaha...". Aku pun turut bergurau akhirnya.

"Kasihan aku tengok kau nih sarah, dulu dia suka kau, kau tolak dia, bila kau suka dia, dia tolak kau, aku tahu sekarang nih mesti hati kau sakit sangat, kalau kau rasa nak nangis biar aku pinjam kan bahu aku nih untuk kau nangis".11

 "Adess...kau nih dahlia, senang je mulut kau tuh cakap, bila masa aku suka kat dia tuh, janganlah buat cerita yang bukan-bukan, tak baik taw".

"Janganlah malu nak terus terang sarah, aku tahu lah, kau kan kawan baik aku, aku tahulah. Aku pun nak tahu gak, kenapa dulu kau tidak terima cinta dia bila dia terus terang kat kau tentang perasaanya terhadap kau ?".

"Manalah aku tahu dia suka sangat kat aku, ingatkan dia main-main je, dia suka sangat main-main kat aku , tuh sebab aku ingatkan dia tidak serius bila dia cakap begitu kat aku. Aku pun malas nak layan bab cinta nih sebab aku dah set kat otak aku, yang aku tidak akan jatuh cinta buat masa ini".

"So sekarang nih kau juga yang sakit hati kan bila diam-diam dia dah ada awek. Siap dia bawa ke sana sini je aku tengok. Macam dia nak tayang kat kau je".

"Entahlah lia, aku sakit hati ke tidak, aku pun tak tahu, yang aku tahu  hati aku sakit sangat bila aku tengok diorang berkepit je selalu. Mungkin sekarang aku dah tahu apa perasaan  sebenarnya aku kat dia tapi semuanya dah terlambat, dia dah ada orang laen aku tidak boleh buat apa-apa pun hanya mendoakan kebahagian mereka berdua".

"Bagi aku kalau dia dah ada orang lain. Maksudnya hati dia memang bukan untuk aku lagi. Dia memang dah bersungguh-sungguh untuk bahagia bersama gadis itu. Tapi tak apalah  akan datang juga yang lebih baik. Agaknya memang bukan dia untuk aku". Keluh sarah.

"Tak apalah sarah, kalau dah memang bukan jodoh kau dengan dia nak buat macam mana ? kau relakanlah je dia dengan orang lain. Allah dah tetapkan seseorang untuk kau cuma kita tidak tahu siapakah dia dan di mana dia berada, kau sabar jelah ye sarah".

"Yup lia, mekasih ye sebab dah tenangkan hati aku".

"Alah perkara kecik je tuh, no hal lah kawan". Balas dahlia.

Dalam setiap keputusan dan pilihan yang kita mahu lakukan juga, jangan pernah lupa beristikharah, kerana kita takkan pernah kecewa dengan takdir yang Allah tentukan. Malah, rasa cinta kepadaNya, rasa kebergantungan untuk menggapai redhaNya akan sentiasa bercambah. Allah akan bagi jawapan yang terbaik. Allah akan menjawab segala persoalan kita dan hajat kita melalui istisyarah iaitu bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan. 

 "Yup, yang tuh aku sokong , ingatlah selalu walau apa pun dugaan yang datang jangan sesekali membelakangkan Allah yang maha esa".

 "Hihihi yelah lia, aku tidak akan pernah sesekali lupa, biarlah aku dilupakan asalkan Allah ingatkan aku selalu.

 ****

 Malas aku nak layan cerita cinta lagi...biarkanlah begitu saja...biarkan cinta itu pergi, aku tak kuasa nak melayan.

"Adess...lain macam je kau cakap nih sarah". Keluh dahlia .

"Hahaha...yelah betul lah tuh buat pening pale aku je nak fikir semua, baik aku layan cerpen aku lagi baik, tak ada lah buang masa aku fikir yang bukan-bukan". Balas sarah.

