Saturday 1 October 2011

khalisah dan wan



“Wan jom kita balik, hari dah petang “, khalisah menegur sahabat baiknya sejak kecil lagi.

“Wan tak mahu balik , wan nak main lagi, wan belum puas lagi main, jomlah main lagi alisah “, kejap lagi kita balik, membebel mulutnya bila khalisah mengajaknya balik.

“Tapi wan, alisah dah penat, kita dah seharian main, takkan nak sambung lagi main, kau nih wan macam budak kecik lah, tak puas nak main, sampai bila alisah nak temankan wan main “, malas alisah melayan perangai wan dari dulu sampai sekarang tak ubah perangai.

“Tak nak, tak nak lah nape nak paksa wan, kalau alisah nak paksa wan berhenti main, wan nak alisah nyanyi satu lagu, baru kita boleh balik”.

“Uittt wan, sudahlah tuh, nape nak suruh alisah nyanyi,  alisah dah tak larat nak nyanyi lagi “, terasa panas hatinya bila melihat wan melayannya macam budak kecik, kalau dulu bolehlah nak nyanyi, sekarang dah besar panjang pun nak suruh aku nyanyi, dah sah wan nih memang giler semacam.

“Kalau alisah tak nak nyanyi, wan tak nak balik, wan akan tunggu kat sini sampai alisah nyanyi, satu lagu je lah alisah, please ! bolehlah alisah, wan nak dengar suara alisah sebelum kita balik”.
Ok2 lah, kau nak lagu apa wan ? “.

“Wan nak lagu setia dari d baginda’s “, cepatnya wan menjawab dengan perasaan tak sabar nak dengar suara khalisah, dari dulu lagi dia memang suka dengar suara kawannya tuh, kalau boleh dia nak dengar suara alisah yang merdu buat hati wan riang selalu.

“Tapi itu lagu lelaki lah wan, mana sesuai dengan suara alisah, apalah kau nih wan suruh aku bawa lagu lelaki, tak ada lagu lain ke, bagilah alisah nyanyi lagu takkan dari  eren “, nak tak wan, alisah memberi cadangan, dia harap wan dapat menerimanya.

“Tak nak ! Tak nak!, dengan tegas wan menolak, wan nak lagu itu juga”.
“Wan ooo wan, perangai tak berubah, selalu nak mendesak, tak kan sampai tua, kau nak suruh aku nyanyi “, dah bising mulut alisah dibuatnya.

“Aku tak kisah, sampai tua pun aku nak kau nyanyi lagu setiap kita jumpa 
", memang selalu je dia nak kenakan alisah, tapi kalau di fikir-fikir,memang pelik dengan persahabatan mereka , ( hati kecil wan berkata, yalah mana ada sahabat yang begitu rapat seperti mereka berdua, hihihi tersenyum sendiri).

“Testing 123, alisah nak nyanyi sekarang, wan dengar baik2, lepas nih kita balik, alisah dah penat menunggu”.

Beratnya rindunya padamu
Dan malam ku lalui sendiri
Masihkah kau di sana
Setia genggam janjimu
Bintang malam pun memandangku
Melihatku yang setia menantimu
Ku bertahan setia padamu
Hingga engkau telah kembali di sini
Ku masih berdiri di tempat ini
Dimana kita selalu berbagi
Menantikan mentari tiba
Hingga aku mulai resah
Merindukan pelukanmu
Menantikan belaianmu
Bintang malam pun memandangku
Melihatku yang setia menantimu
Ku bertahan setia padamu
Hingga engkau telah kembali di sini
Ku masih berdiri di tempat ini
Dimana kita selalu berbagi
Bintang malam pun memandangku
Melihatku yang setia menantimu
Ku bertahan setia padamu
Hingga engkau telah kembali di sini
Bintang malam pun memandangku
Melihatku yang setia menantimu
Ku bertahan setia padamu
Hingga engkau telah kembali di sini
Ku masih berdiri di tempat ini
Dimana kita selalu berbagi

Akhirnya selesai juga aku nyanyi, penat melalak seorang, yang wan tuh senang je dengar aku nyanyi yang perah tenaga aku je, dah memang nak kena sekeh c wan nih, selalu aku je tempat dia lepaskan tension, huh sahabat apa nih, setiap hari nak di layan perangainya, memang dasar budak hingusan biarpun dah besar panjang tapi perangai tak ubah budak tadika.

