Friday 30 November 2012

CINTA YANG KU PENDAM


           
Bukan niat dihati untuk merahsiakannya. Bukan juga niat dihati untuk memendamkannya. Bukan ku ingin memendam begitu saja namun untuk sementara ini. Biarkanlah begitu saja.

CINTA tidak harus memiliki. Walau hati ingin memilikinya namun aku rela berdiam diri.

SALINA KHARISYA   lebih rela begitu dari bersuara. Bukan salah cinta itu namun salah aku kerana memilih jalan begitu.


“Aku dah kata dulu, kalau cinta luahkan saja  tapi kau degil. Nak sangat makan hati.” Keluh dayang terhadap kawan baiknya.

“Salah kah aku memilih jalan begini. Aku bukan nak sakitkan hati siapa pun.”

“Hati orang lain kau nak jaga tapi hati sendiri kenapa tak berani nak jaga.”

“Aku rela membuat pilihan begini. ”

“Pening kepala aku dengar kau cakap macam begitu. Macam patah hati je. Belum apa-apa dah nak kecewa. Belum bermula kau dah nak berakhir. Fikirlah secara positif. Ni tidak asyik fikir yang negatif. Macam mana nak selesai hal hati dan perasaan ?.”

“Sesekali kita perlu DERITA  untuk mengenal erti BAHAGIA.”

“Yea la tu Risya. Nak sangat ke derita.”

“Apa salahnya aku memilih derita jika akhirnya aku akan bahagia.”

Amboi !! Kawan aku seorang ni. Kalau dah berjiwang memang kalah aku”.

“Hehehe…. Tahu tak apa.”

“Pandai juga kau gelak yea Risya. Ingatkan tadi suram je suasana rupanya pandai juga kawan aku seorang ni nak gelak.”

“Aku pun manusia biasa. Tak kan nak sedih  memanjang. Petang ni mood aku asyik frust je. Entah kenapa aku teringat kat dia.”

“Lupakan je dia kalau hati sendiri malu nak terus terang. Dah suka cakaplah. Ni tidak asyik pendam je dalam diam. Manalah dia tahu kau syok kat dia.”

“Dah memang hati tak ingin bicara. Aku nak buat macam mana lagi.”

“Bukan tak nak tapi memang tak ingin sebab degil. Dah ada peluang di depan mata tapi tak nak ambil. Yang sakit, yang terluka diri sendiri.”

“Biarkan saja jika memang begitu kehendakNya. Aku memilih bukan kerana terpaksa tapi aku memang redha dengan keputusan ini.”

“Entahlah Risya. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Terpulang dengan keputusan yang kau ambil. Itu hati dan perasaan kau. Aku tak dapat nak tolong. Aku hanya mampu memberi nasihat untuk kau.”

“Thanks dayang. Aku faham kau nak tolong aku tapi biarlah aku memilih jalan begini.”

***

Dayang !!

“Risya tak nak jumpa aku. Aku ada buat salah ke ?.”

“Entahlah Haikal. Susah aku nak cakap. Nanti aku cakap, ada yang akan sakit hati so baik aku diam je. Kalau kau nak tahu pergilah cari dia.”

“Aku dah call tapi dia tak angkat. Message aku pun dia tak balas. Berat sangat ke kesalahan aku dah buat.”

“Yang aku tahu. Ni soal hati dan perasaan. Baik kau Tanya dia sendiri. Aku tak boleh nak tolong. Aku teringin sangat nak tolong kawan aku tu tapi aku dah janji dengan dia untuk simpan semua rahsia hati dia so aku minta maaf ya.”

“Alah dayang. Janganlah macam tu. Aku bengang sekarang ni dengan sikap risya terhadap aku. Nak kata aku buat salah , aku tak salah apa-apa pun.”

“ Kata pandai sangat dalam bab perasaan rupanya tidak.” Usik dayang.

“Tu perasaan aku. Kalau perasaan orang lain aku tak berani nak tahu.”

“Sebab tu lah kau kena ambil tahu hati dan perasaan dia.”

“Buat apa aku nak ambil tahu. Aku dengan dia kan just friend.”

