Friday 28 October 2011

Cintaku milikmu



Ketika diri ini mengenali dirimu, diriku terpaut dengan keikhlasan dirimu, ketika hati ini merasai kasih sayangmu diriku terpesona dengan kelembutan cintamu, ketika hati ini melihat cintamu diriku dihanyutkan gelora rindu buatmu. Kasih sayangku hanya untukmu, cintaku milikmu dan kasihmu milikku.

Apa yang ku ukirkan disini adalah kasih sayangku yang tercipta untukmu, rinduku makin mekar dalam lembayung kasihmu. Ku ungkapkan cintaku padamu, ku amat menyayangi dan merinduimu untuk hari ini, esok dan selamanya.

*****


“Awal eyra bangun, eyra nak pergi mana nih?, eyra masih marahkan abang lagi ke, abang minta maaf jika kelakuan abang membuat eyra sakit hati, abang bukannya sengaja tiba-tiba je mulut ini tidak pandai duduk diam”, usik hasrul.

“Tak apalah bang, memang dah nasib eyra, selalu kena cuci telinga dengan suami yang garang macam singa”.

“Dah besar panjang pun selalu merajuk, macam mana kalau nanti dah jadi ibu mungkin lagi teruk perangai, hasrul sengaja menyindir eyra ?”, hai isteri aku nih kalau merajuk bertambah cantik, hasrul tersenyum sengeh.


Hati tuh Allah yang pegang, kan?
Hati tuh Allah yang jaga, kan?
Hati tuh senang sahaja berubah, kan?
Hatta dalam sekelip mata, ia mampu untuk berubah.


"Betul tak bang", usik eyra.

"Memang betullah eyra , pandai isteri abang nih berkata-kata, boleh abang tahu kat mana eyra belajar madah bermadah nih, jomlah cerita sikit kat abang.


“Adalah bang, tapi itu rahsia, abang tak boleh tahu”, usik eyra.


“Alahai isteri abang nih berkira sangat dengan suami sendiri”, balas hasrul dengan penuh manja, entah kenapa perasaan sayangnya akhir-akhir nih sentiasa membara.

“Eyra nak pergi mana ? boleh abang ikut eyra tak, bosanlah asyik ditinggalkan isteri ”, hasrul sengaja nak menyakat isterinya, maklumlah hatinya dah berbunga cinta, susah nak lepaskan isterinya begitu saja.

“Abang nak ikut eyra buat apa ? , abang pergilah jumpa dengan kawan abang, eyra nak jumpa dengan kawan baik eyra, abang tak boleh ikut, kita nak berbincang pasal perempuan, abang kan lelaki mana boleh masuk campur , abang pergi main jauh-jauh”, saja eyra nak kenakan suaminya.

“Apa boleh buat kalau isteri sendiri dah halau abang, abang tinggal kat rumah je, malas abang nak lepak dengan kawan-kawan abang”.

“Semenjak bila abang tak nak keluar, dulu sebelum kawen bukan main abang  melepak tak tentu masa”, eyra merasa pelik semacam bila dengar suaminya malas nak keluar, suami aku nih dah merajuk ke.

“Abang ! eyra keluar dulu, nanti eyra akan balik awal  hari ini, eyra dah buat sarapan untuk abang, jangan lupa abang sarapan dulu sebelum keluar”. Eyra memperingatkan hasrul yang selalu lupa kalau dah bab makan.

“Boleh tak temankan abang sarapan dulu baru eyra keluar, malas abang sarapan sendiri, boleh tak isteri ku tersayang”.

Sejak bila suami aku nih nak aku teman kan, biasanya kita sarapan buat hal masing-masing tak berteman, tak pernah berdua, dah buang tabiat agaknya suami kesayangan aku nih, kasihan pulak aku dibuatnya, baik aku temankan dia dulu nanti merajuk , aku juga yang susah.


******


Eyra tersenyum bila melihat kawan baiknya dari jauh lagi sambil melambai tangan kepadanya, rindunya dah semakin mendalam terhadap hanis, semenjak dia berkawen, belum pernah lagi dia bertemu dengan kawan baiknya itu. Hari ini terlerai juga segala kerinduannya terhadap hanis.

