Monday 12 December 2011

ada cinta di facebook


Nape asal buka fb nih mesti sangkut, danis dah merasa geram melihat laptopnya selalu buat hal, dahlah semalam asyik tertunggu kehadiran danial, hari nih line buat hal pula. Dah nasib badan agaknya dah dua hari tak dapat chat ngan kawannya.

Danis dah online lah, membuat hati khusairi berdebar2 bila melihat kaler hijau memancar dari fbnya, dah tentu danis sekarang nih menunggu danial, kekasih hatinya. Terasa hati begitu sakit bila melihat kesetiaan danis menunggu danial sedangkan dia pun sentiasa setia menunggunya Cuma danis tidak menyedari kehadirannya.

Perkenalan antara dia dan danis terlebih dahulu terjalin dari danial tapi mengapa danis lebih meminati danial dari dirinya.

Apakah aku tidak cukup menarik hati, tidak sekacak danial dan tidak menawan berbanding danial. Khusairi  mengaru2 kepala walaupun tidak gatal.

Cinta yang hadir dihati bukan dipinta mahupun dipaksa ia hadir tanpa disedari. Mungkin aku terlalu memaksa hati aku untuk menerima cinta lagi. Perlukah aku membiarkannya begitu saja.

Danis gelisah sendirian mengadap laptopnya, begitu lama dia menunggu namun kehadiran danial belum ada tanda2, apakah danial tidak memerlukannya lagi. Apakah danial menghadapai masalah ?, adakah kerana seminggu lalu kami telah berjumpa lalu menimbulkan kemarahan orangtuanya tapi itu tak mungkin kerana setahu danis keluarga danial merestui perhubungan mereka tapi kenapa danial tidak on9 lagi ?, apakah masalahnya ?.

Danis dan khusairi saling memandang fb masing2 tanpa menyedari mereka sebenarnya punya perasaan cinta namun cinta antara mereka terhalang kerana danis menyukai orang lain sedangkan khusairi menyukai danis, apakah salah punya cinta yang hadir melalui fb buat dirinya. Namun yang pasti khusairi tahu cinta itu indah walau hanya berkenalan sekadar di fb.

Ada cinta di fb, aku umpama menanti kaler hijau danis  yang selalu hadir dihatinya. Tersenyum memandang nama danis yang  menghiasi fbnya ditambah dengan music dari fbnya yang selalu mendendagkan lagu kegemarannya ‘yang ku tahu cinta itu indah’ seperti mengerti perasaanya ketika ini terhadap danis. Begitu indah sekali, tak dapat memandang wajah danis namun memandang namanya sudah cukup memadai untuknya.

Apakah begini perasaan cinta hadir di fb hanya perlu memandang namanya tanpa bersemuka, hanya sekadar berchat tanpa berbicara. Kacau perasaan khusairi sekarang ini bila hatinya begitu meronta ingin berbicara dengan gadis yang bernama danis. Mengapa hati ini merintih seolah memohon agar danis segera menyapanya walau sekadar di fb.

ada cinta di facebook
yang nyata dan benar
wujud tanpa dipinta
hadir ketika pasti
hilang ketika pergi

Lain je bunyinya, memang betul lah tuh, ia akan hilang bila danis n khusairi mematikan fb so ia akan hilang begitu saja, apakah cinta di fb hilang begitu saja atau tidak, hanya mereka yang jatuh cinta di fb yang memahaminya. Ketuk cinta tanya hati begitu ke perasaannya ketika cinta hadir di fb.

Apa ada pada cinta di fb ? , adakah cinta is love or love is cinta. Apakah cinta di fb bisa mengenal cinta yang sebenar atau cinta sekadar mainan dihati.

Yang pasti ada cinta di fb danis, khusairi dan danial.

Semoga cinta mereka menemui ikatan yang suci.

Ada cinta di facebook menanti anda semua, semoga cinta yang hadir adalah indah dan nyata dan bukannya palsu semata2. Semailah ia sebaik2nya kerana cinta itu indah dan cinta itu tidak pernah bersalah.

 Letaklah cinta itu dihati namun cintailah dulu cinta ilahi kerana ia adalah cinta yang pasti.
    

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).