Thursday 3 May 2012

Bukan Cinta Biasa Tapi Cinta Luar Biasa


Pada yang biasa  bercinta…
bila bercinta ingin bersatu selamanya…

Yang luar biasa pada cinta..
bila cinta tidakkan bersama dalam zahirnya..
tapi batinnya bersatu selamanya…

Luar biasa sifatnya cinta..
bila yang dicinta bukan kerana rupa,
harta mahupun keturunannya…


Bukan biasa sifatnya cinta…
jika cinta bukan kerana selainnya Dia..
Mencintainya kerana Dia adalah Dia…
dan mencintainya kerana itulah sebenarnya cinta…

Cinta itu bukan cinta biasa…
tetapi itulah sebenarnya cinta..
Cinta yang tiada nilai harganya..
Tidak berkurangnya dengan dugaanNya..
Tidak bertambah dengan nikmatNya..
Segala anugerah sama sahaja baginya…
Asalkan ia pemberian Yang Esa…
Sememangnya ia sebenarnya cinta…
ia bukan cinta yang biasa…

Tuhan ku..
kurniakan aku cinta..
jika ia mampu memberikanku sayap hingga ke syurga…

Tuhan ku.…
leraikan aku dari getar rasa dan cinta…
jika ia menjauhkan aku dariMu Tuhan yang Maha Mencipta..

Tuhan ku..
anugerahkan aku cintaMu…
dan cinta mereka yang mencintaiMu…
jika di situlah letaknya redhaMu…
dan jika disitulah kunci cintaMu..
aku tetap disini setia padaMu..

wahai Tuhanku pemilik hatiku Yang Satu…

Tuhan ku...
kurniakan padaku cinta yang cintanya bukan cinta biasa…
dan limpahkan bagiku cinta…
sebagaimana luar biasanya cinta mereka yang mencintaiMu…

Tuhan ku....
Izinkan aku siang malam bermadu kasih denganMu…
Dengan lafaz, ikrar ku bersatu dalam satu  anggota berpadu..
dalam satu jiwa n satu nyawa....pemberian dariMu YaTuhan ku....

Tuhan ku...
Moga dalam hatiku cintaMu dan cintaku menjadi satu..
hingga tiba masa n hujungnya waktu…
dipertemukan aku denganMu yang kurindu…

Moga di penghujung rindu itu ..
Cinta ini akan bersatu….Ameen ya Rabbal ‘Alamin..

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).