Saturday 29 December 2012

SELAMAT TINGGAL CINTA



TERSENYUMLAH saat duka bertamu. Bukan salah diri hati merana. Ikhlaskanlah dia pergi dari hidup ini. Redha adalah jalan yang paling mudah untuk melepaskannya. Pasrah pada ketentuanNya. Cinta yang indah lahir dari dua hati yang menginginkannya.

JANGAN MUDAH MENGALAH hanya kerana cinta putus ditengah jalan. Sabarlah dan tabahlah kerana derita tidak selamanya.

WAHAI  HATI jangan mudah menyerah. Cinta itu bukan untuk dirimu. Biarkanlah dia pergi jika itu mahunya.

CINTA jika itu mahumu aku tak akan menahan dia pergi.

Aku bukan meminta cinta yang akhirnya KECEWA

Aku bukan meminta cinta yang akhirnya DERITA

Namun aku mengerti dalam kecewa dan derita yang ada pasti ada terselit bahagia yang bermakna. Allah itu penuh pengertian.

AKU BAHAGIA dengan TAKDIR yang maha ESA.

Aku tak akan mengeluh lagi.

Aku tak akan menyerah lagi.

Biarlah waktu itu berlalu bersama cinta yang lara. Aku tak akan menagih CINTA seorang lelaki lagi.

Selamat tinggal CINTA yang ada di hati ini.







No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).