Hanis dari jauh tersenyum bahagia bila melihat kelibat eyra menuju ke arahnya, mimpi apa eyra jumpa aku hari ini, semenjak berkawen baru je hari ini dia jenguk aku, buat apa aku mengeluh, mestilah eyra sibuk menguruskan hasrul, tak kan nak jumpa dengan aku selalu, detik hati kecil hanis berkata.

“Hai kawan, long time no see, rindu rasanya eyra mengungkap kata rindunya pada hanis, boleh tak aku peluk  kau hanis, aku nak nangis nih”,sempat lagi eyra bermanja dengan hanis.

“Kita baru jumpa kau dah nak nangis, apalah kawan aku nih asyik sentimental, kau kenapa eyra ? kau ada masalah ke sampai kau nak nangis”, balas hanis.

“Aku mana ada masalah, kau nih hanis ada-ada sajalah, aku nangis sebab rindu sangat pada kau, kan kita dah lama tak berjumpa semenjak aku kawen, tak boleh ke aku nangis bila jumpa kau hanis”, usik eyra bila melihat hanis meremahkan tangisannya.

“Eyra kalau kau nak nangis, menangislah puas-puas, jangan sampai bila balik nanti, abang kau tanya kau kenapalah isteri aku nih bengkak matanya ?”, hanis menyindir eyra dengan tersenyum.

“Biarlah hanis, eyra tak kisah kalau mata eyra bengkak, yang penting aku dapat nangis depan kawan aku”.

“Macam mana hubungan kau dan hasrul ?,  dia layan kau macam mana ?, aku nampak kau nih dah berisi dan semakin cantik dan ayu, sempat lagi hanis memuji eyra, maklumlah wajah eyra hari ini semakin berseri-seri”.

“Aku biasa je, tak ada yang istimewa pun, aku dengan hasrul macam biasa, selalu bergaduh sampai perkara kecil pun kita nak gaduh ”, eyra senyum tersipu bila teringat insiden tadi pagi.

“Eyra yang kau tersenyum kambing tuh ada apa-apa ke,  cuba kau cerita kat aku, teringin sangat aku nak tahu ?”.
Usik hanis.

“Tak adalah hanis, aku teringat kejadian tadi pagi sebelum aku jumpa kau, sempat lagi aku bergaduh dengan hasrul, itu yang buat aku ketawa,  bila teringat aku kenakan hasrul tak tentu sebab terasa kasihan pula aku pada suami aku, macam manalah sekarang keadaanya”, sekarang baru eyra nak perasan dan bimbangkan hati suaminya.

“Alahai eyra, yang kau nak kenakan si hasrul tuh kenapa ? kau tak sayang lagi kat suami kau tuh ”, sengaja hanis mengusik eyra dengan soalan tuh dan sesungguhnya dia amat memahai sikap kawannya kat mulut je benci tapi dalam hati memang amat sayangkan hasrul.

“Siapa yang tak sayang suami oiitt hanis sayang,  mestilah aku sayang sangat, sampai akhir hayat, aku tetap sayangkan hasrul”.


“Sekarang giliran eyra nak bertanya ?, so macam mana dengan kawan aku nih ada perkembangan terbaru ke yang nak di kongsi bersama”.

“Sekarang kau macam mana hanis ? , kau dah kerja ke sekarang, macam mana adik dan nenek kau sekarang ?, kau dah ada teman lelaki tak, bila lagi aku nak rasa nasi minyak kau nih hanis”.

“Aduhai mak oii, banyaknya soalan ?, macam mana hanis nak jawab ?, hanis tersenyum bila mendengar soalan yang bertubi-tubi dari kawannya, membuat dia ketawa”.

“Jawablah satu persatu wahai cik  hanis, tak kan itu pun susah nak jawab ”, bising mulut eyra membuat hana tergelak.

Untuk pengetahuan puan eyra, sekarang nih aku dah bekerja, adik beradik aku masih tinggal dengan nenek aku, mereka semua sihat walafiat, dan untuk soalan kau tentang teman lelaki  itu susah nak jawab sebab sampai sekarang aku masih bujang lagi belum ada lelaki yang datang meminang, so dah puas hati sekarang ”, begitu lancar hanis menjawap tanpa tersekat langsung macam sesi temuduga nak cari kerja.