"Tak baik cakap cam tuh sarah, kot2 cinta datang lagi kat hati kau tuh, cam mane kau nak elak ?, tak boleh juga nak elak, kan sarah". Usik dahlia.

"Aku elak lah dengan peluru sakti aku". 

"Hahaha...peluru sakti apanya, adess...kau nih sarah, makin lawaklah".

"Weiii..betul lah tuh lia, aku pakai peluru sakti nak halau cinta tuh biar tidak terjangkit kat hati aku nih".

"Yelah sangat tuh, kalau dah terkena baru tahu muka hidung sendiri, nanti frust menonggeng lagi,,,jangan tertonggeng sudahlah".

"Dah terkena sekali nih yang buat aku kena berhati-hati, tidaklah aku tertonggeng lagi, hahaha....".

 "Sukanya dia ketawa, happy nampak atau kat dalam hati kau tuh nangis je, manalah tahu kan sarah". Usik dahlia.

****

 Jika jiwa mampu terlepas dari raga, aku tidak akan jadi begini, selalu menangis bila teringatkan dia, dia yang telah menghancurkan hatiku.

Jika ku tahu cinta luka begini tidak akan ku ajak hati ini singgah di hatinya untuk meyimpul kasih.

Jika ku tahu duka akhirnya hati ini tidak akan ku seru namamu kasih untuk bisa bertakhta di hati ku.

Jika ku tahu hati ini retak seribu tidak akan sesekali aku serah jiwa dan raga ku untuk bisa membawa aku sengsara.

Cinta melahirkan rindu, rindu yang bermukim di hati ini, yang tak bisa aku kawal bila aku teringat kan  dia. kerinduan tidak akan lahir tanpa ada kuasa cinta yang mengikatnya namun adakah kerinduan ku bisa mengikat dia untuk bisa berada disisiku.

"Jiwanglah kawan aku nih, sejak putus cinta nih dah berlambak ayat2 cinta aku tengok kat diari kau nih sarah". Usik dahlia.

"Hahaha...biasalah lia, bila aku dah mula berpuisi maka keluarlah irama2 cinta di hatiku, bukan begitu lia, aku menulis kerana cinta dihatiku ini memanggil walaupun hati aku telah retak namun aku bisa melahirkan kejiwangan di hati aku walau pun sekarang ini hati aku  sedang berkocak macam lagu di kocak2...hahaha".

"Sarah nih dah mula buat lawak buat lia ketawa je".

"Ketawalah lia yang penting kau bahagia tak macam aku ketawa dalam derita".

"Alah tadi cakap, okay je.  Nape nih sarah ?, baik kau bagi tahu kat aku, siapa lagi yang buat kau derita".

Haish aku nih dah tahu puncanya nak tanya lagi, pelah otak aku nih. Hati tengah kecewa memanglah macam begitu, mulut kata benci hati kata sayang, walaupun ingin melupakan namun hati tidak bisa membuangnya jauh dari hatinya. Keluh dahlia sendirian.

Dahlia membiarkan sarah melayan perasaan sendiri, malas nak kacau nanti ada lagi airmata yang jatuh kat pipi lembut milik maisarah teman baiknya.

******

"Wooi."  Dahlia menyergah Sarah dari belakang.

 "Opocot !! Mak Engku." Berterabur mulut aku melatah akibat bahana dikejutkan olek kroni sehati sejiwa teman dikala suka dan duka. Hampagas tak ada gas punya Cik Dahlia. Kejutkan aku macam tuh.

 Pecah ketawa dahlia melihat telatah  yang melatah macam makcik-makcik ahli mesyuarat masak memasak. Mana ada tuan puteri melatah berterabur macam Cik Maisarah.

Muka aku dah naik merah macam masam mangga. Geramnyaaaa... boleh pulak dahlia gelakkan aku macam nih. Belasah Karang baru tahu. 

"Pesal lambat". Ringkas aku bertanya

 "Jammed". Jawapan yang keluar juga ringkas.

