Thursday 13 December 2012

Kerana ini adalah TANDA kasih sayang DIA



Kadang-kadang ketika kita agak melupakan Tuhan
Ketika kita solat ala-ala kadar, lewat-lewat selalu
Ketika kita langsung sibuk hingga lupakan Quran
Atau langsung tak solat, langsung tak baca Quran?

Tetapi ketika itu kita dilimpahkan dengan seribu nikmat
Malah dipermudahkan dalam setiap yang kita lakukan
Sehingga jauh di sudut hati, kita sebenarnya rasa tak layak pun!
Jauh di sudut hati rasa Allah tak perasan ke akan dosa-dosa kita?


Nikmat tetap nikmat, hakikatnya kita akan tenggelam kegembiraan jua
Akhirnya perasaan tak layak dan malu pada Allah tadi pun hilang
Dalam masa yang sama kita tetap cuba, untuk perbaiki iman dan amal
Kita tetap cuba untuk lebih dekatkan diri pada Allah

Dan bila iman seolah-olah sedang kuat, dan amal diperbaiki
Tiba-tiba satu demi satu ujian datang, besar atau kecil
Satu demi satu, dan kita cuba hadapi dengan sepenuh kesabaran
Namun semakin hari, ia membuatkan kita makin dan makin lemah

Hmmm, kenapa ya? Adakah ujian-ujian ini untuk menebus dosa-dosa dulu?
Yang ketika dulu Allah tahu kita mungkin tak mampu hadapinya?
Atau Dia tak mahu biarkan dosa kita dulu terkumpul dengan dosa akan datang?
Lalu ditimpa ujian-ujian yang sedikit ini untuk hapuskan dosa dulu?

Ya, aku yakin.. Ujian ini barangkali sedang buat aku jadi lemah.
Tapi inilah cabang kehidupan yang harus aku hadapi
Agar di kemudian hari aku akan lebih kuat dan tabah
Kerana di kemudian hari mungkin ujian lain pula yang menanti.

~ Hasil Nukilan tuahmodbahkheet ~

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).