Sunday 8 July 2012

Bukan Cinta Biasa - Ending



Terlambat bukan bermakna tiada peluang untuk dia merasa bahagia. Keinginan untuk mencipta bahagia 
bersama orang tersayang tidak pernah dilupakannya. Setianya pada Aleya Yasmin masih terpahat lagi dihati
sanubarinya. 

Genap 7 tahun aleya meninggalkannya tanpa khabar berita. Rindu dihatinya tidak tertanggung lagi. Berpisah
dari aleya telah membuat hatinya lebih tabah dan sabar menanti kehadiran dan kepulangan aleya kesisinya walaupun dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Hanya gambar aleya yang menjadi pengubat rindu dihatinya. Perpisahan tanpa dipinta bukanlah kemahuannya. Namun dia percaya dalam semula dugaan yang dilaluinya pasti ada terselit hikmah yang bisa membuat dirinya bahagia.

Zahar dah berkawen dengan nazira akhirnya. Gadis yang selalu menemaninya namun jodoh antara mereka tiada tapi sebaliknya jodoh nazira bersama zahar kawan baiknya yang selama ini memberi kekuatan dan pendorong untuk dia lebih kuat lagi dalam menghadapi setiap masalah hati dan jiwa.

Selawat Terapi Jiwa dari UNIC adalah pengubat hatinya. Indahnya kata-katanya . Terubat hati didalam gelora rindu yang bermukim dihatinya.

****

Akhirnya sampai juga aku ke kampung halaman aku. Tidak sabar rasanya pulang kerumah dan berjumpa dengan ayah yang dirinduinya. Tujuh tahun bukanlah masa yang singkat. Kepulangannya ke tanah air adalah ingin mengubati rindunya pada seseorang. 7 tahun dia dirantauan telah mengajar hatinya untuk merindui seorang yang dulu dibencinya.

Aleya tersenyum bila melihat ayahnya setia menunggu dirinya ditempat menunggu. Jelas terbayang diwajah ayahnya kerinduan yang dah begitu lama tidak menemuinya.

"Apa khabar anak ayah ni ?."

"Alhamdulillah sihat ayah.". Balas aleya sambil memeluk ayahnya.

"Jom kita balik."

"Jom ayah, aleya tak sabar nak balik rumah. "

Si ayah tersenyum melihat kegembiraan diwajah aleya. Didalam hati memanjat rasa kesyukuran terhadap ilahi kerana anaknya dah menjadi dewasa, dan kini lebih bersedia menghadapi segala dugaan yang mendatang.   

****

Hari ini dia dah mula bertugas di pejabat ayahnya. Selama ini dia telah meninggalkan ayahnya seorang menguruskan perniagaan yang dah lama ayahnya ingin dia menguruskannya. Terbit rasa bersalah dihati aleya bila selama ini, ayahnya bertungkus lumus membanting tulang untuk mempastikan apa yang diusahakan tidak sia-sia. Tiba gilirannya untuk memastikan usaha ayahnya tidak akan sia-sia.

Hari pertama bagi dirinya memanglah tidak menang tangan. Sentiasa sibuk melayan kerenah pelanggan, nasib baiklah dia ada setiausaha yang cekap dapat menolongnya membuat kerja.

"Hari ini ada temujanji Cik Aleya dengan pelanggan dari Pesona Media Network Sdn. Bhd."

"Okay nina, kalau diorang dah datang bagi tahu saya".

"Baik cik aleya."

Nampaknya hari ini dia akan menemui pelanggan yang pertama, harap-harap semuanya berjalan lancar.

Semenjak dia memakai kaki palsu, hidupnya semakin berjalan lancar walaupun pada mulanya dia sukar menerima dirinya  tidak sempurna lagi namun rasa kesedaran dia membuang segala yang negatif menjadi positif. Namun satu hal yang tidak dapat dibuangnya didalam hatinya rasa cinta dan rindunya pada lelaki yang selalu mengacau hidupnya. Ternyata dia silap dalam mengambil keputusan. Tapi sayang semuanya dah terlambat. Mungkin sekarang ini dia telah berumahtangga. Mana mungkin wan masih setia menunggunya.

Lamunanya terhenti seketika bila mendengar suara nina dari peti suara dibiliknya.

"Cik Aleya, tetamu dari pesona network dah datang."

"Baiklah nina, suruh dia masuk sekarang."

"Sila duduk." Aleya mempelawa tetamu tanpa disedarinya lelaki itu adalah lelaki yang dikenalinya.

"Awak...awak !." Terkaku seketika mereka berdua. Diam membisu tanpa kata. Mata saling memandang tanpa berkelip walau sesaatpun.

Sepanjang hari itu mereka saling memandang tanpa satu patah perkataanpun cuma hati mereka saling berkata.