 Aku naikkan kening. Nak ketuk aku lah tuh.  " Wooitt kawan,. macam lah aku tak tahu pesal kau lambat tuh".

 Dahlia mengukir senyum sinis. Dia tersengih macam kerang busuk. Sarah memang jenis yang kalis kelengtong. Tak lut kalau nak kelengtong dia nih.

 "Aku keluar dengan shah tadi. Tuh yang terlambat. Itupun dia yang hantar aku datang kesini Karang balik aku tumpang sekaki ye sarah. Sengih dahlia semakin panjang.

"Pesal dia tak join sekali. Nih apa kes aku pulak kena jadi driver miss dahlia the poyo-poyo main yo yo nih". Usik ku sekali lagi.

"Shah ada kerja. Lagipun kalau dia join kita sekali teruk dia kena hentam dengan kau." Dahlia mencebik. Mulutnya merungut-rungut sebab tak puas hati dengan sarah. Buat-buat merajuk sikit. Biar sarah gelabah. Main cakap ikut sedap mulut dia jeh.

"Eleleehh.. Merajuk la pulak member aku yang sorang ni. Yer la. Yer la. Tapi kalau dengan aku, ko kena naik scooter la. Tak boleh la jadi ma’am besar naik kereta. Dengan Shah boleh la kau bergaya sakan naik kereta. Dengan aku layan scooter ajer lah yer makcik lia." Aku buat-buat pujuk lia. Bukan tak tau. Tapi dah sedia maklum dengan perangai teman baik aku itu yang suka buat-buat merajuk kalau kena sound macam tu.

Dahlia tersenyum. Muka masam mencuka tadi dah bertukar ke muka manis gula pasir. "Tak ada hal la wei. Aku belasah ajer kalau dah time darurat."

"Apaper ajerlah. Cepatlah order. Kau nak makan apa ?. Aku belanja hari ni." Aku mempelawa. Memang niat di hati ingin belanja Dahlia makan. 

*****

Dahlia dah jadi tunangan orang. Sibuk dengan tunang tercinta. Menyiapkan persiapan majlis bahagia mereka berdua. Aku jugaklah masih lagi pegang title Miss Single And Available dekat daerah ni. Daerah....pelah daerah lak??.. Macam melampau sangat pulak bunyinya tu.

Sunyilah aku nanti kalau lia dah kawen. Tinggallah aku seorang diri tanpa teman bergurau senda dan bermanja.

Dari jauh kelihatan Dahlia melambai-lambai ke arahnya lengkap dengan pakaian ala cinderella, nih mesti baru balik dari berdating nih. Maklumlah tak lama akan jadi raja sehari. Terkedek-kedek dia berlari , adess...dah nak kawen pun perangai macam budak kecik je.

 "Nah. Untuk kau." Sampul surat kaler hijau di letakkan di atas riba aku.

 "Apa ni?" Aku bertanya dengan muka blur tak paham apa-apa di atas kedatangan sampul surat pink colour yang baru diterima.

"Ang pow Gong Xi Fa Chai." Dahlia ketawa. Senyuman seribu makna dihadiahkan buat teman yang ternyata telah pun mengerutkan dahi tanda tidak paham apa-apa.

"Apa ni? What-is-this?" , sepatah-sepatah aku bertanya semula kepada Dahlia. Guna bahasa Melayu standard berserta translation in BI sekali aku bagi. Kalau lia buat-buat tak paham. Memang dia tempah tiket nak kena ketuk kepala sebijik.

"Surat dari pakwe yang nak berkenalan, dia nak kenal cik maisarah kita nih". Usik lia.

 Membuat sarah tersipu-sipu bila mendengar kata-kata lia sebentar tadi.

 "Siapa bagi lia ?, aku kenal ke ?", berdebar hati rasanya, siapalah yang suka kat aku ?. 

