Friday 20 July 2012

LANGIT KE LANGIT


Subhanallah, alangkah indahnya ciptaan Tuhan. langit itu indah, umpama hamparan permaidani mahal yang dihiasi dengan bintang-bintang yang berkelipan. sesekali, kelihatan bulan purnama penuh yang menggantikan tugas sang mentari…menambahkan keindahan malam.

kata orang, bila kita merindui seseorang…lihatlah ke langit. mungkin orang yang kita rindui itu juga melihat langit yang sama. kemudian, bisikkanlah kepada langit…betapa anda sangat merinduinya. pasti dia akan mendapat mesej anda jika anda berdua mempunyai ikatan hati yang kuat.


Hmm…betul ke? alangkah seronoknya kalau apa yang orang kata tu ada kebenarannya. pasti tiap-tiap malam aku merenung langit dan mengucapkan kata rinduku pada seseorang yang aku sendiri tidak pasti siapa. aku akan bisikkan kepada langit agar memberitahu kepada insan itu bahawa aku sedang menunggunya di sini. aku minta dia segera datang kepadaku untuk menemani diriku yang kesepian.

langit ke langit, bintang ke bintang, bulan ke bulan akhirnya aku sendiri disini, menunggu dan terus menunggu.....bagaikan pungguk rindukan bulan......

Aku hadir untuk memberi cinta, andai kau tak sudi terima, masih ada heroin kedua...yang nih untuk dia yang telah mematahkan cinta ku..ayat punyer gila...andai dia pergi, pergi sajalah..yang nih ayat memang kasar banget, kata orang indonesia..kecewa mahupun bahagia cinta tetap cinta, ia akan selalu hadir tanpa dipinta...kita suka kat dia tapi dia tidak suka kat kita..yang nih memang susah nak terima..memang
selalu mengharapkan dia untuk terima cinta kita so akhirnya kita bertepuk sebelah tangan....syok sendiri...tapi kalau dia cintakan kita tapi kita tidak cintakan dia..yang nih kes yang sama gak tapi kata orang...yang paling best kalau orang tuh cintakan kita dari kita mencintai dia....sweet moment orang putih katalah, bukan aku yang kata...aku pinjam je ayat tu....popek2 kerja aku hari ini...mungkin korang bacapun memang aku nih jenis yang mengada-ngadakan tapi aku  tak kesah...pinjam dulu kata-kata aiman. Jangan boring baca entri kali ini yang memang lain dari yang lain.

Dari cerita langit ke langit sampailah ke kisah cinta ke cinta , korang jangan lupa pulak nak berpuasa....yang pasti ESOK umat islam seluruh dunia akan berpuasa...lambaian ramadhan dah datang lagi so jangan lepaskan peluang berpuasa dan pergi solat terawih beramai-ramai. Penuhkan masjid dan surau dulu, Korang tak datang kat sini pun tak apa.

Kosongkan dulu blog ini selama sebulan korang pergilah tunaikan kewajipan kita sebagai umat islam tapi yang bukan beragama islam amatlah dialu-alukan untuk berkunjung kesini kalau adalah peminat blog Cinta Puisi DI HATI ini atau CPDH yang perasaan je. Apa-apapun pihak CPDH mengucapkan
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Cinta Puisi DI HATI akan berhenti berehat seketika untuk menghormati bulan yang baik ini. Nak kejar pahala di bulan ramadhan ini bukanlah senang so masa untuk berehat dari berkarya, dan insyaAllah akan berkarya di kesempatan yang akan datang.

Ramadhan Al-Mubarak
Membawa Sinar Bahagia
Ku junjung kasih
Ku junjung sayang
Semoga Puasa Kali ini
Membawa Berkat untuk kita semua

Hihihi aku berpantun pulak kali ini, harap korang semua suka...baru nak belajar kalau salah tolong maafkan ye. PEACE

Sayang u all  dengan ingatan yang tulus dan ikhlas dari Cinta Puisi DI HATI.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).