“Ya ke hanis, aku ingatkan tak lama lagi aku akan dapat makan nasi minyak, rupanya lama lagi, kau nak tunggu siapa hanis, ada sesiapa ke yang berkenaan di hati atau kau sengaja tak nak bagi tahu ”, eyra ingin  meneka apa yang tersembunyi di hati kawannya itu.

“Aku ada sesuatu nak bagi tahu , aku harap kau tak terkejut kata eyra seakan tak sabar nak berkongsi khabar gembira pada kawannya itu, kau tahu tak hanis aku dah mengandung sekarang mungkin dah sebulan agaknya”.

“Tahniah eyra, aku turut tumpang gembira dengan berita ini, patutlah aku nampak muka kau berseri-seri sekarang nih rupanya kau dah mengandung ”, syukur alhamdulillah hanis memanjat rasa bersyukur pada yang maha Esa kerana akhirnya eyra dapat merasa bahagia bersama lelaki yang di cintainya.

"Tapi aku rasa lain lah hanis, aku selalu merasa sakit teramat sakit kat pangkal rahim aku, terasa sakit sangat sampai terkadang aku tak dapat nak bertahan, entahlah mungkin pembawaan baby kut, aku tak pasti  kenapa ? tapi kalau boleh aku nak kau temankan aku pergi klinik nak check, aku takut nanti aku penyakit yang lain”.

"Baiklah eyra nanti kalau aku ada masa, aku akan temankan kau pergi jumpa doktor, mungkin perasaan kau je tuh maklumlah kau kan tengah mengandung, mungkin itu perkara biasa setiap wanita yang mengandung, tapi untuk pastikan tiada apa yang berlaku, kita mesti berjumpa doktor untuk mengetahui apa yang terjadi ”, hanis memberi saranan buat kawannya itu semoga dapat melegakan perasaan eyra buat masa ini.

“Baiklah hanis nanti kita  pergi jumpa doktor minggu depan, eyra dengan cepat mengingatkan hanis tentang itu maklumlah dia takut nanti tidak  ada masa, sebab hanis dah bekerja tenta sibuk selalu sedangkan dia hanya duduk di rumah tanpa buat apa-apa pun”. Sesekali eyra mengeluh kerana tidak bekerja hanya mengurus makan dan minum suaminya selalu sedangkan dulu dia memang berminat untuk bekerja.

“Aku janji akan temankan kau pergi jumpa doktor so jangan risau sanga nanti tak tentu sebab kesihatan kau pula yang terganggu, jangan fikir sangat tentang itu mesti tiada apa yang serius berlaku”, hanis pula merasakan sesuatu yang tak baik tapi ini mungkin perasaan aku je ketika ini.

******

Seperti yang dijanjikan mereka dah sampai di klinik, setelah mengambil nombor giliran, mereka duduk ditempat yang disediakan,  eyra dengan perasaan yang tak menentu tak sabar namanya untuk dipanggil.

“Puan eyra sharmila sila masuk, jururawat yang manis memanggil namanya dengan suara lembut”.

" Doktor berapa lama saya boleh tahu keputusannya", eyra tak sabar ingin tahu dan dalam masa yang sama dia seakan takut dengan keputusan yang bakal diketahuinya, mungkin perasaan aku je ketika ini, usik hatinya.

"Dalam hal ini puan  kena  tunggu satu minggu lagi untuk kita mengetahui  dengan lebih lanjut apa keputusannya, saya harap yang puan akan bersabar, kalau dah ada keputusan nanti, saya akan hubungi puan secepat mungkin".

"Macam mana eyra ?, dah tahu keputusannya,  janganlah risau sangat nanti baby kat dalam pun akan risau ", hanis cuba mententeramkan hati kawannya, sedangkan hatinya begitu risau sekali, tak sampai hati dia melihat eyra begitu resah sepanjang hari.

“Baiklah hanis, eyra akan bersabar menunggu keputusannya, semoga semuanya akan berjalan baik”, eyra cuba untuk mententeramkan hatinya sendiri.