“Khalisah yang duk termenung dan tersengeh tuh apa hal, dah selesai nyanyi, jom kita balik, wan dah lapar, tak sabar nak balik rumah”.

“Hai wan, yang itu bukan salah aku, senang je nak cakap dah lapar, kalau kita balik dari tadi dah memang dah kenyang perut sekarang ini, dahlah tak pandai berterima kasih, aku dah nyanyikan dia lagu, aku juga yang disalahkannya, huh kau nih kan wan memang selalu begitu, esok kita tak payah jumpa,kecik hatinya selalu dibuat begitu oleh kawan baiknya”.

Cepatnya juga merajuk, aku cakap je dah lapar, bukannya wan nak salahkan alisah, baiklah tuan puteri alisah, terima kasih banyak sebab dah nyanyikan aku sebuah lagu yang best, nanti aku belanja kau ais kerim vanila kesukaanmu. So macam mana nak tak ? “, wan dengan cepat memujuk hati kawannya, kalau dah merajuk nanti dia juga yang susah.

“Kau nih kan wan memang dah tahu kelemahan aku, aku tak boleh nak marah, jomlah balik”.

“Tangan tuh nak merayap pergi mana ?, dengan cepat alisah melenting, wan yang kau pegang tangan aku tuh buat apa, kita nih bukannya budak kecik lagi, kita dah dewasa tak boleh pegang memegang haram hukumnya, tak tahu ke hukum hakam nih “ , bising mulutnya macam mulut murai.

“Sorry lah khalisah aku terlupa”, macam manalah aku boleh terlupa sampai aku nak pegang tangan alisah, hehe dah memang senget otak aku,  tersenyum wan memikirkan perbuatannya yang sepontan je tadi, nasib baiklah aku pegang tangan khalisah kalau awek yang lain dah memang kena penampor.
*****

“Khalisah ! mak aku suruh aku kawen, begitu cepat dia sampaikan berita itu pada kawannya, boleh tak kita jumpa sekarang, aku nak tanya apa pendapat kau tentang ini”.

“Besok saja kita jumpa wan, aku mengantuk sekarang nih, lagipun dah lewat dah nih, dah pukul 10 nanti mak aku bising, khalisah tak dapat nak menahan mengantuknya lalu terlelap seketika”.

“Khalisah bangun oiii khalisah”.

“ Mak datuk, hai wan apa hal kau teriak malam buta nih, sakit telinga aku dengar “, khalisah tak sabar menahan amarahnya lalu berteriak nasib baiklah  ibu bapanya tidak terbangun kalau tidak memang teruk jadinya.

“Wan ! tak boleh ke esok kita jumpa dan berbincang, lagipun dah lewat nih, suruh kawen pun susah, apalah wan nih, kawen je lah apa yang susah sangat”.

“Aku tak nak, aku nak jumpa sekarang !” , wan dah tak sabar menahan sakit hatinya dah dia nak dikawenkan dengan orang yang tidak dikenalinya, khalisah pula tak nak jumpa dia sekarang, buntu fikirannya ketika ini, “kalau kau tak nak jumpa aku sekarang kita putus persahabatan , wan tak nak kawan dengan alisah lagi”.

“Kau nih kan wan, memang suka ugut aku begitu “, dah memang tabiat semulajadi agaknya perangai kawannya itu, kalau ada masalah selalu nak cari aku, lepas tuh kalau tak dilayan mulalah tak nak kawan dengan aku, huh sampai bila nak berubah, mungkin sampai tua tak akan berubah.

Kau nak datang ke tak nih, aku tunggu kat tempat biasa sampai kau datang “, dengan tegas wan berkata, dia tak mahu tunggu lama lagi, terus dia letak telephone’.

Hello wan, tak sempat khalisah nak menjawab telephone wan, tiba-tiba line dah terputus, memang dasar budak kecik, tak pernah selesaikan masalah sendiri, asyik aku juga yang dicarinya macam tak ada kawan lain dia nak pergi minta tolong, memang anak manja.
*****

“Kawen je lah wan, apa yang susah sangat, kau tak nak terima pilihan keluarga, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta, lagipun pilihan keluarga banyak baiknya dari buruk, fikirlah secara positif, ini tidak asyik melenting je, macam mana nak selesaikan perkara “.