“Disitu kau dah silap haikal. Tak kan sikap dan perangai dia selama ini kau tak dapat baca.”

“Aku bukan silap mata nak baca sikap dan perangai dia terhadap aku.”

Susah sangat nak cakap dengan mamat satu ni. Lembab sangat macam kura-kura. Patutlah risya tu asyik memendam perasaan je. Rupanya mamat satu ni memang tak boleh nak harap.

“Diam je kau ni dayang. Bagi tahulah aku. Apa yang aku tidak tahu.”

“Malas aku nak bagi tahu. Korang selesaikan sendiri. Aku malas nak masuk campur.”

***

“Tepi sikit kaki tu haikal. Aku nak lalu.”

“Aku tak nak.”

“Jahat sangatlah. Nak lalu pun susah sangat.” Risya geram melihat sikap dingin haikal terhadapnya.

“Banyak tempat kau boleh nak lalu tapi kat sini juga kau nak. ”

“Jalan ni bukan hak milik kau seorang.” Balas Risya sekali lagi.

“Aku tak cakap pun  jalan ni milik aku seorang. ”

“Dah tahu jalan tu bukan milik kau. Yang kau halang aku tu pesal.”

“Saja je nak usik kau. Dah sebulan aku tak usik kau. Rasa rindu pulak rasanya”.

“Ada-ada je perangai. Memang susah nak faham.”

“Dah memang macam tu perangai aku. Aku tak boleh buat apa-apa pun so kau kena lah terima dengan apa adanya. Bukan macam tu Salina Kharisya gadis kecik yang suka merajuk tak tentu pasal.”

“Siapa cakap aku merajuk. Aku bukan gadis kecik lah. Aku dah dewasa pun.”

“Yea la tu dah dewasa. Tapi perangai kalah dengan budak kecik yang kuat merajuk.”

“Sorry yea haikal. Aku tak main la dengan merajuk ni. Aku bukan macam tu.”

“Kalau tak merajuk namanya. Kenapa aku call tak nak jawab. Message aku pun malas nak 
jawab. Kau marah kat aku yea Risya.”

“Siapa cakap aku marah ?.”

“Terus terang kan lebih baik dari diam je seribu bahasa. Kalau ada apa-apa yang tak kena, 
bagilah tahu ni tidak diam je.”

“Tak ada lah…mana ada yang tak kena . Abaikan jelah”.

“Nak abai macam mana kalau aku tak tahu apa yang tak kena. ?”

“Lupa kan je….suatu saat nanti biarlah rahsia itu akan terbongkar dengan sendirinya itu pun dengan keizinanNya. Buat masa ni biarlah rahsia.”

“Hish… kau ni Risya masih lagi berahsia dengan aku.”

“Macam mana nak settle masalah kalau selalu je mengelak?. Aku bukannya orang asing pun.”

“Aku tak nak ! Tak nak la. Jangan suka sangat memaksa.”

“Aku bukan paksa pun. Aku cakap je. Terus terang kan lebih baik dari buat tak tahu je.”

Pening kepala haikal dibuat Risya. Gadis ni memang keras kepala. Tak nak mengaku lagi. Macam mana aku nak suruh dia luahkan apa saja yang ada didalam hatinya. Kalau macam ni aku kena ada strategi. Macam nak berperang pulak siap dengan perancangan.

***

Aku tak akan mampu meluahkannya duhai hati. Biarlah begini jika itu mahumu.
Biarlah Allah memelihara cinta ini jika itu dah memang suratan takdir yang harus aku terima. Biar cinta itu ku pendam.

“Berjiwang tidak akan dapat menyelesaikan masalah hati dan perasaan tu Cik Salina Kharisya. Berpijaklah pada bumi yang nyata.”

“Hish… kau ni dayang kalau tak usik aku memang tak sah hidup kau yea.”

“Dah memang aku suka nak usik. Nak buat macam mana ?. Ambil lah parang belah la dada. Hish....apa yang aku cakap ni.”

“Parang apanya nak belah dada . Kau ni dayang. Kalau sehari tak buat aku gelak memang tak sah hidup kau yea.”

“Saja je aku nak buat macam tu. Nak tengok kau gelak.”

