Saturday 29 October 2011

MY LOVE STORY ~ 4

“Risya, kita jogging kat taman petang nanti.” Usul Haikal.

“Boleh jugak. Nanti aku tunggu kat foyer. Pukul 4.15. Eryana dengan Ayu tak ajak sekali ke?” soal kharisya.

“Aku dah ajak, diaorang malas. Nak tengok tv.” Balas Haikal lagi.

“Nak tengok cerita korea siri petang tuh lah. Mana boleh miss bebudak tuh.” terang kharisya.

“Kau tak tengok ke?” Soal Haikal.

“Aku malas, kalau dah start tengok nanti payah nak berhenti. Mulalah tak boleh lekang depan tv tuh. Asal pukul 6 jer kena tercongok depan tv tuh. Langsung tak boleh buat benda lain. Aku tengok-tengok macam tu je. Tak ikut sangat.” kharisya bercerita panjang.

“Hafiq ikut sekali ke? “ Soal risya.

“Ikut.” Balas Haikal.
Suasana kelihatan tenang di taman itu. Ramai pelajar sedang berriadah di situ. Ada jugak yang hanya memerhati gelagat orang ramai yang ada di situ.

Mereka bertiga berlari-lari anak mengelilingi taman itu. Hafiq meneruskan larian ke pusingan yang ketiga. Manakala risya dan Haikal hanya membuat dua pusingan sahaja. Mereka kemudian duduk berlunjur di atas rumput.

Peluh meleleh dicelahan anak tudung dan mengalir di tepi pipi risya. Risya mengelap menggunakan lengan bajunya. Haikal bingkas bangun menuju ke kereta. Dia mengambil sapu tangan dan dua botol 100 plus. Dia kembali mendapatkan risya dan melambungkan air botol tersebut dan sapu tangan.

“Eee, tak mahu lah aku sapu tangan kau ni Haikal. Entah berapa lama tak basuh.” Isya bersuara.

“Hoi cik kak, aku baru basuhlah. Tak pakai lagi nin.” Balas haikal.

“Betul ke nih?” soal risya sambil tersengih. Dia mengelap peluh yang meleleh di pipinya. Memasukkan sapu tangan tersebut di dalam kocek seluar tracksuitnya.

“Thanks haikal.” Balas risya sambil tersenyum manis.

“Hmmm..” Balas Haikal. Lidahnya tiba-tiba keluh bila melihat senyuman manis dari risya.

“Risya, kalau aku tanya, kau jangan marah ye.”

“Tanyalah dulu. Kalau tak, mana boleh cakap aku marah ke tak.” risya sengaja menyakat Haikal.

“Nih yang aku malas nak tanya nih.” Balas Haikal dengan serba salah.

“Yelah-yelah. Aku tak marah. Tapi, kalau tiba-tiba muka aku jadi hijau tuh faham-fahamlah ye.” Usik risya sambil tergelak kecil. Haikal juga tersengih.

“Kau dengan safrul macam mana?” Soal Haikal serius.

“Macam tuh lah haikal. Aku telefon dan cakap lah sepatah dua kata. Lepas tuh, macam-macamlah alasan dia. Sibuklah, nak gosok bajulah, nak keluar dah lah. Macam-macam lagilah alasan dia.”

“Dia betul-betul sibuk kot.” Duga Haikal ingin menyenangkan perasaan risya ketika ini..

“Haikal, kalau dia tuh betul-betul sayangkan kita sesibuk mana pun pasti boleh luangkan masa. Aku bukan minta cakap lama pun , tapi 5 minit pun payah nak bercakap dengan dia sekarang.” Balas risya.

“Risya, sampai bila kau nak biarkan dia mainkan perasaan kau? Kali ni dah dua kali risya, dia buat macam tuh kat kau, sampai bila kau nak bertahan dan pendam saja masalah ini, jangan sampai nanti kau yang sakit hati. ” soal Haikal.

“Entahlah haikal, agaknya salah aku jugak. Aku ni bukan jenis yang pandai menggoda. Pandai nak mengada-ngada dan merengek manja. Tuh yang agaknya dia beralih arah tuh.” jelas risya dengan nada yang sedih.

“Risya, aku rasa kau dah cukup sempurna.” Pujuk Haikal dan bagi dirinya risya memang dah cukup sifat dan kebaikan yang ada pada dirinya, apa lagi yang safrul nak dari risya, semuanya dah perfect.

“Tuh kau kata haikal, tapi safrul tak anggap macam tuh. Aku tak cantik, badan pun berisi pulak tuh, tak pandai bergaya, tak menggoda dan tak macam-macamlah lagilah..” balas kharisya dan dia sedar dirinya memang banyak kekurangan berbanding dengan gadis-gadis yang lain.

“Risya, fizikal tak penting. Pada aku, kau dah cukup comel. Masa kau marah lagi bertamabah comel. Kalau masa kau senyum lagi cute dan di tambah lagi dengan lesung pipit kat kedua pipi kau memang comel giler.. Masa kau serius dengan dahi berkerut pun aku tetap nampak kau comel. Kalau muka kau berubah hijau, yang itu aku tak pasti comel ke tak. Hehehee” Usik Haikal.
Bagi diri haikal melihat risya yang sentiasa tersenyum membuat dirinya bahagia walaupun risya hanya menganggap dirinya sekadar sahabat, tapi bagi dirinya itu dah memadai, yang penting risya selalu disampingnya.

