Thursday 2 May 2013

"Ishhh...Suami kite ni"


Bila terlewat bangun pagi dan tergesa-gesa nak pergi kerja, keluar rumah tengok ada orang dah panaskan enjin kereta kita dan bukakan pintu pagar, sambil tersenyum dalam hati ni terusik ‘ish..suami kite ni..”

Bila kereta kotor dan penuh lumpur tapi badan terasa malas nak cuci dan terus masuk tidur. Esoknya ada orang sudah cucikan kereta, sambil tersenyum dalam hati terlintas “ish..suami kite ni..”

Bila bukak pintu belakang rumah lepas tu terlupa dan tinggalkan untuk buat kerja lain. Kemudian datang balik untuk kunci tapi ada orang dah tolong kuncikan, sambil tersenyum dalam hati terlintas “ish…suami kite ni..”


Bila bangun tidur lebih awal dan pergi mandi, tengok ada orang dah kemaskan katil lebih kemas daripada kita dalam hati ni sebut ‘ish..suami kite ni..”

Bila tinggalkan sup lembu gearbox untuk direneh lama atas dapur gas sambil buat kerja lain sehingga terlupa, datang kembali ingatkan sudah hangus tetapi rupanya ada orang dah tolong tutupkan api dalam hati ni berkata”ish..suami kite ni..”

Ketika tidur malam tadi kesejukan kerana kipas dipasang kuat tetapi bangun esoknya lihat ada orang dah perlahankan kipas dalam hati terlintas “ish..suami kite ni”

Bila kita sedang berehat sakan tetapi ada orang sedang bekerja keras mencari peluang menambah pendapatan, terlintas di hati ‘ish..suami kite ni..”

Bila kita tak sengaja tertumpahkan kuah dan berselerak kotor sambil kita mencari penyapu ada orang datang tolong bersihkan sambil berkata “tak apa biar abang kemaskan”, hati terlintas “ish..suami kite ni”

Bila kita sedang sibuk bersiap untuk tugasan di luar daerah dan lihat ada orang sudah packkan beg ke dalam kereta dalam hati terlintas “ish..suami kite ni..’
Ish..suami kite ni,
Kebaikan itu lebih baik apabila ia datang tanpa diminta,
Cinta dan sayangnya seorang suami tak boleh dinilai dengan kata-kata,
Ambil beratnya tentang kita lebih dari apa yang kita ketahui,
Jagaan dia pada rumahtangga lebih dari apa kita sedari,
Sentiasa meletakkan isteri keutamaan lebih dari diri sendiri..

Buat kita terfikir,
Sudah cukup ke kita menghargai suami kita hari ni..
Ada ke kita mempunyai ingatan yang sama terhadapnya
seperti dia selalu mengingati kita..

Boleh ke kita melakukan lebih dari apa yang dilakukannya untuk kita,
Bercinta hanya bersifat teoritikal,
Tetapi
Perkahwinanlah akan mempraktikkan segala cinta yang diucapkan selama ini..
Ternyata perkahwinan benar-benar menunjukkan cinta dan kasih seorang suami pada isteri..
Bersyukurlah kalau anda mempunyai suami yang baik..
dan..alhamdulillah, saya bersyukur!
Ya Allah Kau peliharalah kebahagiaan kami sehingga ke syurgamu!
Aminn..

Hasil Nukilan Mama Airina

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).