Sunday 19 August 2012

CINTAKU DIPENGHUJUNG RAMADHAN



Di saat-saat menghadapi puasa ke penghujungnya dan dalam menghadapi dugaan

berpuasa, ternyata aku dikejutkan sekali lagi dengan berita yang memang selalu

merisaukan hatiku, tapi apakan daya perjalanan cintaku dengan dirinya berhenti disini.

Mengeluh bukan sesuatu yang dibanggakan. Menghadapi dugaanMu Ya Allah menuntun

hati ini agar lebih sabar dalam menghadapi perpisahan ini.

***



Jatuh cinta sekali lagi pada lelaki yang sama bukanlah sesuatu yang ku pinta dan terluka

sekali lagi pada orang yang sama bukanlah kemahuanku.

Perpisahan yang kau pinta tidak dapat aku terima namun apa daya ku, jika dihatimu tiada

lagi cinta untukku. Aku harus terima kenyataan itu walaupun pahit. Ku terima seadanya. Ku terima walau hati ini terluka. Akhirnya airmata ku jatuh lagi. Entah keberapa kali aku menangis untukmu.

Ramadhan ku kali ini memberi aku kedukaan yang pastinya memberi aku seribu kekuatan

agar bisa bertahan tanpa kamu disisiku.

Cinta tidak selalunya indah walaupun hati ingin meraih bahagia bersama dia. Dia

tinggalkan aku sekali lagi. Wahai hati, bertahanlah sekali lagi.
Berilah aku kekuatan agar bisa menahan pedih yang ku rasakan ini.

Sampai hati duhai kasih. Memberi aku harapan lalu kau pergi jua. Kenapa tidak dari dulu

lagi kau tinggalkan aku saat cinta pertama terluka ?.
Kenapa harus kau hadir memberi aku harapan lagi jika dirimu tidak mampu memberi aku

kebahagian ?.

"Asal kau nangis risya ? .Biarkanlah dia pergi. Kau harus kuat." Abang aku memberi

peransang agar aku melupakan dia dari hidup aku.

"Maafkan aku bang. Adikmu ini terlalu lemah. Adik tak mampu nak kawal perasaan adik

sekarang ini."

"Sudahlah tu dik. Biar dia pergi jika itu yang dia mahu. Airmata adik tidak akan mampu

menahan dia pergi dari hati adik tu. Adik harus kuat."

"Tapi bang. Adik tak mampu. Adik tak kuat. Adik sayang dia."

"Adik terima je lamaran zakri. Abang rasa dia lagi mampu memberi kebahagian pada

adik. Biarlah cinta hadir lepas nikah. Adik tidak akan rugi.
Lebih baik kita disayangi dari kita menyayangi orang itu tapi jika akhirnya ditinggalkan

jua."

"Entahlah bang. Adik tak tahu nak cakap apa."

"Adik tak payah cakap, biar abang yang buat keputusan untuk adik."

***

Hari raya puasa tidak lama lagi menjelang, mengingati dia membuat aku terluka. Cakap

memang senang tapi melaksanakannya memang payah.

Abang, maafkan risya kali ini. Risya tidak mampu menahan sebak dihati ini. Biarlah

kecewa ini bertakhta dihati, ku tak akan paksa dia pergi lagi. Semakin aku buang dia dari hati ini semakin hati ini sakit.

Ramadan Al-Mubarak berilah aku rahmat dan hidayahmu agar cinta ini pergi tanpa ada

hati yang terluka.

Berilah aku kekuatan Ya Allah Ya Tuhanku, ku bersimpuh memohon doa agar hati ini bisa

melupakan dia. Kuncilah hati ini agar namanya
tidak lagi berada dihati ini. Biarlah cintaMu Ya Allah menjadi pengubat duka lara ini hingga

keakhirnya.

Cinta ku telah pergi di penghujung ramadan ku kali ini. Semoga cinta kedua akan bertamu

di ramadan yang mendatang. Ya Allah ku nantikan cahayaMu disetiap ramadan yang kau

berikan untukku.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).