Friday, 30 November 2012

CINTA YANG KU PENDAM


           
Bukan niat dihati untuk merahsiakannya. Bukan juga niat dihati untuk memendamkannya. Bukan ku ingin memendam begitu saja namun untuk sementara ini. Biarkanlah begitu saja.

CINTA tidak harus memiliki. Walau hati ingin memilikinya namun aku rela berdiam diri.

SALINA KHARISYA   lebih rela begitu dari bersuara. Bukan salah cinta itu namun salah aku kerana memilih jalan begitu.

Sunday, 25 November 2012

AKU MEMANG BIASA-BIASA SAJA




Ada aku kisah aku jiwang-jiwang karat. Ada aku kisah aku tenggelam dengan puisi-puisi cinta. Biarlah orang kata aku meroyan di bawah pokok rambutan or mana-mana je kat tempat ak parking. Ada aku kisah. Yang penting ak tak kacau diorang.

SAKIT MEMANG SAKIT




Sakit memang sakit bila kehilangan.

Kecewa memang kecewa bila cinta tidak memihak kepada kita.

Namun siapalah kita untuk menolak rasa sakit n kecewa itu bila datang.

Nak senyumpun susah. Akhirnya airmata juga yang jatuh. Kenapalah airmata juga yang setia ?.

 Airmata tu kan memang anugerahNya. Siapalah kita nak menahannya dari datang.

Kasihan juga bila putus cinta. Tapi nak buat macam mana? dah memang tidak ada jodoh. Nak halang dia pergi pun susah. So biarkan lah dia pergi dengan semahunya.

Biar pertama itu pergi akan datang juga yang kedua atau pun ketiga yang lebih baik dari dia.

Mulut memang senang nak cakap tapi nak buat tu yang memangnya susah

Tapi jangan macam perempuan kat gambar tu yea. Dah lah airmata tak berhenti-henti mulut pun asik membebel je. Memang patutpun kena tinggal sebab bising sangat. Hehehe saja je nak buat macam tu biar kekasih dia pujuk dia. Tu kalau kekasih yang memang sangat sayangkan dia. Lain percintaan lain lah ragamnya. Moga cinta itu tidak membuat kita putus asa dan harapan untuk bercinta lagi.


Saturday, 24 November 2012

ANTARA KITA TIADA YANG SEMPURNA


Jangan cari kesempurnaan itu jika memang tidak sempurna
biarlah biasa saja..

Jangan dicari jika kita memang ada kekurangan
biarlah biasa saja dengan kekurangan itu

Jangan dicari kelebihan itu jika memang tiada kelebihan
biarlah biasa saja ....

Jatuh itu biasa
Rebah itu biasa...

Bangunlah dengan kekuatan
Bangunlah dengan ketabahan
Bangunlah dengan kesabaran

Kukuhkan Iman di hati
Kelak sakit itu adalah biasa...
Kerana kita masih punya Allah
Yang selalu ada dekat di hati kita


Thursday, 22 November 2012

SAYANG - SHAE


Sayang apa khabar denganmu ?

 Cubalah kamu telefon aku....

 Sayang dengarkanlah permintaan aku...

lalalala...sayang... jagalah hatiku dihatimu...

 Sayang oh oh sayang...

 Melayan lagu sayang ni wat aku lupa aku sekarang tengah melayan anak buah aku.

 Menari happy-happy membuat stress aku hilang....

 Sayang aku memang sayang kamu ketat2.

P/S Jom layan lagu ini sama-sama. Moga tiada tension-tension lagi.







Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).