Friday 21 October 2011

HEBATNYA SUSUNANNYA SEHEBAT NAMANYA (ALLAH SWT)






Hebat-Nya susunanya
Sehebat nama-Nya
Menjadikan pagi ku indah
Walau melangkah ke onak berduri
Aku tak pernah lari dari-Nya

Hebat-Nya susunan-Nya
Sehebat nama-NYA
Menjadikan petang ku indah
Walau terdampar di lautan sepi
Aku tak pernah kecewa
Untuk hadir di setiap rukuk ku

Hebat-Nya susunan-Nya
Sehebat nama-Nya
Menjadikan malam ku indah
Walau jatuh dipukul ombak
Aku tak pernah berpaling dari-Nya
Senyuman ku selalu hadir
Disetiap alunan bacaan ayat-ayat suci al-quran.....

Hebat-Nya susunan-Nya
Sehebat nama-Nya
Mengukir di setiap pancaran cahaya-Nya
Mengukir di setiap ciptaan-Nya
Tidak perlu aku pergi jauh dari sisi-Nya
Kerana hadir-Nya selalu di hatiku
Menemani aku
Menjaga aku

Betapa hebat-Nya kuasa-Nya
Sehebat nama-Nya

Janji itu ku pegang
Sebagaimana aku memegang kalimah-Mu
Ucapan itu ku simpan di dalam hati ku
Walau jasad ku kaku
Namun nama-Mu
Tetap satu di hati ku
Tidak akan terpisah
Jika terpisah
Itu semua hanya KERANA MU
WAHAI PENCIPTA DIRIKU
LAHIRNYA AKU SEMEMANGNYA
HANYA MILIKMU......................................

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).