Friday 31 August 2012

LELAKI YANG SANGAT AKU CINTAI




Jiwang sangat lelaki ini, wajah kacak memang menawan. Sekilas pandang memang

sebiji pelakon korea yang memang femes dan meletop macam pisang goreng siapa

lagi kalau bukan Lee Min Ho. Entah kenapa larian jantung aku memecut ke tahap gaban,

memang aku tak boleh nak kawal. Pantas aku memandang ke sisi.


"Err...Maaf tak sengaja." Bibir aku terkatup. Hari ini aku memang sengaja nak carik pasal.

Bukan selalu aku berjumpa dengan lelaki kacak idaman hati.

"Tak mengapa...awak pun tak sengaja,  lain kali kalau  nak pandang, pandanglah

dengan mata hati bukan hanya memandang dengan dua mata yang cute macam siput."

Amboi ! Dah lain bunyi maksud kata-kata lelaki kacak ini. Memang high class punya.

Sekejap aku memandang, sekejap aku tersenyum. Memang sah aku bukan normal hari

ini tapi di luar normal kebiasaan aku.

"Cik....awak okay ke ?."

"Hihi...saya memang okay lagi. Tak ada apa-apa yang nak dirisaukan. Biasalah saya,

kalau terjumpa sesuatu yang indah dan menawan. Memang tahap kegilaan saya

memang tak boleh nak kawal.

"Cik ni gila ke ?"

"Amboi!!! awak ni...bukan saya yang gila cuma perangai saya ni kadang-kadang diluar

kawalan saya, you know what i mean."

"Cuba cik terus terang dengan saya. Saya tak berapa faham."

Faham ke atau pura-pura tidak faham lelaki sengal satu ni. Dah hilang cop lelaki kacak

aku bagi. Memang sengaja menduga hati aku yang tengah kacau.

"Awak ni, memang sengaja suruh saya berterus terang. Saya ni tidak boleh lihat lelaki

kacak, hati saya ni terus 100 peratus jatuh kat lantai yang bersulamkan cinta. Dah faham ke."

"Saya ni bukan kacak pun. Biasa saja. Simple dari biasa."

"Biasa itu yang lebih baik dari luarbiasa."

"Cik ni peliklah. Kata-kata penuh berkias. Saya ni bukan ahli falsafah atau pun sasterawan."

"Sejak bila pulak saya kata awak ni ahli falsafah atau sasterawan. Awak pun apa kurangnya. Simple tapi pelik juga like me."

"Maksudnya awak ni sama dengan sayalah. Sama-sama pelik."

"Apa salahnya kalau sama. Tapi taklah serupa."

Wah ! senyuman dia membunuh. Memang the best among the best.

"Hai cik.....janganlah pandang saya macam tu. Malu pulak rasanya. Pelik ke wajah saya ni."

"Bukan pelik tapi sangatlah perfect dari kaca mata saya yang awak kata macam siput."

"Cik ni kan memang peliklah dari wanita yang selalu saya jumpa. Lain dari yang lain."

"Well...saya ni memang lain dari yang lain."

"Amboi ! puji diri sendiri ye."

"Well....saya bukan nak puji diri sendiri tapi itulah saya memang lain dari yang lain sebab

itulah ayah saya kata kalau nak jadi diri sendiri haruslah ada keyakinan dengan

keperibadian sendiri."

"Bertuahnya ayah awak tu ye. Punya anak yang memang lain dari yang lain."

"Well....itulah ayah saya. Memang luarbiasa."

"Lama kita berborak. Saya belum tahu nama cik ni."

"Saya Maisarah Ayu anak kepada Hj.Zainal Daud dan ibunya bernama Siti Aminah

Rauf."

"Wah ! Nice name, memang sesuai dengan orangnya. Saya Mohd.Akmal anak kepada

Mohd Budiman Haikal dan ibunya bernama Maria Abd.Halim. Salam kenalan dari saya

buat Maisarah Ayu."

"Sama-sama kasih untukmu Mohd. Akmal."

"Wah ! Kasih diberi pembuka bicara ke untuk saya."

"Well....Memang kasih diberi untuk perkenalan kita. Harap awak terima.

****

Akhirnya perkenalan aku membawa aku ke penghujungnya. Bila akhirnya aku menjadi

suri dalam hidupnya. Bagi diri aku. Tidak salah untuk berterus terang seandainya

memang dihati ada cinta untuk dia lelaki yang sangat kita cintai.

Bahagia harus dicari. Cinta harus diberi. Kasih n sayang harus dipupuk biar menjadi

kebahagian yang pasti.

Aku memandang dirinya seperti aku memandang diri ku sendiri. Aku bukan inginkan

cinta sehebat Romeo & Juliet. Aku hanya inginkan lelaki yang bisa membawa aku

bahagia walau cuma berumahkan kayu papan yang nipis. Aku bahagia kerana dia

mencintai aku seperti aku mencintai dia.

"Termenung nampak buah hati abang ni."

"Well....biasalah dengan buah hati abang ni. Memang lain dari yang lain.

"Hmm....ayu ni, dari dulu sampai sekarang sama je perangai tidak pernah berubah."

"Well...abang ku  yang sangat aku cintai. Ayu tidak akan pernah berubah selagi abang

berada disisi ayu. Tidak akan pernah. Ayu harap abang pun begitu.

"Well....abang macam ayu juga tidak akan sekali-kali berubah jika Allah memberi ruang

untuk kita bersama-sama mengecapi bahagia.

***

Nampaknya aku pun bisa bahagia seperti Cik Acik Lana. Sampai sekarang pun aku

masih setia lagi membaca cerita cinta diruang blog kegemaran aku. Cerita kegemaran

aku memang tajuknya yang biasa  seperti cinta aku yang biasa-biasa saja tapi

didalamnya memang luarbiasa jadinya. Cuma aku dan suami aku je tahu apa

maksudnya.

"Jom abang kita terokai cinta yang biasa ini dengan kasih sayang yang luarbiasa."

"Awak ni ayu, dari dulu memang suka berkias. Abang tak fahamlah."

"Well....ayu bukannya nak berkiaslah abang oiiiittt. Abang ni tak faham-faham lagi ke.

Macam mana nak buat abang faham ni. ? Nak ayu libas ketat-ketat ke baru abang

faham."

"Amboi ! Garangnya isteri abang ni. Kalah Makcik Limah."

"Well...abang, ayu bukannya garang macam harimau tapi ayu ni garang manja je kat

abang. Tu pun abang tak faham-faham lagi ke. Hempuk kang baru tahu.

"Ayu ni ada-ada jelah. Memang pelik."

"Well....biasalah dengan isteri abang ni. Memang pelik macam selalu."

"Yelah.....ayu, janganlah ubah perangai macam tu ye ayu. Sebab perangai macam tu lah

buat abang jatuh hati kat ayu."

"Untuk abang. Ayu tidak akan pernah berubah. Abangkan lelaki yang sangat ayu cintai."

"Thanks ye sayang. Sayang ayu ketat-ketat hingga ke akhir hayat abang."

"Sama-sama sayang. Ayu pun sayang abang ketat-ketat hingga ke akhir hayat ayu.

"InsyaAllah....Amin "

Semoga bahagia itu berkekalan hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).