"Hmmm...Amboi, tidak sabar nampak, teringin nak tahu ke, siapakah gerangannya". Sekali lagi lia mengusik sarah.

 "Naklah, tak kan tak nak, adesss...kau nih lia wat suspen jelah".

 "Dia tuh kawan shah, dia dah lama nak kenal kau tapi dia segan sebab takut kau tak nak kawan dengan dia".

 Aku hanya mendiamkan diri sambil membelek surat sampul warna hijau, macam dia tau je aku minat kaler hijau.

"Bukak lah sarah, bukak lah cepat, dahlia dengan nada gembira tidak sabar nak suruh sarah buka surat yang baru diterima.

"Kalau iapun sabarlah cik dahlia oitt", memang cik minah kembang nih tak leh sabar.

 Sarah segera membuka sampul surat yang teramatlah sweet warnanya itu lalu isi warkah di baca kuat-kuat.

"Salam alaiki buat Puteri Maisarah Abdul rizal, tujuaan patik menulis warkah berlagu rindu ini adalah untuk meluahkan perasaan patik terhadap puteri maisarah. Harap puteri maisarah faham maksud kiriman warkah pertama ini. Kiranya sudi menghulurkan salam perkenalan, rajin-rajinlah email saya di princecharming@yahoo.com.".

Yang ikhlas,

 Prince charming

Pecah ketawa deraian dahlia setelah mendengar isi warkah yang ditulis oleh putera raja dari negara entah di mana ?. Amboi kawan shah nih, ada-ada jelah perangai dia, siap panggil patik lagi tuh.

 "Amboi lia, kalau dah ketawa dah tak ingat dunia lagi, kalau iapun tutup mulut tuh, tak pasal2 masuk lalat kat dalam tuh".

 "Luculah kawan shah tuh, dahlah tak letak nama sebenar, siap pakai nama prince charming lagi tuh, tak sabar lak rasanya nak tunggu balasan dari puteri maisarah kita nih, apa lah agaknya balasannya tuh yer".

"hish kau nih lia ada2 jelah, manalah aku tahu buat surat cinta nih, buang masa aku jelah". Balas sarah.

"Jangan gituh dong, sian kat prince charming kita tuh, mengharap sangat dia tuh kat kau, balas lah sarah, kalau kau tak tahu biar aku bantu kau buat warkah berlagu rindu wat prince charming kau tuh".

"Tak nak lah aku, buat malu aku jelah".

"Asal lak, alah kau balas jelah macam biasa".

"Sarah, tunggu apa lagi, cepatlah taip". Dahlia dah memberi titah perintah buat maisarah, nak taip assalamualaikum pun susah sangat ke.

"Malaslah aku", aku pun bangun dari kerusi. Baru aku hendak bergerak.

 Dahlia telah pun menghalang laluan, lalu memegang bahu sarah dan meminta sarah bertenang, "buat macam biasalah kawan, yang tuh pun tak leh nak kawal ke, ternyata penakut gak kawan aku seorang nih. Ngeee...".

 "Perlukah aku balas surat dia". 

 "Perlu dan wajib". Balas dahlia.

" Kau nih lia, main paksa2 lah, kalau sarah tak mahu, tak mahulah". Aku dah mula hilang sabar bila lia terlalu memaksa diri aku.

"Biarlah perlahan-lahan, aku tak nak tergesa-gesa balas surat prince charming tuh, kalau aku rasa nak balas, balaslah tapi kalau tak nak, tak naklah. Buat  apa nak paksa".

Dahlia mengurutkan dahi. Blurrr dengan sikap sarah yang memang tak kisah apa-apa pun semenjak hatinya terluka kerana cinta tak kesampaian. 

