Saturday, 30 June 2012

dan, kerana Allah bersabarlah


Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah, bersabarlah…

bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah..
dan kerana yakin pada Allah, maka bersabarlah…

dan kerana Allah, maka bersabarlah..

tiada ketentuan yang sia-sia.
tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.

Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

Thursday, 28 June 2012

Puteri hatiku ~ 3



Resah hati bila mendengar khabar dia telah ditunangkan, entah siapa gerangan pemuda itu, dia mengeleng kepala dan mengeluh bila soal jodoh
sekali lagi bukan terletak di tangannnya sendiri.

Tahun ini adalah tahun terakhir buat dirinya yang akan mengambil peperiksaan STPM. Dia mengharap dengan perkhabaran pertunangannya tidak
akan menjejaskan prestasi pelajarannya.

"Uit Tuan Puteri kesmua dewi termenung nampak, terkenang buah hati ke ?." Usik Hanisah.

""Entahlah nisah, aku tengah bengang ni bila memikirkan masalah aku ni, aku belum habis belajar dah kena tunang. Esok-esok aku pulak di paksa
kahwen. Ni dah kes dera perasaan je dibuatnya."

"Okay lah tuh." Usik nisah.

" Biar betul nisah, aku ni kan masih belajar lagi, mana mungkin aku nak bertunang dengan lelaki yang asal usulnya aku tak tahu." Balas puteri.

"Baru je bertunang bukannya nak kahwen dah kelam kabut." Usik nisah.

"Amboi nisah, senang je kau nak cakap, yang bertunang tu aku bukan kau. Manalah kau tahu perasaan aku sekarang ini." Puteri mula
merasa geram diatas sikap nisah terhadapnya."

"Releklah kawan, bawalah berbincang dengan mak kau tentang masalah ini, dari kau fikir yang bukan-bukan hanya menambah
resah hati kau je tu. Lagipun lelaki yang dah jadi tunang kau tuh, mak kau kenalkan , maknanya pilihan orang tua kau tu memang yang baik
untuk kau."

"Kau ni nisah, macam berpihak pada mak aku je ni, aku suruh kau tolongkan selesaikan masalah aku bukannya suruh aku terima je bulat-bulat
pertunangan aku tu. Entah lelaki tu hodoh macam putera katak."


"Hahahaha....." tergelak nisah bila mendengar kata-kata kawan baiknya.

"Uittt nisah, gelak bukan main lagi, kau sindir aku ye nisah."

"Tahu tak apa." Balas nisah.

Puteri hanya mampu berserah pada Tuhan, semoga apa yang dilaluinya adalah terbaik buat dirinya.







Empunya Cinta



Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya.

Kita dianugerahkan dengan nilai sebuah kasih-sayang juga kerana telah ditetapkan oleh Nya.

Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia, juga bukan letaknya pada hebat cinta seorang insan. Tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung.

Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya.

Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan.

Jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta. Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta.

Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah. Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan.

Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah. Dialah adalah tuan empunya segala cinta. Meraih cintaNya adalah jalan untuk kita menuju kebahagian yang berkekalan hingga ke akhir hayat.

InsyaAllah dengan mendekati cintaNya, kita bisa meraih bahagia dengan penuh kasih dan sayang.

Yakinlah :

ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA,
 yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa."

Tuesday, 26 June 2012

Dihatimu


Kau tetap dihatiku



Aku tidak marah
Aku tidak cemburu
kerana kamu bukan hakku

Kadang-kadang  kelemahanku
Sungguh senang untuk jatuh cinta
Sungguh senang untuk dilukai...

Saat ini ada cinta dihatiku untukmu
Ku teringin agar kau tahu
Didalam hati ini ada namamu 
Namun aku hanya mampu mencintaimu
dalam diamku...

Ku tahu dirimu bukan untukku
ku tahu dirimu bukan milikku
Namun kau tetap dihatiku....

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).