Saturday 10 December 2011

terima apa adanya

Yang di cari
bukanlah seorang putera raja
tapi putera agama
Yang diimpi biarlah tak punya rupa,
 asal sedap mata memandang
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani,
 asalkan sihat rohani,
 sempurna hati....
Yang diharap bukan jihad pada semangat,
 asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam....
Yang dinanti,
bukan lamaran  dengan permata,
 cukuplah akad dan janji setia....
Dan yang akan terjadi,
 andai tak sama kehendak hati,
 tetap akan ku redha dengan ketetapan ilahi...

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).