Wednesday 9 January 2013

JAGALAH JANTUNG AKU


Lepaskanlah aku pergi.

Biarlah aku berikan jantung ini kepada dia.

Biarlah suatu saat bila kita bertemu aku akan menjadi milikmu.

Berilah aku peluang untuk memberikan apa yang menjadi milikku untuk dia.

Jangan menangis untuk aku andainya aku tiada lagi disisimu.

Jagalah dia seperti dirimu menjaga aku.

Berikan dia cinta yang ada dihatimu

Berikan dia rindu yang ada dihatimu

Berikan dia kasih n sayang yang ada dihatimu

Berilah setulus hatimu.

Bahagia yang kau beri tak akan aku persiakan.

Setia yang kau beri tak akan aku mungkiri.

Kejujuran yang kau beri tak akan aku dustai.

Tapi sayang....

Aku ingin berbagi kasih untuk dia...dia sahabat aku.

Usahlah persiakan pengorbanan ini.

Sayang ku...

Aku ingin beri apa yang mampu aku beri...janganlah halangi aku.

Jika benar ada aku dihatimu...relakanlah aku pergi.

Jantung ini untuk dia.

Jagalah dia seperti dirimu menjaga aku.

Jodoh kita cukup sampai disini.

Aku menunggumu di syurga indah disana.

Jangan pandang aku dengan pandangan sedih tapi pandanglah aku dengan pandangan yang 
paling indah.

Sayang ku...

Berilah aku salam yang terakhir .

Sesungguhnya aku sayang kamu melebihi segalanya

Untuk sahabat ku...

Jagalah jantung aku.

Ku sayang kamu.

Sesungguhnya perjalanan aku sampai disini.

Kenang aku dalam doa-doamu.

Hidup dan mati ini bukan terletak ditangan aku kerana itu RELAKANLAH aku pergi untuk selamanya.

Wahai sayang..

Tabahkanlah hatimu saat dirimu di uji kerana ujian Allah itu adalah anugerah yang terindah dariNya.

Ikhlaskan aku pergi.


(Pertemuan dan perpisahan adalah fitrah kehidupan. Disayangi dan menyayangi perlu ada dalam percintaan dan persahabatan. Kejujuran dalam bercinta dan bersahabat amatlah diperlukan. Sayang bukan hanya untuk tersayang saja tapi untuk sahabat. Memilih adalah pilihan yang terbaik. Berkorban bukan untuk derita tapi untuk bahagia. Kebahagian bukan terletak pada kekasih untuk kekasih saja tapi untuk sahabat. Tak perlu mengeluh kerana kita mampu merancang namun Tuhan yang menentukannya. Secebis kenangan bukan untuk
Ditangisi namun untuk dingati. Melupakan bukan bermakna tiada sayang lagi, tiada rindu lagi kerana sayang dan rindu itu tiada penghujungnya. Walau ke hujung nyawa ia tidak akan hilang....PERCAYALAH )






No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).