Saturday 29 October 2011

MY LOVE STORY ~ 7



Risya mengemas katilnya. Dia meminta pada pihak pengurusan asrama untuk kekal di bilik lama. Kerana dia selesa di situ. Linda dan Hidayu masing-masing pun dah ada di bilik masing-masing. Dia ingin siap berkemas dahulu baru mendapatkan teman-temannya.

Usai mengemas pakaiannya ke dalam almari, dia mencapai beg galas tepi berwarna putih itu. Dia mengunci pintu biliknya dan menuju ke bilik Hidayu di tingkat atas.

“Assalamualaikum” kharisya mermberi salam.

“Waalaikumussalam. Masuklah risya” balas Hidayu dari dalam. Ayu amat kenal akan suara itu.

“Ayu, kau sihat?” soal risya sambil menguak pintu bilik Ayu dan memeluk ayu keriangan.

“Risya, kau nampak lain lah.” Balas Ayu.

“Lain, apa yang lain? aku sama jer macam dulu.” Balas kharisya pura-pura tak mengerti.

“Risya, kau dah kurus.” Jerit Hidayu keriangan.

“Mana ada, macam biasa jer. Kau tu yang makin berseri-seri. Maklumlah, tinggal tak sampai satu tahun jer lagi. Lepas ni orang tuh dah nak naik pelamin. ” Usik risya sambil tersenyum.

“Risya, aku cakap pasal kau, kau cakap pasal aku pulak. Serius ni risya, berapa kg yang turun nhi? Adoi, makin comel aku tengok kau ni risya.”

“Apa, sebelum ni aku tak comel?” risya bergurau.

“Comel, tapi sekarang lagi comel. Eryana dah jumpa the new risya belum?” soal Hidayu tidak sabar.

“Belum.” Balas kharisya.

“Jom, pergi bilik dia. Aku yang tak sabar nak bagi dia jumpa kau. Lepas tu kita lunch ok?” cadang Hidayu.

“Habis, ni tak nak kemas ke?” soal risya sambil menundingkan jari ke arah timbunan pakaian Hidayu yang telah dikeluarkan dari begnya.

“Alah, tuh takpe, nanti-nanti boleh buat. Cerita sensasi ni tak boleh tunggu lama dah.” Usik Ayu. Kharisya hanya tersengiih melihat keletah Hidayu yang periang itu. Mereka menuju ke bilik eryana. Reaksi eryana agak stereotaip dengan reaksi Hidayu.

Risya hanya mampu tersengih dan jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana Allah kurniakan dia sahabat yang sejati. Dalam ramai-ramai sahabat, tiba-tiba dia teringatkan safrul tiada lagi sendu di hatinya. Dia bebas kini. Khabar itu masih belum disampaikan kepada mereka semua.

Mereka ke Kafetaria di Pusaneka. Setelah memilih juadah dan lauk pauk untuk di makan tengah hari, mereka bertiga duduk di meja yang agak tersorok dari laluan orang ramai.

“Risya, kalau lah Haikal dengan hafiq tengok kau sekarang, sure diaorang terkejut beruk.” Hidayu bersuara.


“Apa pasal pulak, tak ada bezanya sangatlah aku ni.” Balas kharisya merendah diri.

“Tak beza sangat kau kata? Kau tak nampak tadi masa bertembung dengan Abang Nazri? Dua tiga kali dia toleh dekat kau. Macam konfius takut silap orang jer. Lepas kau senyum kat dia, baru dia berani nak segih kat kau.” Balas eryana.

“Alah, abang naz tuh, drama je lebih.” Balas risya sambil tersengih.

“Nih kalau Haikal nampak kau nih, memang tak tidur malam budak tuh. Makin angau lah dia dekat kau.” Usik eryana.

“Kenapa pulak dia nak angau dekat aku?” balas risya tak mengerti.

“Kau nih risya, takkan tak paham kot. Kan mamat tu suka kat kau.” Balas Hidayu. Kharisya hanya menjungkit bahu.

“Risya, aku tanya kau jangan marah ye.” eryana meminta izin.

“Tanya lah. Takde maknanya aku nak marah. Pasal apa?” soal risya.

“Saf.” Balas eryana pendek.

“Kenapa dengan saf?” Soal risya. Walaupun dia dah dapat agak persoalan itu.

“Kau dengan dia macam mana? Dia dah jumpa kau lepas kau kurus?” soal eryana.

“Aku dengan dia dah putus. Dah lama dah. Masa awal-awal cuti hari tuh. ” balas kharisya tenang.

“Serius? Alhamdulillah. Lega aku dengar.” Balas eryana lagi.

“Kalau dia nampak kau sekarang ni, mesti menyesal tak sudah mainkan perasaan kau dulu.” Balas Hidayu.

“Emm, takde maknaya. Aku ni tak manja dan tak menggoda. Mana reti nak liuk-lentok ni. Aku ni bukan taste dia ” balas risya.

“Kalau bukan taste kenapa dia gatal-gatal nak couple dengan kau dulu?” soal Hidayu geram. kharisya hanya menjungkit bahu.

“Mamat tu memang tak sedar dek untung, padan muka pun kalau perempuan kat luar sana tu nak mainkan dia.”

“Tak baik doakan yang tak baik kat orang lain tau.” Usik risya.

“Kau tu baik hati sangat risya, orang buli kau pun kau diamkan jer.” Ayu membalas.

“Meminta pada yang ada, merayu dan bermanja pada yang kasih. Buat apa nak susah-susah Fikir ? Baik kita terima orang yang boleh terima kita seadanya. Baik, buruk, susah dan senang.” Balas risya lagi.

“Macam Haikal?” soal eryana lagi.

“Apa korang ni? asyik-asyik Haikal.” Balas kharisya gelisah namun masih tersenyum.

“Senyum-senyum tuh tanda setuju.” Usik Ayu. kharisya sengih sambil menghabiskan makan tengahhari .
Risya merenung kipas yang ligat berpusing. Dia mencari-cari wajah Haikal yang lama tak ditemuinya. Tiba-tiba dia teringatkan panggilan telefon dari safrul 2 bulan lalu.

“Saf, sampai bila kita nak terus macam nih? kalau saf dah ada pilihan hati lain terus terang ajelah. risya boleh terima.” risya memulakan bicara.

“Kenapa? Risya dah tak sayangkan saf lagi?” Duga Safrul.

“Entahlah saf, saf dah makin jauh dari hidup risya. Saf pergi dan datang sesuka hati. Risya dah letih dengan permainan hati ” balas risya tenang.

“Risya tak marah dan bencikan saf kalau saf cakap saf dah jumpa orang lain? ” soal safrul lagi.

“Risya tak akan marah saf kalau dah itu pilihan saf, risya tak boleh nak ubah keputusan yang saf buat, risya terima dengan rela hati ”, dengan sedih risya merelakan keputusan yang telah safrul buat untuk menjelaskan kedudukan dirinya di hati saf.

“Risya, kenapa termenung ? apa yang kau menungkan tuh risya, usik ayu bila melihat risya jauh mengelamun.

“Tak delah ayu, Cuma teringat kat saf bila dia putuskan perhubungan kita berdua”.

“Ermm tak payah lagi kau ingat kat dia risya, bukalah lembaran baru, manalah tahu kot2, kau jumpa dengan putera idaman”, usik eryana

“Buat masa sekarang risya tak nak fikir soal cinta, aku nak tumpukan perhatian pada study aku nih”, balas risya dengan wajah yang tenang.

****

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).