Saturday 3 November 2012

MR.RIGHT AKU


Laptop ak buat hal lagi. Dah berapa kali ak bawa masuk hopsital, penyakitnya macam tu gak. Pening kepala ak dibuatnya.

Siang dan malam kerja ak langsung tak siap. Nak harapkan laptop ak ni memang tak siaplah kerja ak.

Hari-hari ak kena pinjam laptop dengan Mr.Right ak. Dah lah dia busy dengan paper work dia. Kalau macam ni memang payah. 

Mr. Right ak dah buat muka masam macam cuka. Nasib baiklah ak ni Miss Right dia kalau tidak memang ak dah kena lempeng.

Bercerita pasal Mr. Right ni. Korang tidak akan terfikir bahawa dia ni dulu sahabat baik ak. Tak sangka pulak dia menjadi pujaan hati ak. Nak buat macam mana hati dah berkenan so terima je apa adanya.

Dialah sahabat, dialah kekasih tapi kekasih nombor satu ak tetaplah Allah.

Dia kata aku bukan kekasih dia tapi sahabat dia. Malas nak fikirlah la tu bab cinta. Takut katanya cinta itu akan hilang tapi kalau sahabata akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Tu katanya. Tapi aku kata okay je yang penting dia sayang kat aku.

Tak payah buang masa, malam ni ak teruskan juga misi ak nak siapkan kerja ak yang dah berlambak. Boss ak ni suka je nak bagi ak kerja banyak-banyak. 

Esok ak nak jumpa dengan Mr.Right ak. Berbual, bercerita memang bab kegemaran aku. Tapi sayangnya ak ni lebih tua dari dia. Kadang-kadang ak tersasul cakap adik kat dia. Hihi kes nak bermanja la katakan.

Apa-apa pun ak bahagia kerana dia bahagia bersama aku. Walaupun ak ini tidaklah cantik sangat macam Erra Fazira tapi bolehlah tahan. Yang penting senyuman ak ni menawan katanya lah.

Sayang-sayang ak dah berpunya. Sukanya ak. Hahaha kes perasan la ni katakan.
Sahabat ak terbaik adalah buah hati aku. Tak lain dan tak bukan mestilah Mr.Right di hatiku.

Puji sendiri bolehlah tahan. Kalau dia tahu mestilah bising. Tapi ak tak kisah sangat pun. Bising jelah. Makin dia bising makinlah ak suka. Apa tidaknya bila dia bising semakin comel katakan.

Moga jodoh antara kami berkekalan ke Mahligai Indah.

Cerita sahabat ak disana macam mana ? Ak harap semuanya baik-baik saja. Moga berakhir dengan kegembiraan.

P/S Cerita cinta seorang sahabat memang tidak pernah berakhir. Indahnya pertemuan kerana cinta, kasih dan sayang yang sejati. 







No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).