Monday 3 October 2011

gadis dan teruna



Gadis
Berapa kali kita harus mendustai setiap bicara
Berapa kali kita harus mendustai setiap kata
Tidak kah di hati rasa jemu
Saling berpura-pura
Saling mendustai
Tiadakah noktah antara kita

Teruna
Berapa kali aku kata
Aku masih sayang lagi
Mengapa mesti aku yang dipersalahkan
Bukan hati aku yang berpaling
Tapi dirimu

Gadis
Sungguh kah katamu itu
Atau kau hanya berpura kasih
Namun sebaliknya hatimu yang berpaling
Dari hati ku
Bukannya aku yang menduakan dirimu

Teruna
Berapa kali ku nyatakan
Aku bukan insan yang kejam
Sungguh aku insan yang setia
Tidakkah kau merasakannya
Saat aku mengenggam cintamu

Gadis
Sayang itu bukan setulus kata yang kau berikan
Cinta itu bukan seikhlas kata yang kau berikan
Hati ini selalu meragukannya
Hati ini selalu dingin merasakannya

Teruna
Jika begitu
Ternyata bukan aku yang berpaling
Tapi sebenarnya dirimu yang beralih arah
Kerana tiada cinta dihatimu
Kerana tiada sayang dihatimu
Kerana tiada setia di hatimu
Buktinya hatimu telah dingin merasakannya…………..

Gadis
Terdiam seketika
Lidah kelu tanpa berkata
Sungguhkah bagai dikata
Aku kah yang berpaling

Teruna
Perlukah
Mestikah
Wajarkah
Kita teruskan lagi
Kita pertahankan lagi
Kalau ya katakanlah
Kalau tidak katakanlah
Agar hati kita tidak sakit

Gadis
Perlukah
Mestikah
Wajarkah
Bertanya lagi
Tanya hati
Adakah ia berdebar disaat kau sebut namaku
Jika ya katakanlah
Jika tidak katakanlah
Kerana disitulah jawapannya

Gadis & teruna
Berilah peluang dihati kita
Agar kita dapat membuktikannya
Kita tidak salah memilih…………………………

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).