“Yea la tu….suka sangat nak aku gelak yea.”

“Esok aku ada temujanji dengan doktor pakar jantung. Kebelakangan ni jantung aku selalu je buat masalah. Ingatkan dah okay dah tapi kebelakangan ini sakitnya semakin menjadi-jadi. Risau aku dibuatnya.”

“Yang tu aku tahu apa puncanya ? Mesti kes pendam perasaan. Dah penuh kat dalam hati so dia pun berjangkit sampai la ke jantung.” Usik Dayang.

“Aku serius ni…kau pulak buat lawak yea dayang. Aku tengah risau ni. Aku rasa aku tak lama lagi nak pergi.”

“Risya ! Aku tak suka kau cakap cam tu. Ajal dan maut tu di tangan Allah. Jangan nak memandai fikir yang bukan-bukan.”

Dayang semakin risau bila melihat perangai kawannya ni. Kawannya ni memang dari dulu lagi memang ada kesihatan yang tidak menentu. Jantungnya memang ada problem. Aku pulak yang seram bila dia cakap cam tu. ‘Rasa nak pergi’. Kata-kata yang memang menyeramkan.

Dayang !!

Dah kuat berkhayal kebelakangan ni cik minah satu ni. Kawan aku dunia n akhirat. Buah hati aku. Aku harap dia akan menjadi seorang yang tabah bila aku tak ada nanti. Aku harap dia akan mengantikan aku untuk menjaga Haikal. Insan yang ku sayang dan cinta dalam diam.

Sebenarnya aku telah pasrah dan redha. Aku tidak akan sedih bila tiba masa aku akan pergi jua. Cuma sayang nak tinggalkan orang-orang yang aku sayang.

Tapi rasa sakit itu Cuma sebentar saja. Ia akan hilang bila tiba masa dan waktunya.

Ya Allah…aku tak mampu untuk bertahan…Jangan ambil dulu aku. Aku perlukan masa sedikit lagi untuk menyelesaikan apa yang ingin aku selesaikan.

Airmata aku sekali lagi jatuh berderai. Nangis pulak aku. Sayu terasa bila teringat haikal. Biar cinta yang ku pendam ini akan selamanya terpendam. Biar Allah saja yang menyelesaikannya untuk aku sebagai hambanya.

Dayang dah mula merasa cemas bila melihat perangai kawannya yang pelik. Risya jangan mudah mengalah. Kuatkan semangat. Jangan mudah berputus asa. Tiba-tiba dayang teringin nak peluk ketat kawan baiknya. Sahabat yang sangat di sayanginya.

“Meh Risya….aku nak hug kau puas-puas.”

“Huglah puas-puas kawan kau ni dayang. Entah esok aku tak dapat nak rasa pelukan hangat kau yang best tu.”

“Aku tak nak dengar kau cakap cam tu. Sedih aku dibuatnya.”

Aku dan dayang tak dapat nak tahan tangisan yang memang dah sah sampai ke kemuncaknya. UHUKUHUKUHUK…Dah satu dunia dengar tangisan kitorang.

***

Haikal !!

“Risya kena tahan kat hospital. Dia dalam wad kecemasan. Aku rasa baik kau jumpa dia sekarang.”

“Nak buat lawak pulak dayang ni. Aku baru jumpa dia semalam. Okay je dia aku tengok.”

“Kat luar memanglah okay tapi kat dalam siapalah yang tahu.”

Kat luar …. Kat dalam. Bingung kepala haikal mendengar kata-kata dayang sebentar tadi.

“Pergilah haikal..aku tak nak kau terlambat….” Dayang tidak dapat nak meneruskan kata-katanya bila teringat risya.

“Kau cakap terus terang kat aku. Apa sebab risya kena tahan kat wad kecemasan. Ni mesti ada something kau tak nak bagi tahu kat aku. Kau dengan risya sama saja suka sangat nak berahsia.”

“Sebenarnya aku tak nak bagi tahu. Aku dah janji. Aku tak nak mungkir janji. Tapi dalam keadaan darurat ni…aku rasa tak salah aku nak terus terang kat kau haikal.”

