Wednesday 26 October 2011

MY LOVE STORY ~ 2


Kharisya terasa matanya berpinar-pinar dan perutnya memulas. Dia menekan perutnya dan gagahkan diri untuk bangun. Diselongkar laci meja tulisnya dan mencari minyak angin namun tak ditemui. Peluh sejuk mula terbit di dahinya walaupun terasa bahang di luar sana walaupun di malam hari. Tangannya pantas mencapai botol air mineral dan diteguknya air sehingga separuh botol. Dia merebahkan diri di atas katil bercadar kuning itu. Dia melihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan angka 11 malam. Kharisya gelisah. Tiba-tiba dirasakan perutnya memulas lagi dan tekaknya terasa mual. Dia berlari menuju ke bilik air di tingkat atas. Segala isi perutnya terhambur keluar. Perutnya terasa senak. Dia mengetuk pintu bilik Hidayu.

“Ayu, kau buat apa? Dah nak tidur ke?” soal Kharisya.

“Belum. Aku tak ada buat apa-apa pun. Selak-selak buku ni je. Macam aku tak ada mood nak baca.” Balas Hidayu.

“Kenapa kau nampak pucat risya? Kau tak sihat ke?” soal Hidayu.

“Entahlah, perut aku ni meragam pulak. Kau ada minyak angin ke ayu?” Soal Kharisya.

“Ada. Kejap aku ambil. Kau nak pergi klinik tak?” Soal Hidayu sambil tangannya mencapai minyak angin di dalam laci mejanya. Dia menghulurkan minyak gosok cool mint balm wangi itu kepada Kharisya. Kharisya mengambil minyak itu dan menyapunya sedikit di perut.

“Aku tahan lagi ni, tengok keadaan dululah. Tapi, aku laparlah lepas muntah tadi.” balas Kharisya sambil menggosok-gosokkan perutnya.
“Jomlah, aku teman kau makan roti dengan milo nak ” Balas Hidayu.

“Ala, kau nak tumpang sekaki makan kan.” Kharisya mengusik. Hidayu tersengih sambil mengelengkan kepala bila melihat risya sempat lagi mengusiknya.

Sedang mereka enak minum dan menjamah roti, tiba-tiba risya menekup mulutnya dan berlari menuju ke bilik air. Hidayu hanya menggelengkan kepala bila melihat keadaan kawannya yang begitu membimbangkan hatinya.

“Kau muntah lagi?” Soal Hidayu apabila risya kembali duduk di kerusi di hadapannya. Kharisya mengangguk.

“Jom, pergi klinik.” Cadang Hidayu, hatinya begitu takut bila melihat risya bertambah parah.

“Klinik apa buka malam-malam ni? nak pergi dengan apa?” soal kharisya.

“Bagi tahu Warden lah.” Cadang Hidayu.

“Ah, malaslah aku. Dah malam-malam ni nak kacau dia. Kita ni dah final year, kita bukan budak first year nak mengadu hal kecik macam ini.” risya membalas.

“Dah memang kerja dia.” Balas Hidayu tanda tidak bersetuju dengan kata risya. 

Tapi kharisya tetap berkeras untuk tidak memberitahu warden dan menunggu esok siang sahaja untuk ke pusat kesihatan.

“Risya, takkan nak tunggu esok. Pucat aku tengok muka kau ni. Kalau kau tidur pun, aku rasa kau tak boleh nak lena dengan keadaan kau macam ni.” Hidayu membalas.

“Takpelah, aku cuba. Dahlah, pergilah tidur. Esok ada kelas pagi kan.” Usul Kharisya sambil mengutip mug untuk dibasuh.

“Kau ni memang degil” Hidayu begitu geram dengan perangai risya yang tak nak mengaku kalah.

Mereka kemudiannya menuju ke bilik masing-masing. Hidayu merasa tak sedap hati. Dia menyusup pula ke bilik eryana di bangunan hadapan.

“Eryana, risya tak sihat. Malam ni dah dua kali dia muntah. Aku ajak pergi klinik dia tak nak. Nak tunggu sampai esok.” Gumam Hidayu.

“Nak pergi naik apa malam-malam ni?” soal eryana sambil mengaru kepalanya walaupun tidak gatal.

“Aku suruh bagi tahu warden dia tak mahu.” Balas Hidayu.