*****

“Kenapa eyra ? tak bagi tahu abang yang eyra sakit, kenapa eyra sanggup merahsiakan semua ini? Sampai hati eyra buat abang begini ”, hasrul begitu sedih saat ini mengenangkan nasib isterinya tak begitu baik dan dia merasakan akan kehilangannya.

“Eyra minta maaf bang, tak terniat pun eyra nak simpan rahsia ini tapi eyra tak nak abang suruh eyra mengugurkan kandungan eyra, eyra tak sanggup bang, inilah satu-satunya permata yang bernilai buat eyra, eyra harap abang dapat maafkan eyra”.

“Tapi abang tak sanggup kehilangan eyra, eyra tahu tak yang selama ini, abang dah mula sayangkan eyra, tapi mengapa ? eyra sanggup buat abang begini” , saat ini hati hasrul begitu terseksa bila melihat isteri yang tersayang akan pergi hanya kerana ingin memberikan zuriat buat dirinya, ya Allah mengapa begitu berat dugaan yang kau berikan pada hamba mu ini tak tertanggung rasanya, hati kecil hasrul mengeluh.

Eyra begitu terharu bila mendengar pengakuan suaminya, tapi dia tak pernah menyesal mengambil keputusan ini, anak ini adalah anugerah yang paling indah yang dapat diberikannya pada suaminya hasrul lelaki yang memang dari dulu lagi sangat dicintainya.

“Abang, eyra nak abang berjanji kalau eyra dah tiada nanti, eyra harap abang akan jaga anak kita  sebaik-baiknya, rawatlah dan berilah kasih sayang yang secukupnya, eyra tak nak anak kita merasa kekosongan kerana kurang kasih sayang seorang ibu, tapi kalau abang nak cari penganti eyra, eyra tak menghalang abang sebab eyra tahu abang perlukan sokongan seorang isteri apatah lagi seorang ibu kepada anak kita,”  kenapalah ? di saat ini hati eyra begitu menderita namun aku tidak boleh begitu lemah didepan insan yang dicintainya, dia mesti tabah agar suaminya tak kan merasa goyah melihat dirinya dalam keadaan tak menentu.

"Abang boleh tak tolong panggilkan hanis ?, eyra ada sesuatu yang nak cakap pada hanis, boleh tak abang panggilkan  hanis ?". 


Ketika ini eyra tak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat, mungkin dah tiba masanya untuk dia dibedah dan kemungkinan besar peluang Cuma 20 peratus saja untuk dirinya dan juga bayi yang dikandungnya.dia terpaksa dibedah kerana penyakit kanser pangkal rahim yang dihidapinya sekarang.


Betapa ngerinya dirinya bila mendengar doktor memberitahu bahawa dia tidak boleh meneruskan kandungannya kerana ia menghidapi penyakit barah pangkal rahim, bayinya terpaksa digugurkan sewaktu kandungannya mencecah 12 minggu namun eyra tidak sanggup mengugurkannya, dia sanggup berkorban agar anak yang dikandungnya selamat, dia tidak menghiraukan keadaan kesihatannya, dia sanggup berkorban demi suami dan anaknya.


Namun akhirnya dia dapat bertahan hinggalah usia kandungannya mencecah 7 bulan, ya Allah selamatkanlah anak yang ku kandung, biarlah aku saja yang ENGKAU ambil, janganlah ambil anak ku.

“Hanis ! eyra nak jumpa”, dengan nada perlahan hasrul memanggil hanis.

“Eyra kau tak apa-apa kan eyra, aku risau tengok kau nih, kenapalah kau buat keputusan ini tanpa berbincang dengan hasrul , sampai tahap begini pun kau masih nak berahsia”. Hanis merasa kecewa dengan keputusan yang eyra telah buat.

“Tak apalah hanis,  dah memang nasib aku begini tapi aku tak pernah kecewa mahupun menyesal di atas apa yang telah berlaku dan aku telah menerimanya dengan hati yang tenang. Balas eyra.