 *****

 Aku masih menanti kedatangan pelanggan. Dari tadi seorang pun tak melekat. Sales yang lain bukan main dah dapat pelanggan.  Aku dari tadi sibuk melayan pelanggan tapi satu sales pun tak masuk lagi. Minta-minta Encik Razali tak masuk hari ini. Biarlah dia duduk lama-lama sikit dekat cawangan di Giant, Shah Alam tuh. Kalau tidak, mahunya aku kena brainwash dengan Encik Razali, Branch Manager.


Mata berhala pada pasangan suami isteri separuh abad yang menuju ke pintu masuk One Borneo tempatnya bekerja sekarang. Aku cepat-cepat membuka pintu untuk pelanggan yang datang. "Selamat datang nak beli barang ke ?" , ramah aku menyapa pasangan suami isteri itu.

Pasangan suami isteri itu hanya tersenyum sambil mengangguk. "Yess.. harap-harap dapat sale besar jatuh tergolek lah hari ini." Aku bersuara di dalam hati sambil bibir mengukir senyum lebar. Dari jauh aku mengangkat ibu jari ke atas mengisyaratkan sesuatu kepada Abang Zack di belakang. Abang zack hanya tersenyum melihat gelagat aku.

"Makcik dengan pakcik cari apa?" Aku bertanya apabila dari tadi pasangan suami isteri itu hanya mendiamkan diri sahaja. Mereka hanya berjalan-jalan melihat barang-barang yang elok terpamer di Shopping One borneo.

 Wanita separuh usia itu tersenyum memandang wajah aku. "Makcik dengan pakcik tengah tunggu anak lelaki kami datang ni. Sebenarnya dia yang mahu beli barang-barang untuk rumah barunya."

 Aku mengangguk tanda faham. Walaupun kaki rasa macam nak tercabut dah ni mengikut makcik dengan pakcik ni jalan-jalan satu showroom, dibuat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku di hadapan pelanggan. Aku masih setia bersama pelanggan suami isteri ini. Harap-harap, anak lelaki pakcik dengan makcik ini belilah sesuatu bila dia sampai nanti.


Telefon bimbit milik pakcik ini tiba-tiba berbunyi rancak. Lagu P.Ramlee kedengaran. Aku hanya memerhati sahaja pakcik tadi menjawab panggilan yang diterimanya.


"Anak pakcik tak dapat datang. Mungkin esok kut kami datang dengan dia."


Aku hanya mengukir senyuman plastic. Adoyai.. Malangnya nasib aku hari ni. Ingat boleh dapat sale besar, rupa-rupanya hampeh belaka. "Tak apalah. Esok pakcik dengan makcik jangan lupa jumpa saya. Ini kad saya." Aku membalas. Kad nama dihulurkan kepada pakcik tadi.

 Kad nama sudah pun beralih tangan. "Maisarah."

 Aku hanya mengukir senyuman segaris. "Panggil sarah jer pakcik.  Tadi memang rasa macam hot jugak. Dah bawak pusing satu showroom tapi satu apa pun dia orang tak beli. Tapi disebabkan keramahan yang ditonjolkan oleh pakcik dan makcik , segera rasa hot tadi dah bertukar ke rasa sejuk ais blended.

 "Nama pakcik Saharudin. Panggil Pakcik Din . Isteri pakcik Mariam. Panggil Makcik Yam." Pakcik Din memperkenalkan diri.

 "Okey. Esok kalau Pakcik Din dengan Makcik Yam datang sini jangan lupa jumpa sarah. 

Tersenyum pasangan suami isteri di hadapan gadis yang bernama Maisarah. 

"Pakcik faham. Esok pakcik datang dengan anak pakcik." Balas Pakcik Din.

 "Okey." Segera aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Pakcik Din dan Makcik Yam.

"Macam mana?" Tanya abang hisyam sambil tersengih mengadap muka aku yang sudah mendung kelabu sebaik sahaja pasangan suami isteri tadi keluar dari showroom One Borneo.

Aku hanya memberi isyarat ibu jari diterbalikkan ke bawah.

