Monday 26 December 2011

hujan cinta ~ 9

Rombongan meminang datang juga akhirnya membuat hati mona selalu berdebar2. Siapalah agaknya lelaki pilihan ibunya. Mona terlupa meminta gambar dari ibunya untuk melihat wajah lelaki idaman ibunya itu. Sekarang dah terlambat untuk semua itu kerana lelaki tuh tak lama lagi akan datang.


Makin di tunggu semakin hati berdebar2 macam debaran kali pertama dia berjumpa dengan lelaki, aku dah lupa siapa dia tuh, sebab aku tak pernah amik tahu tentang siapa dia.

Tiba-tiba hujan turun lagi, apalah malang nasib aku hari ini, hujan datang lagi, apa kah tandanya ? cinta datang lagi ke seperti cinta aku dan azwan daniel tuh. Kenapalah ? aku boleh teringat kat budak azwan nih. Sepatutnya aku dah buang jauh2 ingatan aku terhadap dia. Kalau si mira tahu apa teringat azwan buat masa ini, memang membebel lagi kawannya tuh.

“Mona, rombongan dah datang tuh, kau dah ready ke”, mira dah mula bising di luar menunggu dengan perasaan tak sabar, macamlah aku yang nak kawen, detik mira sambil tersenyum.

Apalah si mira nih buat aku cemas je kat dalam nih. Tiba2 mona keliru apa kah kedatangan rombongan tuh nak bertunang atau nak kawen. Hish apalah dengan aku nih, mengapalah aku boleh lupa nak tanya kat ibu aku tuh maksud kedatangan rombongan lelaki itu. Terimalah dengan seada2nya seolah ada suara seseorang memecah kebuntuannya ketika ini.

*****


Awak !!!...mona terperanjat bila melihat lelaki dihadapanya adalah lelaki yang dikenalinya.
Betapa dunia ini kecil, bak kata pepatah melayu kalau ada jodoh pasti akan bertemu juga akhirnya. Begitulah nasib dirinya dengan lelaki yang kini berada di hadapannya sekarang, sekejap lagi lelaki ini akan membatalkan air sembahyang dan aku akan bergelar isteri dan akan menjadi kepunyaannya. Tak terbayang oleh dirinya yang sesungguhnya jodohnya bersama lelaki yang aku sendiri tak tahu siapa kah namanya, orangnya macam mana ?. Jujur ke dia menerima aku sebagai isterinya. Berbagai persoalan yang timbul di kepalanya.

Lelaki itu pun turut terperanjat bila melihat gadis yang menjadi isterinya, tak lain adalah gadis yang selama ini dicari2nya. Tak sangka pulak anak kawan ayahnya tuh rupanya gadis ini, memang bertuah aku kali ini bila dia tak mensia-siakan keputusannya untuk menerima  pilihan orangtuanya.

*****

Akhirnya majlis pernikahannya berakhir juga, tak sangka dalam sehari itu dia telah menjadi hak milik Khusairi asraf. Mona mengeluh sendirian bila melihat gelagat menantu kesayangan emaknya bersama keluarganya yang lain beramah mesra.

Ibulah yang paling gembira ketika ini bila melihat anak perempuannya dapat berkawen dengan lelaki pilihannya. Kenapalah aku pening kepala nak fikirkan semua itu ?. Baik aku pergi menghilangkan diri ke kamar pink ku pilihan hati tapi bukannya cinta di hati ini seperti cinta merah jambu. Apa kena mengena cinta dengan kaler merah jambu. Cinta pun ada warna juga ke. Tersenyum sendirian bila aku mula melayan perasaan sendiri dan hati ku mula merasa cemas, entah kenapa ? aku pun tak tahu...kata orang biasalah dengan malam pertama. Adess....kat situ pulak aku pergi melencong.

Amboi suami aku, ketawa tak ingat bini sendiri kat dalam bilik nih. Dah gila agaknya aku ini, dalam waktu begini kenapalah aku selalu teringatkan dia ?, apa kah ini tanda-tandanya aku mula menyukai kehadirannya disisiku. Terlalu asyik melayan perasaan akhirnya aku terlelap saat itu, mungkin aku penat agaknya melayan tetamu yang datang.

*****

Sejak bila suami aku ada disebelah aku, semalam ditunggu tak datang, tiba-tiba dah ada kat sebelah aku. Apa yang nak dihairankan, memang disitu kan tempat parkingnya. Hihi...tersenyum bila melihat gelagat suaminya yang terlalu asyik memeluk bantal peluk, nasib baiklah bukan aku yang dia peluk, kalau tidak memang heboh satu bilik dikerjakan olehku.

Alamak terlupa nak solat subuh, baik aku pergi solat dulu nantilah aku kejutkan suami kesayangan ibu aku, cian pulak aku tengok tidur dah tak ingat apa-apa pun.

“Selamat pagi sayang”, tiba-tiba kedengan suara menegur ku di belakang. Suami aku panggil aku sayang, aku salah dengar ke. Keluh mona.

“Kenapa sayang tidak kejutkan abang ?, bolehlah kita sembahyang sekali”.
Aku hanya diam membisu seolah-olah tiada kata-kata yang mampu aku luahkan bila melihat khusairi melayan dirinya seperti mereka dah kenal lama.

“Kenapa sayang diam, salahkah apa yang abang katakan tadi”.

“Boleh tak kalau awak jangan panggil mona dengan panggilan sayang, mona rasa lain je bunyinya”. Apalah dengan aku nih, dulu aku suka cakap kat dia, encik, lelaki dan sekarang dah awak. Pening memikirkan apa yang harus aku nak panggil dia. Hentam je lah...nak panggil apa...just call abanglah.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).