Lepaskanlah
aku pergi.
Biarlah
aku berikan jantung ini kepada dia.
Biarlah
suatu saat bila kita bertemu aku akan menjadi milikmu.
Berilah
aku peluang untuk memberikan apa yang menjadi milikku untuk dia.
Jagalah
dia seperti dirimu menjaga aku.
Berikan
dia cinta yang ada dihatimu
Berikan
dia rindu yang ada dihatimu
Berikan
dia kasih n sayang yang ada dihatimu
Berilah
setulus hatimu.
Bahagia
yang kau beri tak akan aku persiakan.
Setia
yang kau beri tak akan aku mungkiri.
Kejujuran
yang kau beri tak akan aku dustai.
Tapi
sayang....
Aku
ingin berbagi kasih untuk dia...dia sahabat aku.
Usahlah
persiakan pengorbanan ini.
Sayang
ku...
Aku
ingin beri apa yang mampu aku beri...janganlah halangi aku.
Jika
benar ada aku dihatimu...relakanlah aku pergi.
Jantung
ini untuk dia.
Jagalah
dia seperti dirimu menjaga aku.
Jodoh
kita cukup sampai disini.
Aku
menunggumu di syurga indah disana.
Jangan
pandang aku dengan pandangan sedih tapi pandanglah aku dengan pandangan yang
paling indah.
Sayang
ku...
Berilah
aku salam yang terakhir .
Sesungguhnya
aku sayang kamu melebihi segalanya
Untuk
sahabat ku...
Jagalah
jantung aku.
Ku
sayang kamu.
Sesungguhnya
perjalanan aku sampai disini.
Kenang
aku dalam doa-doamu.
Hidup
dan mati ini bukan terletak ditangan aku kerana itu RELAKANLAH aku pergi untuk
selamanya.
Wahai
sayang..
Tabahkanlah
hatimu saat dirimu di uji kerana ujian Allah itu adalah anugerah yang terindah
dariNya.
Ikhlaskan
aku pergi.
(Pertemuan
dan perpisahan adalah fitrah kehidupan. Disayangi dan menyayangi perlu ada
dalam percintaan dan persahabatan. Kejujuran dalam bercinta dan bersahabat
amatlah diperlukan. Sayang bukan hanya untuk tersayang saja tapi untuk sahabat.
Memilih adalah pilihan yang terbaik. Berkorban bukan untuk derita tapi untuk
bahagia. Kebahagian bukan terletak pada kekasih untuk kekasih saja tapi untuk
sahabat. Tak perlu mengeluh kerana kita mampu merancang namun Tuhan yang
menentukannya. Secebis kenangan bukan untuk
Ditangisi
namun untuk dingati. Melupakan bukan bermakna tiada sayang lagi, tiada rindu
lagi kerana sayang dan rindu itu tiada penghujungnya. Walau ke hujung nyawa ia
tidak akan hilang....PERCAYALAH )
No comments:
Post a Comment