Thursday 5 July 2012

Aku hairan



Aku hairan
Mengapa aku selalu menangis…

Aku hairan
Mengapa aku begitu takut…

Aku hairan
Mengapa aku Selalu sendiri…

Aku hairan
Mengapa aku selalu
Tidak lena tidur malam…


Aku hairan
Mengapa aku selalu begini….

Aku hairan
Mengapa aku selalu
Tidak bisa  bahagia…

Aku hairan
Mengapa Aku selalu
Di tinggalkan ibu n ayah…

Aku hairan
Mengapa aku selalu
Ditinggalkan dia
Dia kekasih hatiku…

Aku hairan
Seperti semua lelaki
Selalu meninggalkan aku…


Terkadang aku hairan
Mengapa harus aku…

Terkadang aku mengharap
Aku adalah orang lain…

Orang selalu berkata,
Itu pasti akan berakhir jua..
Bersabarlah kata mereka…

Aku selalu ingin tahu
Bila kah akan berakhir menjadi baik…?
Bila semua akan berubah ?
Bilakah aku akan merasa bahagia….

Aku hairan
Mengapa hidup aku selalu sukar…

Aku hairan     
Mengapa semua harus terjadi
Setiap waktu n ketika….

Aku hairan
Mengapa semua memerlukan
Waktu yang lama….

Aku hairan
Mengapa aku selalu di sakiti…

Aku hairan
Mengapa aku selalu keseorangan…

Aku hairan
Mengapa sakitnya begitu hebat
Hingga membuat aku sengsara….

Hingga akhirnya
Aku menemukan semua jawapannya....

Di setiap derita yang aku rasa
Di setiap tangisan yang aku rasa
Di setiap duka yang aku rasa
Di setiap  sakit yang aku rasa
Di setiap rasa itu rupanya …
Ada bahagia…
Ada hikmah…
Menjadi pengubat segala rasa yang aku lalui…

Betapa hinanya aku kerana selalu mengeluh…
Sedangkan itu adalah dugaan bagi hamba seperti aku…

Betapa mudahnya aku mengalah…
Di mana letaknya kekuatan hati ini…
Tiada kemanisan tanpa adanya kepahitan…..

Kadang-kadang aku tertanya,
mengapa Tuhan selalu mengujiku tepat di hatiku?
 Sedang ia adalah bahagian terapuh diriku.

Tapi kini aku tahu jawabnya.
Kerna Dia tahu tempat yang paling tepat
agar aku sentiasa kembali mengingatNya,
kembali mencintaiNya.


Tuhan menduga aku
Kerana Kasih & sayangNya kepada hambanya.....
Sedangkan di kiri n kanan ku ada DIA menemani aku
DIA Tuhan ku yang satu
Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah swt........





No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).