Cinta memang sulit untuk dimengertikan. Kalau memang dah jodoh, sekuat mana kau sembunyi tetap akan bersua jua akhirnya.

****

Ajari aku lagu dari Anuar zain menemaninya ketika ini, pertemuannya dengan aleya memang tidak disangka. Mungkin ini adalah peluangnya untuk menambat hati aleya sekali lagi.

Wajah aleya masih seperti dulu cuma yang lain adalah sikapnya berbeza. Tiada lagi aleya yang dulu manja dan ego yang ada sekarang ini adalah aleya yang matang.

Terbit dihatinya ingin mengajak aleya keluar, sekaligus melepaskan kerinduaan dihatinya. Tersenyum sendirian bila memikirkan semua itu. Malunya aku masih menyimpan cinta dihati. Salahkah aku jika cinta dan rindu itu masih ada.

Baik aku telepon dia.

"Hello ! Assalamualaikum wbt ..."

Teleponnya berdering dengan lagu dejavu dari shila amzah. Aleya tersenyum bila melihat nama wan.

"Walaikumussalam..."aleya membalas salam.

"Hmmm...boleh tak kita keluar malam ini ?. Wan mempelawa aleya untuk bertemu.

Aleya serba salah, nak ke tak nak jumpa wan ni. Mengeluh seketika hinggakan tanpa disedarinya ayahnya telah berada dihadapannya sambil memberi isyarat agar setuju keluar dengan wan.

Tersenyum bila melihat perangai ayahnya. Macam budak kecik pulak ayah aku ni.

"Hmm...baiklah aleya setuju keluar makan malam. Wan nak jemput aleya ke kat rumah ?."

"Ya Ya Ya nanti wan datang rumah aleya ."  Kelam kabut je wan membalasnya. Adesss apalah aku ni, malunya aku. Sabarlah duhai hati.

****

“Selamat pagi sayang!”

“Awal bangun?”

Aleya tidak menjawab. Hanya tersenyum.

“Boleh mintak tolong sikit tak?”

“Yes?”

“Boleh tolong masak  tak?  Abang laparlah ."

Tergelak aleya bila mendengar kata-kata suaminya. Semalam dah suruh makan tak nak, awal pagi dah minta makan, haish dah buang tabiat.

"Asal gelak ni, lucu ke apa yang abang cakap ni." Sambil mencubit pipi aleya isteri kesayangannya. Akhirnya jodohnya dengan gadis yang dicintainya selama ini berakhir dengan perkahwinan. Siapa sangka selama 7 tahun dia menunggu akhirnya bahagia datang kepadanya setelah banyak kesedihan dan kepahitan terpaksa dilaluinya.

"Jauh termenung nampak cik abang aleya ni. Ada masalah ke ?."

"Tak ada masalah pun cuma terkenang cerita cinta kita, buat abang semakin sayang kat isteri abang ni. Next time jangan tinggalkan abang lagi ye,dah penat menunggu." Usik wan.

"Amboi ! dah dapat aleya, baru kata penat tunggu ye, kalau leya tahu, tak nak kawen dengan abang, biar abang tunggu lama-lama."

"Jahatnya isteri abang ni, nanti abang babap aleya baru tahu."

Aleya tersenyum bahagia. Melihat kemesraan dan kemanjaan wan membuat dirinya begitu bahagia sekali. Bukan cinta biasa yang kini dirasakan tapi lebih dari segala-galanya. Suaminya adalah cintanya ke akhir hayat.

TAMAT SUDAH CERITA BUKAN CINTA BIASA KE PENGHUJUNGNYA...KEPADA SIAPA YANG SUDI MEMBACANYA  SILALAH LIKE DAN SILALAH BAGI KOMEN SEKALI YE....TERIMA KASIH DAUN KELADI, LAIN KALI DATANG LAGI DENGAN SERIBU MANISNYA DIBIBIR PENGUNJUNG CINTA PUISI DI HATI....LOVE U ALL WITH ALL MY HEART.....ADMIN

****

Bukan cinta biasa ataupun cinta luarbiasa yang kita inginkan tapi kasih dan sayang dalam percintaan itu yang kita nak. Janganlah terlalu mengharap pada cinta jika tiada kasih dan sayang didalam hati, namun jika kasih dan sayang ada tapi tiada jodoh itu maknanya memang tiada rezeki untuk hidup bersama didalam mengharungi ranjaunya hidup bersama dalam ikatan cinta yang halal. Jika anda memang mencintainya kahwinilah dia..jangan tunggu terlalu lama, takut pulak jodoh lari sebab penat tunggu lama2....(tergelak seorang-seorang tanpa teman disisi)....sayang u all ketat2 semoga percintaan anda kekal ke penghujung cinta yang halal.


P/S - Babap = pukul manja

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).