Cinta, kalau bahasanya hati itulah cinta hakiki.. Kasih, jika dasarnya Rabbi itulah kasih sejati.. cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji.. cintailah pemberi nikmat dan jangan hanya engkau cintai nikmat yang diberikan..
Sunday 27 May 2012
LELAKI SEJATI
Suatu hari Salina bertanya pada ibunya soal lelaki sejati.....
Ibunya menjawab,
"Lelaki Sejati bukanlah dilihat wajahnya yang tampan,
Tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekelilingnya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
Tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekelilingnya,
Tetapi dari sikap bagaimana dia menilai persahabatan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat kerjanya,
Tetapi dari bagaimana dia dihormati di dalam rumah
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kuatnya pukulan,
Tetapi dari sikap bijaknya mengendali situasi.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang sasa,
Tetapi dari hati yang ada disebalik itu
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memujanya,
Tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerja yang dipikulnya,
Tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya dia membaca kitab suci,
Tetapi dari konsistennya dia melaksanakan apa yang ia baca."
"Inilah yang dikatakan lelaki sejati, jangan sesekali menilai hanya dari luarannya tetapi fahami isi hatinya, fahami sekelilingnya dan fahami masa depannya"
P/S Semoga lelaki sejati akan hadir dihati kita (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tazkirah
Berita Cinta DI HATI
PERHATIAN !
Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).
No comments:
Post a Comment