"Tuh lah. Lain kali sebelum ikut, sembur kiri kanan dulu. Baru boleh melekat." Abang hisyam sudah ketawa melihat aku  yang gagal mendapat sale dari pasangan tadi.

"Shut up." Terus aku berlalu pergi.

*****

 "Assalamualaikum pakcik, makcik." Aku menyapa penuh ramah.

 "Waalaikummussalam." Balas Pakcik Din dan Makcik Yam serentak.

Aku hanya tersenyum. "Semalam dah datang tengok barang. Hari ni mesti datang nak beli barang pulak kan pakcik?" Aku buat-buat tanya. Masa dah suntuk. Tak ada masa nak berbasa-basi nak beramah mesra lagi. 

 "Lebih kuranglah tuh sarah. Nanti sekejap. Anak pakcik dekat dalam kereta tuh lagi."

"Okey. Kita tunggulah dulu orang yang nak beli barang tu masuk sekali. Nanti senang.  

"Hah!!! Tu pun anak pakcik dah datang." Kata Pakcik Din sambil menalakan jari telunjuk pada seorang pemuda yang masuk ke dalam ruang pameran.

Tersekat air liur ketika melihat anak pakcik Din tadi. Ya ampun… Macam manalah pulak boleh terjumpa balik nih ?. Niat dihati, memang dah tak nak jumpa dah lepas peristiwa dulu tu. Hari ni, takdir tuhan menemukan aku semula dengan Asraf fahmi.


*****

" Sarah, dengar cakap saya. Salah ker orang macam saya jatuh hati dengan perempuan macam awak?" Tanya Asraf.

"Memang salah. Suka-suka hati awak main-mainkan saya." Aku memarahi asraf aka prince charming.

"Kalau saya tak buat macam tuh, awak nak ker kawan dengan saya."

"Tak nak!!!" Aku menjerit kuat.

"Sebab tuh lah saya buat macam tuh."

"Lantak awaklah. Janji saya memang tak suka dengan awak." Aku terus berlalu.

Pantas tangan aku disambar asraf. 

"Maisarah, jangan macam nih. Tak boleh ker kalau awak jadi macam Maisarah yang di dalam YM tu. Awak pernah cakap di dalam YM, yang awak tak kesah siapa pun Prince charming tuh. Kenapa sekarang jadi lain ?."

"Sebab masa tuh, saya tak kenal siapa awak." Aku membalas berani. Orang bodoh jer yang akan percaya bulat-bulat apa yang orang lain taip dekat YM tuh. Kenapa lah aku marah sangat kat asraf nih sedangkan dia tak pernah bersalah pun tapi aku rasa terkilan, entah kenapa aku sendiri pun tidak tahu. Mungkin aku terkilan kerana aku menyangka prince charming tuh seorang yang tampan dan segak rupanya asraf fahmi kawan senior sekolah aku dulu yang selalu cari gaduh dengan aku. Sekarang pun tiada bezanya still the same person. Jahat sangat ke aku bila mengharap yang terlalu sempurna sedangkan ku tahu nobodys perfect. Asraf meleraikan pegangan tangannya. "Sebab saya macam nih. Sebab tuh awak tak sudi nak berkawan dengan saya." Balas asraf perlahan. Tak apalah sarah. Awak berhak untuk dapat lelaki yang sepadan dengan awak. Saya doakan kebahagian awak." Sambung asraf sebelum kakinya melangkah pergi.

 Aku hanya memerhati asraf yang sudah jauh berjalan ke hadapan.

Asraf itu tidak pernah termasuk dalam daftar senarai abang-abang senior yang aku admire.  Asraf itu, sudahlah gemuk,  gerhana pulak tu. Taknaklah jadi seperti Beauty and The Beast. Sewenang-wenangnya aku mengutuk asraf di dalam hati.  Mengapa aku marah sangat kat dia ?, apakah aku dah terlanjur cinta padanya. No way ! aku tak mungkin jatuh hati kat dia.

