Thursday 6 October 2011

cintai dia dalam hati




Jika belum siap kaki melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam, benar bak kata pepatah itu,.aku tidak menyangkal sama sekali kerana dalam diamku adalah salah satu bukti cintaku padanya.


Ku ingin memuliakan dirinya, melangkah setapak ke atas berbanding diri insan lain  dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang.
Aku tak mahu sesekali merosak kesucian dan penjagaan hatinya kerana diamku itu bermakna. maharku untukknya, kerana belum masanya untuk dirinya memberikan mahar yang selayaknya buatku, aku harus bersabar dalam diamku agar aku dapat memuliakan kesucian diri dan hatiku.


Menghindarkan diriku dari hal- hal yang akan merosak Izzah dan iffah, kerana diamku itu dapat menunjukkan betapa bukti kesetiaanku padanya, aku bukan sekadar untuk membangga diri tapi kerana mungkin saja orang yang aku cinta ini adalah juga orang yang telah ALLAH SWT. Telah memilih  untuk diriku, yang telah tercatat didalam diari Loh Mahfuzku.


Walaupun aku mengerti dan memahami yang aku tidak tahu sama sekali siapakah dirinya, tapi aku mengharapkan insan itu adalah dia. Dia yang dapat memimpin aku ke jalan yang benar.


Di dalam hal ini mengingatkan aku kisah tentang Fatimah dan Ali, di mana  keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan, tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah, mungkin benar bahawa  dalam diamku tersimpan kekuatan, kekuatan bagi harapan hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi yang nyata, hingga cintaku yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan yang nyata dan bukannya fantasi semata-mata.


Biarlah cintaku yang diam itu disambut mesra oleh cintamu melalui landasan yg diredhai, bukankah Allah SWT tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?,dan jika memang ‘cinta dalam diamku’ itu tidak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam, kerana jika dia memang bukan milikku maka dengan izin Allah  dengan melalui waktu dan masa dan juga ketika akan menghapuskan ‘cinta dalam diamku’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan memberi ruang kepada orang yang tepat untukku.


Biarkan ‘cinta dalam diamku’ itu menjadi memori tersendiri dan didalam sudut hatiku menjadi rahsia antara aku dengan Sang Pemilik hatiku, kerana aku yakin bahawa Allah akan memberikan ganti yang lebih baik untuk diriku mahupun  mewujudkan mimpiku menjadi realiti di kemudian hari.


Sesungguhnya aku ingin bersabar di dalam diamku untuk mencintai dirimu dengan tulus dan ikhlas dalam kehidupan yang bakal kita lalui bersama di dunia ini ataupun kita sekadar ada jodoh di dunia yang lebih baik, dan bila cinta dalam diamku ini kau sambut, aku ingin dirimu membawaku menongkah arus untuk menjejaki nikmat akhirat dan bukan sekadar menjejako nikmat duniawi semata-mata.


Wahai Penjaga Hatiku, semoga kita saling bersabar dalam menempuh dugaan ini.


Semoga bahagia akhirnya itu adalah milik abadi untuk kita berdua dan  sesungguhnya aku `Mencintaimu Dalam Diamku’ dan aku amat bersyukur dan berterima kasih dengan kesabaran yang kau hulurkan padaku dan semoga ada sinar bahagia menanti kita dihujung hubungan ini, dan aku mengharap bila sampai waktunya kau melafazkan akad nikah padaku dan aku menerima mahar cintamu dengan rela hati. Inilah harapan dari   seorang hawa terhadap adamnya.   ~AMIN~

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).