Monday 25 March 2013

BUKAN KU PINTA ~ BAB 3



Tiap malam mesti aku pandang siling kat bilik aku. Huh boringnya, keluh dira bila setiap malam mesti siling yang sama dipandangnya. Selama ini tak pernah sekalipun dia begitu setia memandang siling rumahnya. Aku dah memang gila dibuat exal.

Hujan semakin lebat. Guruh berdentum bersama kilat. Sesekali tubuh aku terasa mahu melayang-layang. Sejak dulu aku memang fobia dengan guruh dan kilat. Bisik hati exal. Walaupun berdua dengan dira namun antara mereka tidak pernah bersatu seperti orang lain yang dah berkawen. Mereka bernikah pun tanpa kerelaan hati mereka masing-masing. Achumm, sesekali aku bersin bila semakin dingin badan ini ku rasakan. Aku demam ke ni. Aku rasa badan aku ni lain je , rasa tak sedap badan pun ada. Mungkin perasaan aku je.
Sesekali dira menjeling ke arah exal. Kelakuan exal lain dari biasa. Aku peduli apa, dia pun bukannya kisah sangat aku ada ke tak ada. Keluh dira.

Seorang mengeluh dan seorang mengintai dalam diam. Sekamar namun hati dan perasaan tidak sama. Bukan ku pinta derita hati harus hadir ketika ini. Tapi takdir mengatasi segalanya, aku dan exal menyatu dalam ikatan cinta yang halal.

Mengintai dalam diam bukanlah sesuatu yang ingin dilakukannya namun buat masa ini dia bosan. Sesekali ingin hati menyapa orang yang dekat dipandangan matanya. Namun malu menyapa dihati. Dira memang gadis yang cantik dan ayu. Tidak salah aku untuk mendekatinya dan belajar mencintainya.

 “  Exall.... hentikan semua ini!” Exal menarikku dari katil.

"Awak dah gila ke exal ," herdik dira bila terperanjat dengan kelakuan exal terhadapnya.
“ Dira boleh tak saya tidur kat sebelah dira ?.”

Dia tarik aku menghadap mukanya yang memang kacak. Dia tarik daguku ke arah matanya dan memaksaku melihat wajahnya yang buat aku cair. Renungan dan pandangan exal membuat aku lemah..dan tidak bermaya.

"Suka hati je nak tidur kat sebelah dira."

"Eleh! Ada aku kisah sangat ke nak tidur kat sebelah dira tu. Kalau tidak kerana badan saya  nih sejuk panas, minta maaf sangat-sangat , tak teringin saya nak tidur kat sebelah awak tu . Sudahlah badan kurus kering macam papan lapis, tak selera pun exal pandang."

"Amboi ! sedapnya mulut mengata aku, awak peduli apa kalau badan dira kurus. Ada aku kisah sangat ke." Sakit hatinya diperlakukan begitu.

"Weiii ...."

"Apa dia, tak boleh ke cakap lembut sikit. Karang orang tua aku terjaga nahas aku dikerjakan. Dira dah menjadi singa lapar yang tidak sabar membaham mangsanya.

"Tak ada apa-apa. Saja nak test suara." Balas exal tapi dia tak mampu lagi menahan kepalanya yang sedari tadi berdenyut-denyut, badan terasa lemah dan lemah membuat dia terjatuh.

"Exal! Kenapa nih ? awak sakit ke ?."

Hmmm..dah tahu sakit nak juga buat perangai yang menyakitkan hati. Hati dira menjadi sayu bila melihat exal jatuh sakit. Ni mesti sakit rindu ni kat buah hati pengarang jantung dia.

Semalaman dira menjaga exal hingga dia tidak sedar dirinya dah berada dekat disisi exal.
Amboi ! asyiknya dia tidur kat sebelah aku tapi dia memang cantik dan ayu walaupun badan kurus. Argh ! aku dah gila agaknya.

Mengapa hati aku berdebar-debar tak keruan, dag dig dug....hmmm cinta tak akan bisa dimengertikan. Aku tak mampu lagi .....aku tewas akhirnya. Apakah aku dah jatuh cinta kedua kalinya dengan isteri aku sendiri.



No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).