Saturday 1 October 2011

cukup sekali




Cukup sekali
aku rasakan begitu pahit sakit itu
cukup sekali
aku rasakan begitu sengsara sakit itu

cukup sekali
aku terkena
dan aku telah berjanji
pada diri ku yang aku tak akan buat lagi
hari ini aku berjanji
namun esok aku buat lagi
hari ini aku sakit
hari ini aku berjanji tidak akan sentuh
hari ini aku berjanji tidak akan menyerah kalah
namun esok aku buat lagi
namun esok aku menyerah lagi

begitu pahit terasa
begitu sakit terasa
namun aku tidak pernah satu hati
namun aku tidak pernah satu jiwa
namun aku tidak pernah bulatkan hati
untuk terus berubah
hingga akhirnya aku terus tersungkur
di lembah kehinaan

tiada tempat untuk berteduh
tiada tempat untuk  menumpang kasih
semuanya telah ku serahkan hanya
kerana keegoaan ku
kerana  kealpaan ku

jatuh dan terus jatuh harga diri ku
hanya kerana satu kesilapan
namun penyesalan selalu hadir ketika aku tersungkur
satu penyesalan yang tiada gunanya…..

setiap hati ini
setiap badan ini
terasa menusuk hingga ke dasar hati
lalu hingga akhirnya
orang ku sayang telah tinggalkan
aku untuk selamanya

lalu baru ku sedar untuk apa aku hidup
lalu baru ku sedar  indahnya dunia ini
lalu baru ku kenal ibu dan ayah ku
yang selama ini aku telah buta pada segalanya
hanya kerana satu kesilapan yang telah ku lakukan

cukup sekali aku terasa
cukup sekali aku derita
cukup sekali dan aku tidak ingin kedua kalinya
Ya Allah Ya Rabb bantulah hamba mu ini untuk berubah……..

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).