“Risya memang dari dulu sakit. Dia sakit jantung berlubang. Dia tak dapat nak diselamatkan lagi. Kau pergilah jumpa dia sebelum apa-apa yang terjadi. Nanti sesalan tak sudah-sudah. Pergilah HAIKAL sebelum terlambat.

2 JAM KEMUDIAN

Melihat risya yang begitu tenat sekali. Membuat hati haikal sayu dan sedih. Gadis kecik yang selalu membuat hatinya berdebar-debar nak tinggalkan dia buat selama-lamanya.

Haikal !!

Lembut je suara risya bila menegurnya. Aku rasa sedih bila mendengarnya.

“Terima kasih yea… sudi datang”.

“Sorry la kalau aku dah buat kau susah hati. Aku tak nak tengok kau sedih cam ni. Aku tak selesa bila membuat orang tu susah hati.”

Saat macam ni pun kau masih lagi fikir perasaan orang lain. Nafas aku bagai nak sesak bila melihat gadis yang selalu di usiknya begitu lemah di hadapannya.

“Aku nak minta maaf banyak kat kau haikal jika selama ni aku dah buat kau sakit hati dengan perangai aku yang selalu tak kena. Bukan niat aku nak luka kan hati dan perasaan kau. Tapi kita ni manusia biasa selalu saja di uji.”

“Aku tak pernah pun amik kisah. Tapi aku kesal sangat sebab kau tak pernah bagi tahu aku yang kau sebenarnya sakit. Kalau aku tahu taklah aku usik kau kau melampau batas.”

“Tak apa la haikal. Anggap je tu hadiah kau untuk aku.”

Aku akan selalu mengingati insan yang bernama haikal. Aku tahu ….aku bukan jodoh untuk dia.

Haikal merasa sedih mendengar kata-kata risya. Terlambat sudah untuk dirinya untuk berterus terang.

Dayang dalam diam mengingati kata-kata Risya .

“Aku nak kau janji dayang. Jaga baik-baik haikal bagi pihak aku. Jangan bagi tahu dia yang aku cintakan dia. Biarlah cinta itu ku pendam sehingga nafas terakhir. Jangan bagi dia sedih.”

“Aku tak nak jaga dia. Aku nak jaga kau risya. Kau kan kawan baik aku. Aku tak nak haikal kat sisi aku. Aku nak kau.”

“Jangan cakap cam tu dayang. Aku ni hanya persinggahan buat korang berdua. Mengenali sahabat seperti dirimu tak mungkin aku akan lupa. Jatuh cinta pada lelaki yang bernama haikal memang saat yang tak mungkin aku akan lupa.”

TERHENTIK SEKETIKA LAMUNAN DAYANG bila mendengar mesin yang berada dekat  katil risya berbunyi panjang.

RISYAAAAAAAAAAAAAAA...
INNALILAIHI WAINA LILAHAIRAJIOUN…….

Haikal meraung sekuat hatinya. Aku memang dah terlambat.

“RISYA bangun RISYA. Ada sesuatu aku nak cakap. Haikal dengan suara keras tidak dapat menahan sebak di dada. Risya memang telah meninggalkannya buat selama-lamanya.

"Haikal….sudahla tu. Tak baik menangis macam tu. Nanti dia sedih lihat kau cam tu. 
Relakanlah dia pergi. Sabarlah."

“Aku tak kuat dayang…aku rasa macam nak mati je.”

“Dah la tu. Tak baik cakap macam tu. RELA kanlah dia pergi. Kuatkan semangat .”

Hati aku siapa nak pujuk. Keluh dayang.

Akhirnya kau tinggalkan aku juga yea Risya. Sampai hati kau. Semakin menjadi-jadi keluhan dayang bila melihat kawannya pergi jua . Hanya doa yang dapat ku kirimkan buat mu Risya sahabat yang aku sayang. Tanpamu sepilah aku.

***

CINTA itu INDAH,
INDAH untuk diGAPAI
INDAH untuk diRAIH
Tak mungkin aku berpaling darinya.
Hanya kerana CINTA yang ku PENDAM…..SALINA KHARISYA

TAMAT….






No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).