“Sekarang nih aku tengah risaukan hasrul, aku tak nak dia  dia risaukan aku, kau tolonglah pujuk dia hanis, hanya kaulah satunya kawan aku yang boleh aku harapkan”. Eyra memohon hanis agar menolongnya memujuk hati suaminya ketika ini.

“InsyaAllah eyra”, balas hanis.

“Hanis seandainya sesuatu perkara buruk berlaku pada eyra, eyra nak hanis berjanji akan menolong dan membantu menjaga hasrul dan baby kami, eyra berharap sangat agar hanis bisa memberi tempat untuk berteduh dan juga kasih sayang yang tak akan dapat eyra berikan setelah pemergian eyra nanti”, eyra merasakan yang dirinya tidak ada masa lagi untuk lebih lama lagi kat dunia ini, namun dia berharap agar dapat diberikan kesempatan untuk melihat bayinya sebelum dia pergi untuk selamanya.

“Apa yang eyra meleter nih, janganlah difikirkan perkara yang negatif tuh, bawalah mengucap, insyaAllah tiada perkara yang buruk akan berlaku”, hanis cuba untuk mententeramkan hati kawannya tuh agar tidak mengharapkan sesuatu yang tidak baik berlaku.


Tiba-tiba eyra mengadu kesakitan, “ hanis tolong aku hanis?, aku tak boleh nak bertahan lagi, boleh tak kau tolong panggilkan doktor ? dan sebelum itu aku nak kau berjanji akan menjaga hasrul untuk aku”, nafas eyra tersekat-sekat dan meraskan pandangannya semakin kabur. Ya Allah berikanlah aku sedikit masa lagi untuk aku melihat permata yang selama ini dijaganya dengan penuh kasih dan sayang.

“Hasrul !, eyra sakit lagi, dia suruh kita panggilkan doktor, dan aku rasa mungkin dah tiba saatnya untuk dia..., tapi mengapa lidah ku kelu seolah tidak dapat berkata-kata lagi dan dia tahu apa yang akan berlaku bila melihat renungan mata eyra terhadapnya namun tak sampai hati untuk dia berterus terang terhadap hasrul, apatah lagi bila melihat jay yang duduk termenung menunggu eyra dengan penuh gelisah membuat hatinya begitu sedih melihat insan yang pernah bertakhta dihatinya menghadapi cobaan yang amat berat.

Ya Allah bantulah dia untuk menghadapi segala dugaan yang ENGKAU berikan, jangan sampai dia hilang arah tujuaan.


****


Hanis merenung gambar eyra, teman baiknya yang telah pergi jauh dari hidupnya. Maafkan aku eyra aku tidak dapat menjaga dan merawat hasrul bagi pihak mu, maafkan aku sekali lagi. Terasa hiba dihatinya bila teringatkan pesanan eyra kepadanya, bukan dia tak mahu tapi hasrul seolah-olah menghindarkan diri darinya. Mungkin itu lebih baik di antara mereka, semoga hasrul berbahagia selalu bersama buah hati kalian, kan eyra, tersentuh hatinya tiba-tiba bila teringat kawannya tuh. Hari-hari yang dilalui seakan sepi tanpa teman disisinya namun itu tidak menghalangnya dari mengejar kebahagian untuk dirinya sendiri.

Genap setahun eyra telah meninggalkannya untuk selamanya, dia masih  seperti selalu, sentiasa sibuk melayan kerenah puteri kesayangannya Salina khalisah, wajahnya seiras dengan wajah eyra, dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibir membuat hasrul teringat pada eyra.

Namun setiap kenangan itu sentiasa bermain di kotak fikirannya sekarang ini, menyapa setiap kerinduan yang terbuku dihatinya selama ini, seolah-olah hatinya telah terkunci untuk selamanya.


Tuhan berilah aku kesempatan dan izinkan aku untuk mencintainya walaupun dia telah jauh dari hidupku namun bila waktu ku telah habis untuk mencintainya, biarkanlah cinta untuk hidup sekali ini saja  dan janganlah hilangkan rasa-rasa cinta ini walaupun antara kami terpisah jauh.


Aku lelaki punya cinta di hati, terkadang jatuh dan tersungkur namun cintaku milikmu selamanya.


TAMAT

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).