“Senanglah kau cakap alisah, bukannya kau yang nak kawen, aku yang nak kawen, bukannya aku tak nak terima tapi aku tak bolehlah, lagipun aku tak cintakan dia, mana mungkin aku terima dia sebagai isteri aku, macam mana kalau kau saja yang kawen dengan aku, senang cerita”.

“Hai kawan, kau dah hilang akal fikiran ke, sampai aku kau ajak kawen, bawa sini otak kau tuh biar aku periksa, manalah tahu ada skru dah tertanggal, tak ada ribut, tak ada angin, tiba-tiba je nak ajak kita kawen, kita kan kawan bukannya kekasih “, pening kepalanya memikirkan pernyataan kawannya itu, tak logik langsung.

“Aku tak kisah, aku nak kawen juga dengan kau alisah “, dengan tegas wan berkata, biarlah dia kawen dengan kawan sendiri dari dia kawen dengan orang lain, cinta kan boleh dipupuk kemudian, biar persahabatan jadi percintaan, wan pun pening memikirkan kata-katanya itu. Macam mana aku boleh cakap begitu pada khalisah, tapi itu belakang cerita yang penting sekarang nih dia tak mahu kawen dengan pilihan orangtuanya, itu yang pasti.

“Soal kawen , mana boleh dibawa main, cuba wan fikir dengan tenang dulu, baru boleh kita bincang baik dan bernas, ini tidak asyik berfikir secara negatif, macam mana boleh ada kata sepakat, kalau otak tak di guna dengan betul “, alisah memberi buah fikiran agar wan boleh membuat pilihan yang terbaik.

“Wan dah berfikir secara rasional yang wan tak akan kawen dengan pilihan orangtua wan, wan nak kita kawen je “, wan dah bulat dengan keputusannya untuk memilih kawan baiknya menjadi isterinya, wan tidak nak berganjak dari keputusan yang baru je dibuatnya.

“Wan, kau suruh aku datang sini sebab nak dengar tentang kau nak kawen dengan pilihan orang tua mu, kenapa pula dah aku datang lain pula ceritanya, kau nih kan wan memang tak tetap pendirian, tak matang langsung, bila lagi nak berubah, semua keputusan nak dibuat begitu saja tanpa berfikir panjang, kalau macam nih perangai kau wan, baik aku balik saja, malas aku layan budak kecik yang ada depan muka aku sekarang ini 

“, panas betul hatinya ketika ini , tak pasal aku yang kena strok dibuat c wan nih.

“Kalau kau  balik sekarang ni kan khalisah, esok kita tak payah jumpa lagi begitu juga hari seterusnya anggaplah kita tak pernah berkawan “, tegas wan melihat khalisah tak setuju dengan keputusannya sekarang ini.

“Kau nih kan wan, selalu ugut aku begitu, tak pernah berubah, baiklah kalau kau tak nak kawan dengan aku, apa aku nak buat lagi, esok kita tak payah jumpa lagi, kalau itu yang kau nak “, khalisah pun tak nak mengaku kalah dengan keputusan wan, senang je nak buat keputusan, tak pernah fikir secara matang, huh dasar budak manja.
*****

Dah seminggu aku dan wan tak berjumpa, apalah agaknya di buat wan, mungkin dah kawen agaknya.

Aku nih pun terkejut juga dengan permintaan wan nak kawen dengan aku, mesti otak dia masa tuh tak betul.

Aku nak telephone dia ke tak nih, rindu rasanya aku nak berjumpa dengan dia, tapi aku dah cakap yang aku tak akan jumpa dia lagi, hish apa hal tiba-tiba rindu semacam je nih, khalisah mengeluh sendiri dengan perasaannya sekarang ini.

Biarkan lah dulu, alisah nak tunggu dulu, baru nak buat keputusan, aku nak ajar  c wan tuh biar jadi matang sikit barulah best.

