Wednesday 1 May 2013

DIA SEGALA-GALANYA


Setiap yang kita mahukan

Setiap yang kita rasakan

Setiap yang kita inginkan

Belum tentu si dia mahu merasakan

Belum tentu si dia mahu menginginkan....



Terkadang kita mampu memendam perasaan

Membiarkan perasaan suka

Membiarkan perasaan cinta

Membiarkan perasaan sayang

Begitu saja tanpa rela untuk di luahkan

Akhirnya....

Keseorangan melayan perasaan

Keseorangan menahan rindu

Tanpa ada yang memujuk

Hati seorang perempuan seperti aku

Lalu...

Aku sujud kepadaNya

Memohon ketenangan hati

Memohon kesabaran di setiap duka yang ku rasakan

Tanpa CintaNya siapalah aku...

Tanpa RinduNya siapalah aku...

Mujur ...

Aku tak hanyut dalam perasaan ini

Aku tak lari dari kenyataan yang sesungguhnya aku punya DIA,

DIA peneman

DIA SEGALA-GALANYA...

Lalu mengapa perlu aku mengeluh sedangkan aku tak keseorangan...

Hidup ini indah kerana ada DIA

Bahagia itu ada kerana ada DIA

DIA jantung hati ku

DIA SEGALA-GALANYA

~ Muara sepi tak akan selamanya sepi kerana hati kita ada DIA...sujud dan berdoa kepadaNya kunci hati untuk ketenangan hati..percayalah kepadaNya...janji Allah itu pasti..^__^

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).