Sunday 4 November 2012

WAHAI DIRI KITA




Setiap hari kita berdoa dan memohon kepadaNYA apa yang kita inginkan namun dalam setiap doa yang kita inginkan tidak semua akan kita dapat hajati. Setiap hari kita bersimpuh dan memohon kepadaNYA agar apa yang kita hajati akan dapat diberikan namun terkadang apa yang kita inginkan tidak mudah kita perolehi. Saban hari setiap hari dan setiap masa kita berdoa namun sentiasa hampa. Lalu kita terfikir mengapa Tuhan tidak berikan apa yang kita mahu ?. Terkadang kita mengeluh dan kecewa, apakah Tuhan tidak mendengar apa yang kita inginkan ?.

Wahai diri kita ! Jangan mudah putus asa. Janji Tuhan pasti ada. Dia berikan kita akal fikiran untuk kita berfikir dengan waras dan sihat. Allah berikan kita hati agar kita dapat merasakan kasih dan sayangNya. Oleh itu jangan mudah lelah bila memohon kepadaNya. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yg ada dihati kita. Berdoalah kepadaNya. Berdoalah sampai ke hujung Nyawa.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).