Semenjak hari itu, aku dan asraf sudah tidak lagi berchatting. Hobi berchatting pun sudah lama aku tinggalkan. Cuma kadang-kadang ajer bila nak lepas gian. Tapi bila nampak Prince_Charming tu pun turut sama online jugak, cepat-cepat aku sign off. 

Sehinggalah pada suatu hari, sepucuk surat bersampul kaler hijau tiba sekali lagi. Perlahan-lahan, aku membaca isi kandungan surat itu dihadapan dahlia dan shah.

Kehadapan Princess Maisarah,

Saya sedar, saya bukan lelaki yang sesuai untuk awak. Maklumlah, insan yang pernah suatu ketika dulu pernah buatkan dirimu terluka dengan perangai aku yang memang gila-gila . Tapi, percayalah, saya bukan nak main-main, tapi kerana terlebih sayang membuat saya melakukan semua itu.  Saya tahu, awak baik. Awak adalah awak. Tidak pernah sekali pun awak bersikap hipokrit untuk menjadi orang lain. Itu kekuatan awak yang membuatkan saya jatuh suka dan jatuh sayang dengan awak . Hari ini, awak menolak saya. Tapi aya akan pastikan, suatu hari nanti, awak akan saya miliki jua. Percayalah.


Semenjak itu asraf tidak pernah lagi menganggu hidupku, tapi hati aku rasa sakit bila nama asraf tidak pernah hadir di teratak YM aku lagi. Mengapa hati ini seolah-olah mengharap kehadirannya untuk mengetuk pintu  hati ku sekali lag. Ya Allah adakah aku terlalu kejam terhadap dirinya.

 *****

Hampir satu jam lima puluh sembilan minit aku menanti Uncle idham ditempat yang dijanjikan. Berpeluh ketiak menunggu pakcik ni datang. Sah aku kena main. Uncle idham ko memang nak kena. Ketika aku dah bersiap sedia nak mengangkat punggung untuk pergi dari sini, aku disapa dari belakang. Segera aku berpaling lipat maut. Jeng... Jeng....Jeng ? Asraf fahmi dan bunga ? Macam lagu Rahimah Rahim pulak. Dan secara tiba-tiba, jantung macam nak luruh  bila melihat asraf jalan menghampiri aku yang dah terasa nak pitam. Dah setahun aku tak jumpa asraf penampilan dah lain dan badan tuh dah macho dah sekarang. Matanya lagi  menawan. Haish aku dah gila agaknya, aku kan dah ada janji dengan uncle idham kat sini. 

 "Hai.." Asraf menegur.

Aku memandang tidak berkelip. Asraf tegur aku ke. Pelik rasanya, nak ikutkan hati aku memang dah blurr sekarang nih bila asraf berdiri dengan gaya aaron aziz buat hati aku jatuh hati.

 "Uncle idham." Asraf memperkenalkan diri.

Ya Allah. Aku belum pekak. Memang aku dengar sejelas-jelasnya. Dia Uncle idham. Uncle idham yang belajar kat oversea tuh. Uncle idham yang aku kenal dalam laman Anak jiwang itu jiwa ku. Uncle idham yang selama ini tempat aku tuju setiap kali ada problem. Dia…….sebenarnya adalah asraf fahmi, patutlah dah lama aku tak jumpa dia rupanya dia nyamar sebagai uncle idham.

"Apa?" Aku bertanya lagi sekali. Aku nak kepastian.

Asraf  mengangguk. Kemudian dia tersenyum. "Saya Asraf fahmi aka Prince Charming. Saya jugak Uncle idham ." Jawabnya tenang.

