Tuesday 13 December 2011

SEGALA PERASAAN INDAH JIKA.......

Cinta itu indah jika cinta itu kerana ALLAH…
kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
barulah kepada siapa yang kamu cintai..
Rindu itu indah jika rindu itu kerana  ALLAH…
kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
barulah kepada siapa yang kamu rindui…




Kegembiraan itu indah jika gembira itu kerana ALLAH…
kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
barulah kepada apa saja yang membuat kamu gembira…
Sedih itu indah jika sedih kerana ALLAH…
kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
barulah kepada apa saja yang membuat kamu sedih…
Kesibukan itu indah jika sibuk kerana ALLAH…
kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
barulah kepada apa saja yang kamu sibukkan…
Sakit itu indah jika sakit kerana ALLAH…
kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
barulah kepada apa saja yang menyakitkan kamu…

Kesusahan dan derita itu indah jika ia kerana ALLAH…
kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
barulah kepada apa saja yang membuat kamu susah dan menderita…
Maka, niatkanlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH.. HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH…
JUJURLAH kepada ALLAH atas segala yang menimpa kamu,  atas segala yang diperbuatkan oleh kamu dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali…
kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu.. Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan itu…
Memohon kepada ALLAH untuk memperbaiki diri kamu dan BERUSAHA lah untuk muhasabah diri, cari di mana KESALAHAN kamu selama ini dan BERUSAHALAH memperbaiki diri…
Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di ‘sana’ nanti . . .
SERAHKANLAH DIRI kepada ALLAH dalam APA saja yang terjadi kepada kamu… InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu dan memberi apa yang TERBAIK untuk kamu…
Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hamba-NYA ,lebih dari segala ciptaan-NYA yang ada di muka bumi ini…
ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘isyarat’ CINTA dan KASIH SAYANG-NYA untuk kamu KEMBALI tenang HANYA jika BERSAMA-NYA…
JIka masih belum ditemui ‘keindahan’ itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH.. kerana kamu MENGINGAT DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa saja yang menimpa kamu…
Apakah yang lebih bernilai selain dari  REDHANYA ALLAH , dari RAHMAT ALLAH , dari KETENANGAN disisi ALLAH , dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan BERSAMA ALLAH .
InsyaALLAH, kita semua akan menemui ‘keindahan’ itu jika kerana ALLAH. . . percayalah. . .

Amin Ya Rabbil Alamin..

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).