“Telephone je Haikal atau hafiq minta tolong hantar kita pergi hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan.” Balas eryana.

“Betul jugak tuh kan. Lupa pulak aku kat hero dua orang tu. Tapi, malam-malam ni tak kacau diaorang ke?” Soal Hidayu.

“Ala, mamat dua orang tuh bukan buat apa pun malam-malam ni. Agaknya masih dok lepak makan roti canai kat kedai tu.” Balas eryana seakan mengerti tabiat dua orang lagi sahabat mereka.

“Betul jugak kan.” Balas Hidayu mengiyakan. Telefon dicapai dan speed dial Haikal didail. Selepas memberi salam dan salam disambut Hidayu memulakan bicara.

“Haikal, kau tengah buat apa? ” soal Hidayu.

“Baru habis main badminton. Tengah pekena roti canai kat kedai.” Balas Haikal.

“Dah agak dah.” Balas Hidayu.

“Kenapa? Nak aku tapaukan ke?” Soal Hakeem.

“Taknaklah. Aku nak mintak tolong sikit. Ada klinik yang bukak 24 jam tak dekat-dekat sini? ” Soal Hidayu .

“Aku tak surelah. Tapi aku boleh carikan lah. Kau tak sihat ker? ” Haikal merasa risau.

“Bukan aku, tapi risya.” Balas Hidayu.

“Risya? Kenapa dengan dia?” Haikal mula merasa cemas, hampir tangannya tergetar2 bila mendengar risya sakit.

“Rilekslah bro. Dia muntah-muntah tadi. Dah 2 kali malam ni. Makan jer, terus keluar balik.” Hidayu menjelaskan tentang perkara sebenarnya.

“Aku datang sekarang jugak. Suruh dia bersiap ye. Jangan lupa bawa kad pengenalan dengan student card.” Pesan Haikal sambil pantas mematikan talian.

Risya telah selesai mendapatkan pemeriksaan di klinik. Dia disyaki terkena keracunan makanan dan tekaknya mengalami luka sedikit.

“Thanks Haikal maaf kerana susahkan kau malam-malam buta ni”, risya merasa kasihan pada haikal, kerana dia telah menyusahkan haikal kali ini.

“Ala risya, benda kecik je. Apa guna kawan kalau benda macam ni pun tak boleh nak tolong kan. ” Balas Haikal.

“Safrul tahu kau tak sihat ke nih?” Soal hafiq.

“Aku malaslah nak bagi tahu. Kalau bagitahu pun dia bukan boleh buat apa.” Balas risya.

“Ala, sekurang-kurangya dia tahu juga khabar dari kau.” Balas hafiq. Haikal hanya mendengar.

“Small matter je lah. Buat apa nak buat dia pening-pening. Banyak benda lagi yang dia nak fikir. Kerja dia pun baru nak stabil. Biarkan je dia.” Balas Kharisya seperti berjauh hati.

“Cek oii, bukan susah sangat nak tanya khabar kan. Dah berapa lama dia tak contact kau?” giliran eryana pula menyoal risya..

“Entah, aku tak kira lah pulak. Seminggu, dua minggu…” balas kharisya dengan selamba namun dihatinya dah begitu sakit.

“Adoi, mamat haprak tu. Memang hampa.” Balas hafiq sambil mengelengkan kepalanya bila mendendar safrul dah lama tidak menghubungi risya.

“Dahlah, janganlah cerita lagi kisah aku. Bukan ada yang menarik pun.” Balas kharisya sambil menggosok perut. Haikal memerhatikan gelagat kharisya dan dia pun tersenyum.

“Risya, kau lapar yea.” Soal Haikal.

“Lapar jugaklah.” Balas risya tersengih, memangpun dia lapar.

“Eh korang, jom kita pergi makan dulu. ” Cadang Haikal bila melihat risya yang dah memang lapar.

“Boleh jugak. dapat laksa malam-malam buta ni best jugak kan” Balas eyrana.

“Eleh, orang lain yang sakit. Orang lain yang sibuk beria-ria.” Usik hafiq. 

“Jomlah kita makan dulu”, ayu pun nak tumpang sekaki nak makan.

Setelah selesai makan, Haikal dan hafiq pulang semula ke rumah sewa selepas menghantar kharisya, hidayu dan eryana ke asrama.


No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).