Saturday 29 October 2011

MY LOVE STORY ~ 5

Eryana, Hidayu, Haikal dan hafiq berjalan keluar dari pusat bowling itu. Kharisya tidak turut serta kerana minggu ini dia ingin pulang ke kampung halamannya.

“Hafiq, laparlah. Jom makan.” Usul Ayu.

“Nak makan di mana ayu ?” soal hafiq.

“Food court je lah ye. Aku rasa nak makan yong tau fu lah” balas Eryana.

“Boleh jugak. Aku tak kisah mana-mana pun.” Jawab Hidayu.
Mereka berempat beriringan menuju ke food court di tingkat atas sekali bangunan mall itu. Selepas menjamu selera, mereka berempat berpakat untuk menuju ke MPH untuk meninjau-ninjau dan mencari bahan bacaan baru.

Sedang asyik berbual dan dalam perjalanan ke MPH di tingkat bawah sekali, tiba-tiba Eryana terpandangkan seraut wajah. Dia amat kenal wajah itu. Tapi, masakan apa yang dilihat itu betul.

Setahu eryana, safrul dah mula bekerja di Ipoh. Dia mencuit Hidayu. “Ayu, mata aku salah tengok tak?” Soal eryana sambil memuncungkan mulutnya ke arah subjek.

“Mmmm, aku rasa tak salah dah tuh. Memang mamat tu. Amboi bergembira nampak.” Getus Hidayu.

“Haikal, kau rasa kau kenal tak mamat tu?” soal eryana pada haikal sambil menundingkan jarinya.

“Mamat mana pulak yang kau berkenan ni eryana?” sambil melihat ke arah yang dimaksudkan oleh eryana.

“Betul tak apa yang kami nampak?” soal Hidayu.

“Aku rasa betul dah” Balas hafiq, sambil mengiyakan. Haikal hanya menggetap bibir menahan geram melihat safrul yang sedang memimpin tangan dengan seorang gadis yang sedang tergelak manja.

“Budak tak kenang di untung.” Getus Haikal sambil berjalan menhampiri safrul. Laungan teman-teman yang lain sudah tak diperdulikannya lagi.

“Safrul, aku ada hal sikit nak cakap dengan kau.” Balas Haikal sambil menarik tangan safrul menjauhi gadis yang bersamanya.

“Apa hal nih?” Soal safrul, seolah tak berpuas hati dengan teguran haikal.

“Perempuan mana pulak kau heret nih ha?” soal Haikal.

“Girlfriend aku lah. Kau ni siapa nak ambik tahu hal aku?” soal safrul dengan rasa rimas.

“Aku kawan risya, Haikal.” Terang Haikal.

“Ooo, nih lah Haikal yea.” Balas safrul tanpa rasa bersalah.

“Safrul, kau tak patut buat risya macam nhi?” Haikal bersuara.

“Aku buat apa kat dia?” soal safrul pura-pura tak mengerti.

“Kau mainkan perasaan dia safrul. Tak kasihan ke kau kat dia?” Nada suara Haikal mula mendatar.

“Bro, soal hati dan perasaan mana boleh paksa-paksa” balas safrul selamba.

“Amboi, senangnya kau cakap. Masa kau tagih cinta dia kali kedua hari itu, ada siapa-siapa yang paksa kau ke?” soal Haikal. Nada suara dia semakin meninggi dan tiba dapat menahan kesabaranya yang tiba-tiba membuak dengan perangai safrul..

“Itu dulu.” Balas safrul selamba.

“Habis tuh, kenapa kau tak terus terang saja dengan dia. Bagi tahu dia hal sebenar. Lepaskan dia dengan cara elok?” soal Haikal tak puas hati.

“Yang kau sibuk sangat nih kenapa? Kalau aku lepaskan dia kenapa? Kau pulak nak ambik sisa-sisa aku ke? ” safrul berkata dengan rasa bongkak.

“Apa yang kau merepek nih saf?. Suara Haikal dah mula bergetar menahan marah. Kalau diikutkan hati, sekarang juga ditumbuknya muka lelaki yang tak tahu malu dan berguna itu. Tapi dia cuba menahan sabar.

“ Kalau aku tak ambik risya tu jadi awek, kau ingat ada orang lain ke nak ambil dia jadi awek?” soal safrul dengan nada sombong.

“Safrul, tak baik kau cakap macam itu. Risya tuh budak baik. Dia tuh kawan kau juga safrul.” Balas Haikal lagi. Penumbuknya digenggam erat. Tunggu masa sahaja untuk dilepaskan. hafiq, Hidayu dan eryana merapati mereka berdua. hafiq memegang erat penumbuk Haikal. Menahannya dari dilepaskan. Kalau tidak nanti, ada pulak drama tak berpengarah kat khalayak ramai nih.

“Dahlah, malas aku nak layan korang. Korang kirim salam kat kawan korang tuh. Haikal, kalau kau nak sangat kat risya tu, ambiklah. Aku tak kisah.” Balas safrul angkuh sambil meninggalkan mereka yang terkial-kial.

“Kurang ajar punya jantan.” Getus eryana.

“Budak ni elok terlungkup je tepi jalan.” Balas Hidayu.

“Kesian risya kalau dia tahu orang yang dia sayang cakap macam tuh.” Balas hafiq. Haikal hanya diam membisu seribu bahasa. Jauh di sudut hatinya luluh dan pilu. Tak dapat dibayangkan kalau risya sendiri yang mendengar kata-kata safrul tadi. Hujung minggu mereka yang sepatutnya ceria berubah mendung tiba-tiba. Masing-masing kemudiannya diam seribu bahasa melayan perasaan.
****

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).