“Kau nampak garang, tapi kau sebenarnya penyayang. Kau nampak serius, tapi kau juga pandai merapu. Kau nampak tabah, tapi dalam semua itu kau juga
sensitif dan lembut hati.” Haikal meluahkan apa yang dia rasa dan memahami perangai risya.

“Thanks Haikal.” kharisya menghargai usaha Haikal untuk menceriakannya.

“Risya, aku cakap nih bukan semata-mata nak ambil hati kau tuh. Tapi, aku betul-betul ikhlas.” Balas Haikal, membuat risya tersenyum.

“Tengok tuh, kan aku dah cakap. Senyum kau tuh sangat comel dan siapa yang melihatnya akan merasa bahagia.” Usik Haikal. Muka risya kemerahan menahan malu. Dicampaknya botol 100 plus yang sudah kosong ke arah Haikal. Nasib baiklah haikal sempat mengelak. Betapa bahagia dirinya bila melihat risya tersenyum seolah dirinya bahagia juga

“Woiii, ape nih buang sampah merata-rata? Tak ada sivik langsung.” Jerit hafiq.

“Haikal ni lah, buat lawak entah apa-apa ” Balas risya.

“Mana ada. Hafiq, kau tengok risya ni comel tak?” Usik Haikal.

“Comel sangatttt dan lagi cute… macam kucing siam.” Balas hafiq.”
Kharisya berlari anak mengambil semula botol kosong yang dilemparkan tadi dan mengetuk bahu hafiq, risya merasa geram dengan pengakuan hafiq.

“Nah, amik kau. Berani kau samakan aku dengan kucing Siam ye…”

“Betul lah tuh, kan kucing siam tuh memang comel sangat. Rasa nak picit-picit je kan. Macam tuh juga aku tengok pipi tembam kau tuh, rasa nak picit-picit je” Usik hafiq.

“Ceh, mengong lah korang nie. Menyampah aku nak layan, buat sakit hati korang kerjakan aku. Jomlah balik.” Balas kharisya geram.

Haikal dan hafiq tergelak nakal melihat kharisya yang terkulat-kulat. Jauh di sudut hati Haikal, dia tetap mengatakan walaupun muka risya berubah hijau, dia pasti tetap comel. Dia tersenyum sendiri bila memikirkannya.

Kharisya merenung lama cermin panjang yang berada didepannya , dia lihat dari atas hingga bawah. Dia mengakui, wajahnya tak lawa sangat . Tak tinggi, cuma 5 kaki 5 inci. Bentuk muka bulat. Kulit agak cerah. Badannya agak berisi. Mungkin 8-9 kg lebih berat dari berat idealnya. Tapi tak dinafikan, bak kata Haikal, dia agak comel cuma dia tak lawa macam model.

Entah mengapa tiba-tiba dia tersenyum apabila teringat kata-kata haikal di taman tempoh hari. ‘Ahh, Haikal. Kau memang nakal dan pandai ambil hati aku. Safrul dulu pun macam begitu. Tapi dia dah berubah sejak akhir-akhir ini. Perubahan yang sama seperti dia mula-mula meninggalkan aku kerana kamelia suatu masa dulu.’ Kharisya tersenyum pahit. Dia menuju ke peti ais di ruang dapur dan menuangkan semug air sejuk dan turun semula ke biliknya di tingkat bawah.

Kharisya membelek-belek diari unggu itu. Sejak akhir-akhir ini, tak banyak catatannya. Tiada kisah menarik yang nak ditulisnya sebagai kenangan. Kalau ada pun, hanya kisah duka antara dia dan safrul. Dia sendiri dah naik bosan dengan kisah drama airmatanya itu. Dan, sejak itu dia sudah berhenti menulis. kharisya melayan perasaannya.

‘Agaknya safrul malu kot bercinta dengan aku yang tak cantik nih. Aku ni bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan kamelia yang pernah bertakhta di hati safrul. Tapi dia juga yang beria-ia nak sambung balik ikatan yang pernah terputus suatu masa dulu. Entahlahlah, mungkin dia sunyi waktu itu. Mungkin juga kehadiran aku ketika itu hanya sebagai tempat dia mengubat hatinya yang luka setelah kamelia meninggalkannya . Tak mustahil jika dia sekarang dah ada pilihan hati.

Tapi, kenapa tak berterus terang sahaja? Bukankah lebih baik dia berterus terang sahaja daripada terus-terusan memberikan alasan yang tak masuk dek akal. Aku bukan bodoh, aku bukan dungu, aku cuma nak dia mengaku dan berterus terang. Aku tak boleh nak menahan dia dari beralih cinta. Soal hati tak boleh dipaksa. Aku mengerti kalau aku bukan pilihannya. Tapi sampai bila dia perlu berahsia begini.
Kalaupun safrul dah tidak ada punya rasa kasih dan sayang pada aku, sekurang-kurangya safrul masih ingat aku nih sahabatnya. Dia patut lebih tahu yang aku paling benci kalau ditipu dan ditikam dari belakang.

Aku lebih rela berdepan dengan kenyataan walaupun kenyataan itu melukakan hati aku. Walaupun kenyataan itu melukakan kembali parut yang dia tinggalkan suatu masa dulu. Parut yang makin sembuh dek kerana kasih sayang teman-teman yang sentiasa di sisi memberikan semangat. Kasih sayang dari insan-insan yang sentiasa menyayangi aku. Atau akukah yang terlalu naïf dan bodoh kerana memberikan dia peluang dan ruang untuk melukakan hati aku buat kali kedua. Entah, aku sendiri pun tak ada jawapannya.
****

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).