“Baiklah pelajar-pelajar, hari ni cikgu nak kita sambung topik baru unit 33,Kesetiaan Kepada Negara. Siapa tahu apa yang dimaksudkan dengan setia atau kesetiaan?.
Hari ni dua masa aku mengajar subjek memang bukan aku minat .Tapi tak pe yang penting aku dapat mengajar pelajar-pelajar aku menyanyi sambil belajar.
Dua masa ini bukanlah masa yang singkat, faham-faham ajelah bagaimana reaksi pelajar jika sudah terlalu lama, masing-masing buat hal tapi aku tak mahu keadaan ini berlaku.
“Baiklah pelajar-pelajar, hari nih kita menyanyi nak tak ?, kalau nak , cikgu nak buka muka surat 167 sekarang, tajuk lagu nih’SETIA’, kamu tahu tak lagu nih?."
Majoriti tak tahu lagu nih, aku pun menyanyikan sedikit lagu ini.
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara
Ada yang mendengar dan mengikut, tapi ramai yang berbual-bual. Hmm..memang tak berkesan.
Pelah anak murid-murid sekarang nih kalau lagu patriotik susah nak hafal tapi kalau lagu cinta muka buku , boleh lak hafal, macam-macam perangai.
“Baiklah, cikgu nak ambik laptop cikgu sebentar.
“Alicia, jaga kelas !! Aku mengrahkan ketua kelas untuk mengawal kelas.
"Baik cikgu".
Tidak lama kemudian, aku kembali semula ke kelas dengan laptop dan broadband lalu membuka laman web youtube dan mencari lagu ‘SETIA..’
Pelajar excited , lagi pun ini bukan kali pertama aku membawa laptop ke kelas untuk menunjukkan video kepada pelajar.
“Baiklah..kamu dengar betul2 lagu ni..cuba ikut sikit-sikit..”
Beberapa orang pelajar ke depan., ada yang mengikut tapi yang ramainya yang berbual sesama mereka.
“Baiklah pelajar semua berdiri ikut cikgu nyanyi".
Semua pelajar berdiri tapi,mereka masih tak berhenti bercakap,Ya Allah..macam mane nak suruh pelajar diam nih ?,dah penat melayan kerenah pelajar-pelajar pealihan B kalau terus macam ini memang aku akan pengsan tak lama lagi.
Aku mengulang-ulang memberi arahan dan menyanyi satu rangkap, ada yang mengikut tapi tak semua bersatu hati untuk menyanyikan lagu setia.
Aku menutup kipas sambil memandang dari jauh, mengharapkan mereka senyap tapi, kaedah itu pun tak berkesan. Kedengaran beberapa pelajar menjerit “diam !“kerana perasan aku sudah mula marah..sekalipun tanpa suara ..tapi,ramai yang tak faham, kelas masih bising lagi masih kedengaran suara yang memang tak pandai faham mengapa aku berbuat demikian dengan mematikan kipas dengan memandang mereka penuh tajam, dah nama kelas peralihan, memang susah nak tangkap apa yang aku nak sampaikan, ini yang buat aku blurrr semacam.
..........
Aku masih menunggu semua pelajar diam, aku melihat jam di tangan, tinggal 5 minit lagi nak habis.
Akhirnya...
“Baiklah, takpelah..kamu tak nak belajar kan..cikgu nak keluarlah..”Aku mengemas laptop dan semua barang-barangku.
“Takpe..kamu buatlah bising ye..”
Aku terus keluar.
“Cikgu..jangan pergi! jangan pergi cikgu !" .Kedengaran suara pelajar menjerit.
Aku terus pergi tanpa menoleh sambil berjalan sambil tersenyum sehingga ditegur pembantu makmal yang lalu. ”Kenapa senyum-senyum nih cikgu..” Ya Allah..ada pulak yang perasan aku senyum.
Aku tersenyum sebab sebenarnya bukan nak merajuk tapi hakikatnya memang dah nak merajuk dan ditambah dengan emosi aku yang memang dah sampai ke kemuncak tuh yang membuat aku bertambah sedih dengan kelakuan pelajar waktu tu. Macam mana lah reaksi mereka melihat cikgu mereka merajuk. Haish, cikgu pun ada juga yang pandai merajuk, biar jelah. Biarlah, aku pun nak ajar sikit mereka agar jangan nakal-nakal dalam kelas aku.
.............
“Cikgu..janganlah nangis, marilah masuk kelas”.
“Cikgu tak nangislah.., kelas kamu tuh bising sangat,..tak nak dengar cikgu cakap".
Mereka diam membisu.
“Takpelah..kamu berdua masuk kelas dulu ye".
Tak lama kemudian kelihtan beberapa orang pelajar perempuan yang lain datang, salah seorang dari mereka menerkam aku namanya Ching Chee may lin, murid aku yang paling baik, dia selalu salam cium tangan aku walaupun dia seorang pelajar Cina.
“Cikgu.., jomlah...mari balik kelas cikgu, cikgu marah lagi ke".
“Kawan-kawan kamu bising..tak nak dengar cikgu cakap..”
“Baliklah cikgu..”dia memujuk aku.
“Takpe..masa cikgu dah habis, cikgu kamu pun dah nak sampai", (kelihtan Pn.Amelina ,guru Bahasa Inggeris mereka menuju ke kelas..).
“Kamu masuk kelas ye..”
“Cikgu..”
Aku melihat mata pelajar ini dah mula merah.
Pelajar nih nak nangis ke?, hatiku terdetik.
Akhirnya..dia betul-betul nangis.
“Laa..kenapa sedih pulak nih..”
“Cikgu marah..”
“Taklah..cikgu tak marah..cikgu tak marah kamu..cikgu marah kawan-kawan kamu..tak nak sedih2 ye..aku mengusap bahunya..”
Dia masih nangis, aku sendiri sebenarnya tak tahu kenapa dia nangis..mungkin dia rasa bersalah buat aku sedih sedangkan dia bukanlah termasuk dalam golongan yang buat bising dalam kelas tadi.
“Dahlah..masuk kelas ye..cikgu tak ape-ape..”
Pelajar itu pun berlalu sambil mengesat air mata..
Hmm...rasa bersalah pulak buat budak nangis..tapi, aku tak berniat untuk merajuk sebenarnya., sekadar menguji mereka. Tapi lucu juga bila melihat gelagat mereka, ada-ada je yang melucukan dan menghiburkan walau terkadang menguji kesabaran aku.
.................
No comments:
Post a Comment