Tuesday 22 January 2013

BUKAN KU PINTA - BAB 1


SELESAI  akhirnya majlis pernikahannya dengan Exal, lelaki yang tidak dicintainya. Pertemuaannya dengan exal memang tidak dirancang. Dia dan exal berkahwin kerana desakan orang tua. Dia dan exal umpama langit dan bumi, langsung tiada persamaan.

Resah membungkam di sudut hatinya bila kekasih hati juga bertunang dengan gadis pilihan orangtua. Mungkin sudah suratan takdir dia dan hanif tiada jodoh, masing-masing mencipta bahagia bersama insan yang bukan dicintai.

"DIRA JIWA LARA...buat apa kat sana tuh ?,  ibu dan ayah panggil."  Kedengaran suara adiknya  menyedarkan dia dari lamunannya seketika.


Cinta ku akhirnya terlerai jua, dia akhirnya bukan milikku lagi. Senyum kerana terpaksa. Bahagia kerana terpaksa dan entah bila cinta akan hadir dihatinya buat lelaki yang dihadapannya yang kini bergelar suami. Suami atas ikatan cinta yang halal seperti yang selalu ku harapkan tapi bukan begini jalan cerita cinta yang diharapkannya. Menikahi lelaki yang bukan dicintainya.

Terdetik dihati ini ingin lari dari semua ini, namun kakinya kaku tanpa berganjak dari kenyataan hidup yang kini dilaluinya.

Dira tidak ingin mencurahkan kasih dan sayang buat suami yang baru saja dinikahinya. Hatinya tidak ingin berkongsi kasih dan sayang buat Exal. Bagi dirinya hatinya belum siap untuk diberikan kepada lelaki yang bergelar suami.

Aku tahu aku telah berdosa kerana masih menyimpan perasaan cinta, kasih dan sayang kepada lelaki yang bukan milikku lagi. Ya Allah ! maafkanlah aku , hati ini begitu rapuh sekali.

***
 Dira bukan dira dulu lagi, dira sekarang ni dah jadi pendiam. Menjadi lemah di depan lelaki yang baru dikenalinya.

Exal hanya diam membisu bila melihat sikap dan kelakuan dira terhadapnya. Diapun tahu dira bukan menyintainya. Dira sama dengan nasibnya terpaksa bernikah dengan insan yang bukan dicintai.

Dua insan yang memang dah ditakdirkan bersama terpaksa berkongsi rasa-rasa cinta, kasih dan sayang didalam lafaz cinta yang halal.

Saling memandang tanpa melafazkan kata, saling mengeluh sambil memikirkan sejauh mana perkahwinan mereka akan bertahan..

Bukan ku pinta cinta bisa jadi begini. Bukan ku pinta ku raih bahagia bukan dengan dirimu wahai kekasih hati.

Ya Allah, ajarkan aku agar bisa menerima dia  sebagai  suami dalam hidupku.
Ya Allah , ajarkan aku agar dapat mencintai dirinya. Ya Allah, ajarkan aku agar  bisa memiliki cinta yang luarbiasa seperti cinta yang ku tinggalkan buat dia kekasih hatiku.

****

"Sakitlah, apa cubit-cubit ni."  Mengeluh seketika dira dibuat exal.

"Saya tak sengaja, ada semut kat pipi dira, tu yang  tak sengaja tercubit, ingatkan hati nak buang semut kat pipi tapi tanpa sengaja tangan saya ni buat yang lain jadinya."

"Ye lah tu, awak memang sengaja nak buat saya marah." Balas dira tidak puas hati dengan penjelasan exal.

"Dah lama ke couple dengan hanif ?? dia merenung aku.

"Erkk...., eh....macam mana awak tahu ??" suara aku tersekat-sekat. Serius aku rasa terasa mencabar sangat soalan yang dia tanya.

"Saya tahulah , so betul lah awak dengan hanif...."

"Memang betullah, biar  saya terus terang kat awak. Saya tidak sama sekali mencintai  awak.  Saya tidak dapat terima awak dihati saya."

Exal hanya mengangguk kepala tanpa memberikan apa-apa reaksi setelah mendengar setiap  kata-kata yang aku luahkan sebentar tadi.

"Dira masih sayang kat dia lagi ke ??".

Dia nak cabar aku ke, keluh dira bila exal menanyakan soalan yang sensitif.

"Mestilah sayang. Kalau tak sayang tidaklah saya sengsara dan sakit hati bila dipaksa kawen dengan awak."

Exal mengurut-urut kepala. Pening dengan jawapan yang diberikan oleh dira.

Apakah aku yang bersalah sedangkan hati ini pun terpaksa menikahi gadis yang tidak dicintainya. Exal  sendiri kecewa dan patah hati bila terpaksa dan dipaksa kawen tanpa kerelaannya.

Bila cinta kita tak akan tercipta, ku hanya sekadar ingin untuk mengerti, adakah diriku masih lagi singgah dihatimu sedangkan kau tahu aku bukan milikmu lagi. Adakah kau tahu dihatiku selalu ada kau wahai kekasih hatiku. Dira mengeluh dengan keluhan yang panjang membuat exal merasa yang mereka memang dalam dilema.

Salahkah aku bila ada nama hanif dihatiku dan bukannya exal . 


No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).