Monday 31 October 2011

Benarkah Cinta ~ 2



“Apa zack buat kat sini ?, macam orang dah hilang ingatan je”. Wanie menegurnya bila melihat kelibat zack di depan rumahnya.

“Memang aku dah hilang ingatan kebelakangan ini, ini semua kau punya pasal”, balas zackuan.

“Erk.... aku punya pasal”, bingung memikirkan jawapan zack, dahlah datang tak bagi tahu, nih tuduh orang lah pulak.

“Yelah.... siapa lagi kalau bukan kau wanie, dah banyak kali zack call tapi wanie tak pernah balas .Apa sebenarnya masalah wanie nih?”, hari ini dia nak kepastian tentang hubungan mereka berdua.

“Apa maksud zack sebenarnya, wanis tak faham”, balas wanie.

“Wanie tak faham ke atau sengaja tak faham”, zack merasa geram sekali dengan perangai wanie terhadapnya.

“Memang betul lah apa yang wanie kata, apa lagi yang zack mahu dari wanie”.


“Biarlah kita berterus terang hari ini”,  zack tidak tertahan lagi dengan sikap wanie yang tak pernah serius terhadapnya, macam dia je yang berusaha terhadap perhubungan mereka berdua.

“Okay, wanie tak ada masalah, kalau zack nak berbincang sekarang nih apa salahnya, wanie pun nak juga luahkan perasaan wanie yang dah lama wanie pendam”.

“Biarlah wanie yang mulakan perbincangan kita. Bukan wanie tak balas setiap panggilan zack tapi buat masa ini wanie sibuk dengan tugas yang melambak, bukan niat wanie nak lukakan hati zack, tapi zack bagilah ruang untuk wanie membuat sesuatu yang wanie suka”. Balas wanie.

“Wanie nak ruang apa lagi, selama ini zack dah bagi banyak peluang untuk wanie, zack sanggup tangguhkan pertunangan kita kerana wanie nak lebih tumpuhkan kat  karier wanie. Wanie nak zack tunggu berapa tahun lagi, zack dah penat menunggu selama ini”.
“Wanie bukannya nak paksa zack nak tunggu wanie, kalau zack rasa wanie nih menyusahkan zack lebih baik kita putus je, balas wanie.

“Wah begitu senang wanie ambil keputusan, zack nih tak bermakna langsung buat wanie, macam dah tak laku lagi”, rungut zack yang tak puas hati dengan keputusan yang wanie buat.

“Bukan ke itu yang zack nak dari wanie, kalau zack dah penat nak tunggu wanie, biarlah hubungan kita setakat nih je”.

“Zack bukan nak paksa wanie untuk mengambil keputusan ini, zack nak wanie lebih banyak tumpuhkan kepada perhubungan kita ini”, balas zack.

“Bukannya wanie tak nak fikir tentang kita tapi buat masa ini, wanie banyak kerja hendak dilakukan, kalau zack rasa perhubungan kita nih dah tak dapat nak diselamatkan, wanie tak paksa zack untuk tunggu wanie lagi”.

“Yelah tuh wanie, ada-ada jelah alasan yang wanie bagi kat zack, terus terang kan lagi baik dari wanie bagi banyak alasan untuk mengelak dari zack, kalau wanie dah memang tak cintakan zack, lebih baik wanie cakap kat depan zack sekarang nih”.

“Kalau zack dah tak percayakan wanie lagi, mungkin ada baiknya kita fikir lebih dalam lagi tentang perhubungan kita”, wanie memberi cadangan agar zack mempertimbangkan perhubungan mereka.


"Mungkin ada benarnya cakap wanie tuh, mungkin ada baiknya kita fikir lebih dalam lagi tentang perhubungan kita, buat apa lagi kita teruskan percintaan kita kalau salah satu antara kita tidak percaya lagi dan yang lebih penting lagi kalau tiada lagi rasa sayang dan cinta antara satu sama lain itu tandanya kita terpaksa berpisah" . Zack meluahkan apa yang tersimpan di hatinya selama ini.

“Apa yang zack merepek nih”, balas wanie.

“Memang betul lah apa yang zack katakan nih, zack bukannya merepek tak tentu pasal, zack perhatikan wanie nih dah tak sayangkan zack lagi”. Merasa hampa dengan sikap selamba wanie terhadapnya.

“Penatlah cakap dengan zack nih, tak faham bahasa langsung”, balas wanie.

“Amboi cantiknya mulut kalau dah bercakap, tak pandai nak cover line”. Sergah zack.

“Memangpun cantik mulut aku nih zack, baru tahu ke”. Usik wanie.

“Membuat zack ketawa tanpa sengaja, apalah wanie nih ada-ada jelah”. Balas zackuan.

“Alah zack nih, sekarang baru nak ketawa, dari tadi muka tuh masam jer macam mangga hijau, usik wanie.

Zakuan tersenyum sipu bila mendengar kata-kata wanie terhadapnya, mungkin ada benarnya aku nih terlalu mengikut perasaan dan suka ambil keputusan dengan terburu-buru.


“Tuh lah lain kali fikir dulu sebelum nak menyerang, nih tidak main hentam je macam wanie nih budak hingusan tak ada otak langsung”. Usik manja wanie terhadap zack.

“Yelah tuh wanie, aku je yang salah, wanie pun salah juga sebab tak pernah nak ambil perhatian terhadap zack”.

“Nak ambil perhatiai macam mana lagi nih zack, kita kan dah dewasa dah lama kita kawan dah dekat 7 tahun, zack belum memahami hati wanie lagi ke”.

“Entahlah wanie, kadang-kadang aku terfikir juga tentang perhubungan kita selama ini, aku je yang selalu memberi dari menerima, aku juga yang selalu mengalah dalam perhubungan kita, aku rasa tidak adil buat aku”.

“Apa yang kau tidak puas hati lagi nih zack, kalau kau rasa aku nih membebankan atau selalu mendesak, lebih baik kita fikir dulu atau kita berpisah buat sementara waktu untuk bagi peluang untuk kita menilai balik hati kita masing-masing, mencari di mana kelemahan kita sepanjang perhubungan kita ini”. Wanie memberi kata putus apa yang ada dihatinya sekarang ini.

“Okay kalau dah begitu kau cakap, aku tak dapat nak buat apa-apa, aku terima je”, balas zack tapi dalam hatinya terasa dengan kata-kata wanie terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).