Aku membuntangkan mata sebelum pandangan ini dilontarkan jauh ke sungai. Aku kena main lagi. satu tahun aku kena main. "Kenapa buat saya macam nih ?" Aku bertanya sebak. Kalau tak memikirkan sini tempat awam, dah lama budak asraf  nih aku mandikan dengan air tembikai yang masih berbaki di dalam gelas besar ni. Aku dah panas. Aku nak blah tapi asraf sempat menghalang.

"Kenapa awak nih?" Tanya asraf kasar. "Salah ke kalau saya nak berkawan dengan awak Princess Maisarah."

"Tak salah. Tapi cara awak tuh yang salah. Dulu pun awak macam nih. Sekarang pun awak macam nih. Awak memang sengajakan." Aku dan asraf dah masuk adegan Sembilu Kasih.

"Saya buat macam ni sebab saya nak dekat dengan awak. Saya nak berkawan dengan awak. Dulu saya ingat bila saya dah jadi macam ni awak boleh terima saya. Tapi awak memangkan sarah . Memandang paras rupa sebenarnya."

"Apa yang awak cakap nih. Bila masa pulak saya pandang paras rupa. Kalau ya pun. Tuh dulu. Bukan sekarang." Aku membalas dengan lantang sekali.  Mamak  yang tengah tebar roti canai tu dah pandang lain macam aje kat aku.

"Jadi kenapa awak nak pergi." Suara asraf mula dikendurkan. Perlahan dan terkawal.

"Saya tak suka awak buat macam ni. Asraf tak boleh ke kalau straight to the point jer cakap yang awak nak berkawan dengan saya. Awak tu yang sama jer dari dulu sampai sekarang. Macam pondan. Pengecut. Awak ingat ini cerita Biar YM Bicara ker. Main sembunyi-sembunyi sebalik ID." Aku membalas. 

"Dulu aku terus terang awak tak layan, biar aku buat begini ada je alasan yang awak bagi. Awak nih kan  sarah memang tidak pernah ikhlas dengan aku.

 Memang betul apa yang dikatakan oleh asraf, tapi aku masih tidak dapat terima yang asraf sanggup tipu aku selama ini, menyamar sebagai uncle idham, sedangkan aku percaya sangat pada uncle id nih, asraf  nih memang sengaja nak kenakan aku.

Bukan sengaja terlintas dihati asraf nak kenakan sarah, tapi ini sahaja cara yang relevan dan boleh pakai untuk dirinya makin rapat dengan sarah.

 Aku memandang asraf yang masih dengan muka berharap. Aku tahu sekarang nih dahi aku sudah berkerut seribu. Aku masih lagi berpeluk tubuh menimbang kembali apa yang asraf katakan tadi.

********

 "Awak dah gila ke asraf fahmi , nape suka buat macam tuh kat aku ? ".

 "Kalau aku tidak  buat macam ini, sampai sekarang aku tidak akan dapat". Balas asraf. 

"Memang otak awak tuh gila sikit dari biasa".

"Biarlah otak aku gila yang penting aku dapat apa yang aku inginkan".

 "Haish awak nih".

 "Memang ngek lah awak nih, memang suka sakitkan hati aku, sampai bila awak nak buat macam nih kat aku". Keluh sarah.

"Sampai bila-bila pun kalau boleh hingga akhir hayat".

 "Amboi senangnya mulut kalau bercakap, main lepas je".

"Mulut aku, suka hati aku lah nak cakap, ada aku kesah". Balas asraf.

 Membuat hati sarah sakit bila melihat asraf sengaja nak sakitkan hatinya.

 "Lepaslah, jangan dekat sangat, dah naik semput dah, awak nih....". Tak larat nak melayan kerenah asraf fahmi, semakin sarah menjauh semakin dia dekat dihatiku. Sememangnya bukan ku tak cinta tapi kerana keras hati ini menolak dirinya hanya kerana dia bukan lah lelaki kacak yang aku idamkan tapi mungkin jodoh aku dan dia lebih kuat, hati ini terpaksa menerima dirinya. 

                                                             TAMAT                

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).