Tuesday 15 November 2011

hujan cinta ~ 2

Bila malam meyapa hati ini sekali lagi, aku seakan tahu di mana hati ku ketika ini, hati ini telah jauh pergi meninggalkan apa yer, nak fikir lagi balik ketika ini, terkadang aku pun keliru dengan diri ini, sentiasa berkhayal dan sentiasa melayan hati duka lara sendirian di bilik yang sama ketika aku bertandang setahun lalu  ketempat ini, yang menghairankan kenapa lah aku nak datang ketempat ini lagi, sedangkan aku telah bertekad untuk tidak mengingatinya lagi. Susahnya nak menjaga hati ketika ini, di otak dah tetapkan agar jangan ingat kepada dia lagi tapi hati ini susah nak padamkan namanya.


 Wahai hujan kenapalah di saat ini kehadiranmu menganggu hati ku ini lagi.

Apapun pandangan aku ketika ini , hujan itu rahmat. Kita mencari nya ketika panas mentari terik membakar dan mencairkan kulit. Hujan memberi aku 1001 perasaan yang aku sendiri tak mampu tafsirkan. 


Aku sering mencari hujan. Mungkin kerana aku seakan dapat melihat cinta mencurah jatuh membasahi insan yang memerlukannya. Aku sendiri mungkin. Mungkin juga aku menyimpan harapan agar selepas hujan aku boleh melihat pelangi cinta yang indah. Mungkin juga mencari cinta di balik hujan yang turun. 


Betapa bodohnya aku ketika ini, seperti cerita dongeng seakan mengharapkan hujan itu sebagai hujan cinta sedangkan hujan itu mengingatkan aku kepada dirinya.

I miss dancing in the rain. Dance and dance till it fade away my sorrow. Love in the rain, membuat aku tersenyum sendirian, terkadang di saat begini aku ingin berteriak memanggil namanya, agar dia tahu aku masih lagi merinduinya. Hish apalah hati ini dah semakin keliru untuk membezakan antara realiti dan fantasi.

Hati ini adalah seperti senaskhah kesedihan yang ingin aku kirimkan melalui hujan bahawa sesungguhnya jiwaku ketika ini dipenuhi duka dan kecewa kepada sebuah cinta yang ingin ku rasakan lagi selain cinta pertama ku yang lara. Sesungguhnya, dirinya telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraihkan kemerdekaan kerana bisa meninggalkan aku dan berlalu pergi.

Disini cinta ku menari seakan memujuk pada hujan agar bisa membawa aku bermain  dan menari bersama nyanyian hujan yang semakin riang seolah hujan itu menyanyi cinta dan ingin ku pujuk hati ini agar bisa menghayati nya dengan lebih asyik lagi. Aku dah memang gila ketika ini kerana mengharapkan hujan seperti cinta , betapa bodohnya aku ketika ini.

‘Cinta itu sesuatu yang indah.
indah di mata tapi sakit di hati...
cinta itu seperti pelangi
indah berwarna akan tetapi
lama kelamaan keindahan. akan pudar
dan menghilang bila tiba masanya’

Bodohnya hati ini mengharapkan cinta seperti itu, mana mungkin cinta itu seperti pelangi, kerana cinta itu lebih dari segalanya.

Selayaknya dulu kau pernah mendambakan hujan, kerana bagimu ia adalah sesuatu ingatan antara kita berdua, diriku ini pernah kau inginkan dalam doa-doamu. Sejujurnya aku pernah mengharapkan kehadiranmu ketika hujan datang membasahi dunia ku ketika ini. Namun aku terlalu mengharapkan dirimu  dalam rindu ketika mimpi-mimpiku bertamu di saat lena tidur ku.


Selayaknya dulu kau pernah memandangi hujan itu seperti kau memandang cinta di mata ku kerna bagi mu hujan cinta adalah dirimu.

Derasnya hujan tidak akan membuat cinta ku seindah dulu, namun aku rindukan saat di mana kau sentiasa menjadi payung untuk ku ketika hujan itu turun, mengenggam manisnya percintaan kita. Rindunya hati ini terkadang membuat aku malu pada diriku kerana hujan bisa membuat aku menjadi tak menentu.
*****

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).