Besar manapun kecewamu, pedih mana pun sakitmu, dan perit mana pun lukamu ketahuilah, Allah swt sentiasa ada bersamamu. DIA sentiasa menunggu kedatanganmu untuk kembali kepadaNya setelah apa yang telah engkau usahakan dalam memenuhi keinginan dan matlamatmu walau tidak tercapai. Ketahuilah hati, engkau sentiasa mendapat perhatian dariNya sama ada engkau sedari mahupun tidak. Kerana engkau terlalu lembut dan sensitif dengan apapun keadaan yang mampu mengusik dirimu. Tabahkan dirimu kerana pasti ada hikmah dalam perkara yang telah terjadi. Jika bukan pada saat ini, esok, lusa atau hari yang mendatang, hikmah itu pasti akan tiba jua. Yakinlah engkau pada Penciptamu wahai hati... Sabarlah hati dalam setiap dugaan yang kau terima. Yakinlah tidak semua sakit itu membawa derita terkadang sakit itu jalan menuju kebahagiaan, mengapa perlu mengeluh, terimalah sakit itu denga rela hati kerana DIA selalu ada disisimu walau suka dan duka. Hati engkau mampu tersenyum, senyumlah ketika doa bersimpuh di hatimu hanya untuk Sang Penciptamu. Cinta, kalau bahasanya hati itulah cinta hakiki.. Kasih, jika dasarnya Rabbi itulah kasih sejati.. cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji.. cintailah pemberi nikmat dan jangan hanya engkau cintai nikmat yang diberikan..
Wednesday, 7 December 2011
hati
Besar manapun kecewamu, pedih mana pun sakitmu, dan perit mana pun lukamu ketahuilah, Allah swt sentiasa ada bersamamu. DIA sentiasa menunggu kedatanganmu untuk kembali kepadaNya setelah apa yang telah engkau usahakan dalam memenuhi keinginan dan matlamatmu walau tidak tercapai. Ketahuilah hati, engkau sentiasa mendapat perhatian dariNya sama ada engkau sedari mahupun tidak. Kerana engkau terlalu lembut dan sensitif dengan apapun keadaan yang mampu mengusik dirimu. Tabahkan dirimu kerana pasti ada hikmah dalam perkara yang telah terjadi. Jika bukan pada saat ini, esok, lusa atau hari yang mendatang, hikmah itu pasti akan tiba jua. Yakinlah engkau pada Penciptamu wahai hati... Sabarlah hati dalam setiap dugaan yang kau terima. Yakinlah tidak semua sakit itu membawa derita terkadang sakit itu jalan menuju kebahagiaan, mengapa perlu mengeluh, terimalah sakit itu denga rela hati kerana DIA selalu ada disisimu walau suka dan duka. Hati engkau mampu tersenyum, senyumlah ketika doa bersimpuh di hatimu hanya untuk Sang Penciptamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tazkirah
Berita Cinta DI HATI
PERHATIAN !
Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).
No comments:
Post a Comment