Saturday 29 October 2011

MY LOVE STORY ~ 3

‘Eryana, aku nak jumpa kau dengan Ayu petang ni kat depan library. Jangan bagi tahu risya tentang ini, haikal sms eryana ada sesuatu yang hendak dibawa bincang dan juga dia inginkan kepastian tentang hubungan risya dan safrul.

Eryana membaca sms dari Haikal tersebut. Dia cepat-cepat memadam sms tersebut, bimbang sekiranya risya ternampak dan salah sangka.Petang itu di hadapan perpustakaan.

“Kenapa dengan safrul, eryana?” soal Haikal dengan penuh tanda tanya kat dalam hatinya?.

“Susah aku nak cakap kes safrul dengan risya nih.” balas eryana sambil mengerutkan dahi.

“Hari tu, bukan elok je ke dia dengan safrul. ?” soal Haikal lagi.

“Elok tak elok sangatlah. Kat belakang risya, entah perempuan mana dia usung kehulu kehilir.” Balas Hidayu.

“Mana kau tahu tentang itu semua ?” giliran hafiq pulak menyoal ayu.

“Ada orang yang nampak lah. danisa kawan baik risya masa sekolah dulu yang bagitahu kat kitaorang. Dia nampak masa dia balik rumah mak dia kat Kuantan bulan lepas. ” Terang Eryana.

“Ooo danisa kawan si safrul tu jugak kan.” Balas hafiq.

“Yelah, danisa yang mana lagi. Dia ternampak safrul dekat mega mall dengan seorang perempuan. Siap pegang-pegang tangan lagi.” Jelas Hidayu.

“Risya ada tanya safrul pasal budak perempuan tuh ke?” Haikal ingin tahu.

“Kau tahulah risya tuh, lembut hati sangat. Kalau aku, dah memang aku kerjakan habis-habis dah kat safrul tuh. Safrul nih tak pernah bersyukur. Masa dia kecewakan risya 1st time haritu, risya dah maafkan dia. Merayu-rayu nak berbaik semula. Janji macam-macam. Dah elok, risya dah maafkan dia dan terima dia balik, dia buat hal lagi. Memang tak kenang dek untung. Danisa yang tengok dengan mata kepala sendiri pun rasa nak lempangaje si safrul tuh” jelas eryana

“Tapi Safrul tuh buat tak kisah je masa terserempak dengan danisa masa itu. Tak nampak rasa bersalah pun.” Terang Eryana lagi.

“Tuh la yang aku geram tu. Masa dah kecewa kena kikis dan dimainkan dek kamelia tuh dulu, tahu pulak nak datang menyembah mintak ampun dengan risya. risya ni pulak, kenapa lah lembut hati sangat.” Balas Hidayu.

“Korang kan tahu risya tu macam mana. Nampak je garang kan, tapi dia lembut hati dan pemaaf. Saf tu kawan lama dia masa sekolah dulu. Dah lama sangat kenal. Tuh yang macam tak sampai hati kot. Kebetulan masa tu dia single, tuh yang dia terima balik Saf tu.” Balas Hidayu lagi.

“ Kalau aku jumpa budak Saf tu, memang aku bagi penumbuk je.” Balas Haikal.

“Haikal, kenapa kau tak berterus terang dengan risya?” Soal Eryana.

“Berterus terang apanya?” Haikal pura-pura tak mengerti.

“Kitaorang tahu kau sayangkan risya tuh kan.” Hidayu bersuara.

“Sayang? Sama macam aku sayang korang semua.” Haikal cuba mengalihkan topik.

“Dahlah Haikal, kalau kau tak nak mengaku sudah. Kami tak paksa.” Getus Eryana.
Haikal hanya tersengih bak kerang busuk. Jauh di sudut hati Haikal, hatinya tersayat pilu dan kalau bercerita tentang hati nih memang susah nak ditafsirkan..

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).