Emak dan bapa aku pun sama dengan orangtua wan, senang je nak terima lamaran orang, aku belum nak kawen pun dah terima lamaran orang,  senang je nak aku kawen, maklumlah anak kawan baik emak dan bapa aku, pening aku dibuatnya, kalau di tolak , aku dianggap anak derhaka, hish nasib aku nih lebih kurang sama dengan wan, terpaksa kawen tanpa cinta, aku nih senang je nak nasihatkan wan untuk terima lamaran orangtua, aku apa kurangnya tak nak kawen dengan pilihan orang tu, kalau aku tahu nasib aku begini, lebih baik aku terima cadangan wan nak berkawen, tidaklah susah sangat, walaupun aku belum bercinta sekurangnya aku kenal sangat dengan wan daripada kawen dengan orang yang lain, tapi nampaknya dah terlambat aku nak ubah fikiran.

Minggu depan aku nak kawen, tiba-tiba nak kawen, macam ada kes kecemasan, kawen pun nak cepat sangat, apa nak buat, dah seru datang, terima je lah, dah memang jodoh aku nak buat macam mana ? semoga pilihan orangtua aku tak salah.

Bila agaknya wan nak berkawen, mesti dia dah kawen sekarang atau aku yang dulu kawen dari wan, yang aku sibuk buat apa, kawen ke tak kawen ke itu dah kehidupannya  tiada kaitan langsung dengan aku, hati khalisah begitu gelisah sebab dah dekat dia nak berkawen sedangkan sekarang dia teringin nak berjumpa dengan wan sebelum kawen.
******

Berdebar hati ku saat ini menunggu kedatangan pengantin lelaki untuk membatalkan air sembahyang, tiba-tiba ada suara lelaki datang di depan aku dan memberi salam, dalam hati aku macam aku kenal suara lelaki ini, macam suara wan lah, tanpa ku sedar tiba-tiba lelaki itu dah mencium dahi ku untuk membatalkan air sembahyang, aku dan wan terkejut sebab kami masing-masing tidak percaya bahawa yang kawen sekarang nih antara aku dan wan, biar betul, aku dah jadi isteri wan, apa lagi wan tersenyum kambing melihat aku didepannya sekarang, nak gelak pun ada sebab tak sangka orang tua kami pandai menyimpan rahsia.

Emak dan bapa penat seharian melayan tetamu, mereka dah tertidur agaknya dibilik, adik beradik pun dah lena seharian, tentu dah penat sebab banyak menolong memeriahkan majlis kawen aku.

Aku dan wan dah pun kat bilik sekarang nih, hanya berdua je, yang ini buat aku lain macam je, tiba-tiba wan ketawa sampai nak nangis bila teringat kan kejadian yang tak disangka berlaku semasa akad nikah tadi.

“Hai wan, kau kenapa tiba-tiba ketawa “, khalisah pelik dengan perangai wan, buat aku terkejut bagai nak pitam, kalau iapun nak ketawa perlahan lah ini tidak macam orang gila.

“Adalah alisah, yang itu rahsia , tidak boleh bagi tahu “, saja wan nak usik teman baiknya, bukan teman baik dah sekarang tapi isteri terbaik untuk selamanya, wan tersenyum sendirian bila mengingatkan yang dia dah jadi suami khalisah.

Khalisah menarik muka masam tapi tersenyum malu bila memikirkan apa dia nak buat sekarang bila berduaan dengan wan, jangan sampai wan buat yang tak senonoh pada dirinya, takut alisah bila memikirkan semua itu, baik aku tidur dulu sebelum wan buat kerja gila pada dirinya, ini kes melarikan diri pada malam pertama.

"Ehem2...", tiba wan memecahkan suasana sepi ketika itu juga, bila melihat khalisah dah tidur meninggalkan dirinya terkapai sendirian, apalah alisah nih nak tidur pun tak bagi signal, ini mesti kes takut nak kena pegang nih, baik aku usik isteri aku, senang je tinggalkan aku tak berteman.

Liat benar juga khalisah ini, sampai aku cium kat dahi dia tak sedar, ketawa wan sendirian dan hatinya berkata begini rupanya isteri aku tidur, begitu ayu, macam mana aku dulu tak jatuh cinta, kenapa baru sekarang hati aku berdebar-debar di saat ku sentuh dahinya, rupanya jodohnya dengan sahabat sendiri, tak salah persahabatan bertukar jadi kekasih, bukan kekasihlah tapi dah jadi suami isteri, semoga cinta antara dia dan khalisah tetap subur dan mekar seperti bunga di taman.
                                                               
                               TAMAT  

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).